Archive | January 2011

PART 1: Aksi-aksi Jepun Semasa Perang Dunia Kedua!

Oleh: takusahrisau

Jepun merupakan kuasa tentera yang paling digeruni di Asia. Tentera bermata sepet dan hanya mempunyai purata ketinggian 165cm ini telah menawan hampir kesemua rantau Asia Timur menjelang 1944. Tentera Jepun diasaskan semasa pemulihan yang dilakukan oleh Maharaja Meiji. Modernisasi ketenteraan yang dilakukan oleh beliau telah memberi impak yang cukup besar kepada negara yang sering digelar ‘Negara Matahari Terbit’ ini. Jepun mula menjadi negara industri dan mempunyai teknologi sendiri. Mereka mula membina peralatan dan alatan mereka dengan jenama mereka sendiri. Pada masa itu, lahirlah beberapa nama besar industri berat seperti Mitsubishi, Daihatsu dan banyak lagi. Tentera mereka juga tidak terkecuali daripada modernisasi yang dilakukan oleh Meiji. Dengan menerapkan semangat Samurai dalam diri, tentera Jepun terkenal sebagai tentera yang bergitu berdisiplin dan bersemangat kental. Dengan kekuatan lebih sejuta tentera di seluruh Jepun, Jepun telah menakluk Asia dengan moto “Asia untuk orang Asia’.

Tentera Jepun dalam satu aksi semasa Perang Dunia Kedua.

Seorang tentera Jepun yang memandu Bot buatan Daihatsu

Seorang pemain violin berborak dengan tentera Jepun semasa mereka menawan Nanking.

Tentera Jepun semasa mendarat di Pasir Sabak, Kota Bharu.

Kereta Kebal type 89 semasa mereka menawan China pada 1938.

Tentera Jepun di sebalik awan mendung di China pada 1938

Left. Colonel Hatsuo Tsukamoto mengelapai anak-anak buahnya menyerang desa Kokoda dan pengkalan tentera udara musuh di New Guinea.

Tentera Jepun menggunakan Type 97 81 mm mortar semasa berlatih di Buna Gona pada 1942.

Tentera Jepun semasa mendarat di Indonesia pada 1942.

Tentera Jepun daripada 1st Infantry Division mengawal pos sempadan di Manchuria pada 1937.

Senjata-senjata rahsia Jerman era Nazi!

Oleh: takusahrisau

 

Seringkali kita disajikan dengan kehebatan teknologi Amerika Syarikat di dada akhbar. Namun, tahukah pembaca semua bahawa teknologi yang diperolehi oleh Amerika Syarikat kebanyakkannya adalah berpunca daripada teknologi Jerman era Nazi?

Antara yang paling mudah untuk dilihat adalah pembinaan roket Apollo yang digunakan oleh Neil Amstrong dan rakan-rakannya dalam misi ke bulan pada tahun 1969. Roket Apollo yang dibina oleh jurutera dan saintis Amerika Syarikat telah diselia sepenuhnya oleh seorang bekas jurutera dan saintis Jerman era Aldolf Hitler iaitu Werner von Braun. Rekabentuk Apollo saling tidak tumpah seperti rekabentuk roket V2 ciptaan beliau semasa Perang Dunia Kedua.

V-2 ciptaan Warner von Braun.

Apa yang penulis ingin tekankan untuk artikel kali ini adalah kehebatan teknologi Jerman yang mana mereka telah mempelopori pelbagai bidang teknologi semasa Perang Dunia Kedua. Ia termasuklah penyelidikan berkenaan Bom Atom, Jet pejuang terpantas, jet pejuang tidak terkesan radar, senjata api yang praktikal dan banyak lagi.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

1.         Karl Great

Dicipta oleh Rheinmetall. Dengan menggunakan peluru mortar seberat 2 tan, ia mampu memusnahkan sebuah bangunan dengan sekali tembakan. Ia dicipta pada 1941 hingga 1945 dengan 7 buah kesemuanya. Namun, setelah perang dunia berakhir, senjata bersaiz mega ini hanya tinggal sebuah sahaja dan ia dipamerkan di muzium perang di Rusia.

Kart Gerat

 Pembaca mungkin meminati (Gambar) Lokasi filem Harry Potter yang sangat menarik..

 

2.        Schwerer Gustav dan Dora

Schwerer Gustav and Dora adalah nama bagi senjata rahsia Jerman bersaiz mega yang menggunakan jalan kereta api untuk memudahkan ia untuk digerakkan. Sepertimana Kart Great, Schwerer Gustav and Dora menggunakan peluru seberat 7 tan dan mampu mencapai lonjakan sejauh 37 km.! Senjata mega milik Nazi Jerman ini mampu memusnahkan mana-mana benteng pertahanan dan ia digunakan sepenuhnya semasa Operasi Barbarossa di Rusia. Ia juga pernah digunakan sebagai mesin pemusnah ketika Battle of France. Senjata yang dicipta oleh Kumpulan Krupps pada 1930 ini akhirnya jatuh ke tangan pihak Amerika Syarikat setelah Jerman kalah perang pada 1945. Namun, akibat beratnya yang mencapat 1350 tan itu, pihak Amerika Syarikat terpaksa memusnahkan senjata mega ini kerana bimbang sekiranya senjata ini jatuh ke tangan Red Army(tentera Rusia Komunis). Schwerer Gustav and Dora tidak meninggalkan sebarang petanda wujudnya ia melainkan gambar-gambar dan petikan filem serta video perang dunia kedua.

Schwerer Gustav and Dora

3.        Wind Cannon

Sebuah lagi senjata pelik yang dicipta semasa era Nazi. Miskipun tiada kesan hebat yang diberikan semasa tentera Jerman menggunakan meriam angin ini, namun kajian saintifik berkaitan Wind Cannon cukup mengagumkan. Dalam satu eksperimen, papan yang mempunyai ketebalan 25mm patah apabila ditembakkan menggunakan Wind Cannon sejauh 200meter. Ia dicipta untuk memusnahkan jet pejuang musuh yang memasuki ruang udara Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Ia pernah ditempatkan di jambatan yang merentasi Elbe namun tiada keputusan yang memberangsangkan pernah dicatatkan.

 

 

 

 Pembaca mungkin meminati Insan bernama Jimmy Jump?-peminat bola sepak wajib baca..

 

4.        V3: Hochdruckpumpe

Sebelum V3, saintis Jerman telah terlebih dahulu mencipta senjata rahsia mereka iaitu V1 dan V2. Namun, V3 tidaklah seperti V1 dan V2 yang merupakan sebuah roket pemusnah akan tetapi, V3 adalah meriam bersaiz mega yang mampu memusnahkan apa sahaja yang berada dalam targetnya. V3 yang mempunyai saiz sepanjang 140 meter ini mampu memberi lonjakan kepada peluru yang seberat 140 kg sejauh 165 km.!

Pembinaan V3 bermula pada tahun 1943 di Mimoyecques, Perancis di sebuah bunker. Namun ia telah dimusnahkan oleh bom yang dijatuhkan oleh pakatan berikat selepas rahsia berkenaan pembinaannya tersebar melalui agen risikan mereka. Walaubagaimanapun, V3 bersaiz sederhana(45 meter) telah dibina di Antwerp, Belgium dan Luxembourg dan berjaya digunakan bagi membantu sistem serangan Jerman pada tahun 1944.

 

V-3

 

5.        Silent Dart

Sebuah lukisan pensil ditemui pada Julai 1945 di Reich Chancellery, Berlin semasa Jerman telah pun tumbang pada kuasa Berikat semasa Perang Dunia Kedua. Lukisan itu memaparkan sebuah jet pejuang yang dilengkapi dengan bom yang berbentuk dart. Bom itu dipercayai mempunyai berat yang boleh mencapai 1000kg. Kelajuan pesawat itu juga dikatakan mampu membinasakan targetnya dengan kelajuan yang mampu mencapai 700mph.!

Silent Dart

6.         Schallkanone

Senjata pelik ini dikenali Schallkanone. Senjata ini mampu menghasilkan gema bunyi yang mencapai beribu decibel yang mampu membuatkan gegendang telinga tentera musuh pecah.

 

Schallkanone

 

 

 

 

 

 

 

7.         Henschel HS293

Sebuah lagi senjata rahsia Jerman Nazi iaitu Henschel HS293. Henschel HS293 adalah sebuah roket pemusnah kawalan radio udara ke darat. Ia dicipta oleh seorang saintis Jerman berbangsa Austria yang bernama Herbert A. Wagner. Wagner adalah salah seorang saintis yang pertama dibawa ke Amerika Syarikat setelah Perang Dunia Kedua berakhir semasa Paperclip Operation.

Projek pembinaannya mula dijalankan sekitar tahun 1939 lagi. Roket ini dipasang secara berpasangan dengan sebuah jet pejuang Lutwaffe dan apabila ia mula terbang menghampiri targetnya, ia mula dilepaskan dan dikawal menggunakan kawalan radio persis seperti roket pemusnah pada masa kini. HS293 pernah memusnahkan beberapa buah kapal perang milik kuasa Berikat seperti HMT Rohna yang mengorbankan kira-kira 1000 orang tentera marinnya. Antara kapal-kapal perang lain yang turut musnah dibom menggunakan roket pintar ini adalah HMHS Newfoundland, HMS Jervis, USS Prevail dan banyak lagi.

HS 293

Itu baru beberapa senjata yang berjaya didedahkan oleh para pengkaji Perang Dunia Kedua. Dipercayai bahawa Hitler dan para saintisnya masih bergiat untuk melakukan kajian yang lebih besar sekitar tahun 1944 sehingga 1945. Malah, sejarah sering mengatakan bahawa radar mula dicipta oleh saintis daripada Great Britain. Akan tetapi, hakikatnya tidaklah sebergitu. Sebenarnya, radar(yang ketika itu tidak dikenali sebagai radar) telah pun ditemui dan dipelopori penemuannya oleh seorang saintis berbakat daripada Jerman, Christian Huelsmeyer pada 1905- Lama sebelum Robert Watson-Watt, seorang warga Scotland menciptanya pada 1935.

Christian Hulsmeyer

Ramai mempercayai bahawa Hitler telah berjaya mencipta pesawat futuristik namun ia belum mencapai kepada proses pembinaan prototaip. Ketika perang dunia berakhir, pihak berikat banyak memungut hasil perang yang bebentuk ‘blue print’ yang mana ia adalah proposal akhir kepada pembinaan senjata dan pesawat tentera. Antara yang dijumpai adalah blue print bagi pesawat ala stealth bomber. Seperti Stealth Bomber yang dicipta oleh Amerika Syarikat hanya pada dekad 90-an, pesawat yang ‘mungkin’ dicipta Nazi ini juga mempunyai sistem pengebom dan anti-radar yang cukup mengagumkan.

Jika ditakdirkan bahawa Jerman berjaya mengalahkan Pakatan Berikat, nescaya teknologi yang ada pada hari ini jauh lebih canggih. Ramai berkata bahawa ketika Jerman kalah, teknologi di seluruh dunia terkebelakang selama satu abad.! Antara pembaca percaya atau tidak, ia terpulang kepada anda semua untuk menilainya. Atas semua bukti yang diberikan dalam bentuk data dan gambar, penulis tidak ragu-ragu mengenai kehebatan Hitler memimpin Jerman dan juga kehebatan saintis Jerman mempelopori sains dan teknologi.

V-1, pesawat semi-automatik berkawalan transmisi radio.

Adakah Benar Fasis(Fascist) itu jahat?

Oleh: takusahrisau

 

Tahukah anda bahawa  Fascist yang sering dikaitkan dengan parti yang ditubuhkan oleh Benito Mussolini dan Aldolf Hitler semasa Perang Dunia Kedua itu berasal daripada satu simbol yang sangat dihormati oleh masyarakat Barat satu ketika dahulu?

 

Asal Usul

Fascist mengambil daripada kata akar Fasces yang membawa erti longgokan atau dalam bahasa Inggerisnya, bundle. Ia diambil daripada longgokan kayu rod yang diikat dengan tali kulit berwarna merah untuk membentuk silinder.

 

 

 

Simbol Fascist

Fascist sering membawa simbol penyatuan, keadilan dan kemasyhuran semasa pemerintahan Rom di Itali satu ketika dahulu. Fascist digambarkan selonggok kayu yang diikat berbentuk silinder dan diikat bersama-sama kapak yang kadangkalanya bermata satu dan kadangkala bermata dua.

 

Kegunaannya semasa pemerintahan Rom

Semasa zaman kegemilangan empayar Rom sehingga runtuhnya empayar ini pada abad ke-5 masihi, Fascist sering membawa simbol kegemilangan empayar tersebut. Fascist sering dibawa bersama-sama terutama ketika proses mengubal undang-undang dan menjatuhkan hukuman kepada para penjenayah. Fascist antara lain boleh dikaitkan dengan hidup dan mati individu yang terlibat dalam jenayah.

Ketika proses tersebut ingin dijalankan, beberapa orang Lictor(pengawal keselamatan) yang bertubuh sasa akan membawa Fascist mengiringi seorang Majistret. Tradisi ini berjalan sehingga jatuhnya empayar Rom di bawah maharajanya yang terakhir, Romulus Augustulus pada 478 Masihi.

Seorang Lictor membawa Fascist

 

 

 

Pengaruh

Selepas tumbangnya empayar Rom, banyak tradisi dan relik daripada empayar tersebut masih lagi diamal dan digunakan. Antara banyak tradisi dan relik tersebut, Fascist adalah salah satu daripadanya.

Ia tersebar luas ke seluruh Eropah. Lazimnya, simbol Fascist diabadikan ke dalam bendera dan insignia sesebuah pertubuhan dan parti yang ingin mengambil semangat kekuatan empayar Rom yang pernah tersebar luas ke seluruh Eropah satu ketika dahulu.

Antara yang paling terkenal adalah parti yang diasaskan oleh Benito Mussolini iaitu National Fascist Party (Partito Nazionale Fascista; PNF). Parti ini mengabadikan simbol Fascist dalam bendera rasmi parti tersebut yang mana kemudiannya membawa makna buruk kepada Fascist itu sendiri. Fascist yang asalnya adalah simbol dan relik mulia terus terpalit najis. Ia adalah kesan daripada propaganda musuh Mussolini yang menfitnah parti pimpinan beliau.

National Fascist Party

 

 

Walaubagaimanapun, simbol Fascist masih lagi digunakan secara meluas di negara-negara yang boleh dianggap sebagai musuh Itali semasa Perang Dunia Kedua. Antara negara yang menggunakan simbol ini secara meluas adalah Amerika Syarikat. Pembaca boleh melihat sendiri betapa banyak simbol ini di seluruh Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan simbol Fascist ini adalah:

1.         Patung Abraham Lincoln.

Lihat kedua-dua tangan Abraham Lincoln yang berada di atas Fascist. Fascist membawa makna kesaksamaan dan keadilan.

 

2.         Patung Cincinnatus di Cincinnati.

Cincinnatus yang memegang Fascist di tangan kanannya. Cincinnatus adalah salah seorang lagenda empayar Rom yang paling terkenal.

 

 

3.         Perisai pada National Guard Bureau.

4.         Patung George Washington di Washington Monument.

Dan banyak lagi.

 

Simbol Fascist pada Jata rasmi Perancis. Ia membawa maksud keadilan.

 

 

Nota kaki: Barat terutama Yahudi sekali lagi berjaya dalam misi propaganda mereka memburuk-buruk parti musuh semasa Perang Dunia Kedua dengan mengaitkan parti Fascist (PNF dan NAZI) dengan kejahatan dan kebrutalan. Padahal, ia sebenarnya adalah propaganda paling karut dan berniat jahat.!

 

(Gambar)Binaan di Area 51 yang mengejutkan!

Oleh: takusahrisau

 

Melalui perisian GoogleEarth™, pengkalan tentera udara Amerika Syarikat di lokasi yang dikenali Area 51 telah berjaya dirakamkan. Namun, apa yang mengejutkan adalah pengkalan tersebut langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Tiada langsung kelibat kapal terbang, jet pejuang mahupun helikopter. Cuma yang dapat dilihat adalah tiga buah binaan yang mempunyai binaan yang pelik; sebuah piramid dan dua buah bangunan yang janggal.!

Area 51 sememangnya bereputasi sebagai sebuah tempat yang misteri. Orang perseorangan yang tiada pas tentera tidak dibenarkan masuk. Ia adalah lokasi yang cukup berahsia. Ramai mempercayai kerajaan Amerika Syarikat membina pelbagai alatan ketenteraan canggih terutama membabitkan tentera udara di Area 51.

Ini dapat dibuktikan apabila ramai saksi kerapkali melihat jet pejuang Stealth Bomber lama sebelum Stealth Bomber diperkenalkan secara rasmi semasa Perang di Afghanistan. Itu belum lagi cerita-cerita mengenai kemunculan piring terbang yang terlampau kerap di Area 51. Ini menguatkan teori bahawa Area 51 sememangnya lokasi bagi pembuatan alatan canggih ketenteraan Amerika Syarikat.

 

Lokasi bawah tanah

Desas-desus menyatakan kerajaan Amerika Syarikat telah membina tapak pembinaan di bawah tanah yang cukup canggih dan berteknologi tinggi. Ia diperkuatkan dengan lokasi Area 51 dilihat daripada udara langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan tentera udara Amerika Syarikat. Dengan kata lain, ia langsung tidak menunjukkan sebuah pengkalan yang sering diwar-warkan sebagai antara sebuah pengkalan tentera udara yang tercanggih di dunia.

Sekarang, pembaca boleh lihat sendiri gambar yang dirakam menggunakan GoogleEarth™ di Area 51. Apakah benar mereka membina rangkaian pangkalan bawah tanah yang serba canggih dan moden?

 

 

Sebuah bangunan berbentuk piramid.

 

Salah sebuah daripada dua bangunan yang mempunyai bentuk yang agak janggal.

Adakah bangunan ini pintu masuk ke binaan bawah tanah yang jauh lebih besar?

(BUKTI)Tamadun Purba memang Hebat!- Part 2

Oleh: takusahrisau

 

Seringkali penulis war-warkan mengenai tamadun purba yang hebat. Teknologi mereka melebihi jangkauan kita sebagai manusia moden. Malah, dek kerana setiap penemuan tersebut seringkali membuktikan tamadun-tamadun purba adalah hebat, saintis kerapkali menidakkan penemuan tersebut sehingga mengatakan penemuan tersebut adalah palsu dan sengaja diada-adakan. Adakah benar dakwaan saintis-saintis tersebut?

Penulis mengambil jalan selamat dalam hal ini. Penulis tidak mahu mengia atau menidakkan dakwaan tersebut. Sebagai Islam, penulis akan merujuk al-Quran sebagai kitab utama rujukan. Apa yang pasti, di dalam al-Quran, memang terdapat tamadun-tamadun purba yang sangat hebat seperti Tamadun Tsamud; yang hebat mengukir gunung, Tamadun Aad; yang mahir membina kota, Tamadun Mesir; yang terkenal bijak membina bangunan-bangunan serta berhala-berhala besar dan banyak lagi tamadun yang diceritakan di dalam al-Quran.

Untuk kali ini, penulis akan melampirkan beberapa penemuan yang bagi penulis amat mengagumkan.

 

1.         Sistem perpaipan di Baigong

Paip Baigong  adalah siri perpaipan yang terdapat di Baigong, China. Paip Baigong ditemui secara tidak sengaja oleh ahli arkeologi yang ingin mencari fosil-fosil Dinasour. Paip Baigong ini dikatakan mempunyai saluran yang sampai ke gunung Baigong yang jaraknya kira-kira 50 hingga 60 meter di atasnya. Dikatakan bahawa, terdapat piramid dibina di atas gunung tersebut dan di dalam piramid tersebut terdapat tiga buah gua. Namun, dua buah gua telah pun runtuh dan kini hanya tinggal sebuah gua yang mana ia dikatakan punca bagi setiap siri-siri paip Baigong.

Salah satu saluran paip Baigong

 

  Paip Baigong

  

  

  

 

 

2.        Antikytera Mechanism

Dipercayai bahawa ia adalah sistem kalkulator purba yang digunakan untuk mengukur pergerakan bintang dan planet. Dianggarkan ia berusia 80 tahun sebelum masihi. Pembinaan gajet purba ini sungguh sofitikated; gear 30 gigi dengan diameter 9 hingga 132mm, dan berkemampuan untuk melakukan kelajuan dalam pelbagai had.Penemuan Antikytera Mechanism sememangnya menakjubkan.!

Antikythera Mechanisme

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.        Waffle Rock

Terdapat dakwaan saintis bahawa ia adalah hasil alam semulajadi. Namun, ramai antara saintis menolaknya kerana mendakwa ia adalah teknologi zaman dahulu yang bergitu canggih. Kelihatan seperti keping-keping biskut, ia membangkitkan satu teori bahawa pada zaman purba, sudah wujud lantai berukir yang bergitu cantik. Misteri di sebalik Waffle Rock masih terus dikaji dan diselidik.

Buatan manusia atau hasil alam semulajadi?

 

 

4.        Iron Pillar of Delhi

Tiang besi yang dikenali Iron Pillar of Delhi ini dibina pada zaman Chandragupta Vikramaditya yang memerintah daripada tahun 375 sehingga 413. Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa tiang besi ini mula dibina sekitar tahun 912BC. Tiang besi yang mempunyai ketinggian 7 meter ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri-mampu menahan karat dan reput miskipun terdedah kepada udara luar selama lebih dari 1600 tahun. Tiang besi ini membingungkan ramai saintis kerana besi tahan karat tidak pernah dicipta pada abad ke-4 atau abad ke-5 masihi.! Seorang pengkaji, Erich Van Daniken pernah mendakwa bahawa Iron Pillar of Delhi berasal daripada alam makhluk asing.

Iron Pillar of Delhi

 

 

5.        Objek Berpilin bersaiz mikro

Pada tahun 1991, seorang pencari emas secara kebetulan telah menjumpai objek pelik yang berpilin di Narada,berdekatan dengan pergunungan Ural, Russia. Objek itu dijumpai dalam beberapa saiz daripada bersaiz mikro sehingga ke saiz 3 cm. Objek pelik tersebut mempunyai saiz yang paling kecil iaitu dengan saiz 0.03cm. Objek tersebut dalam jumlah yang beribu-ribu di beberapa tempat di Kozhim, Balbayu dan di sebuah alur kecil di Vtvsty dan Lapkhevozh. Kebanyakkannya dijumpai di dalam kedalaman daripada 3 hingga 12 meter. Objek tersebut diperbuat daripada tembaga, Molybdenum dan juga tungsten. Tungsten adalah bahan yang padu dengan titik lebur sehingga 3410 darjah. Bergitu juga Molybdenum yang mempunyai titik lebur sehingga 2650 darjah. Pada hari ini, bahan tersebut digunakan secara meluas di dalam alatan senjata tentera dan assesori kenderaan berperisai. Dalam satu kajian, objek-objek tersebut dipercayai berusia 20,000 tahun yang lampau.! Ia membingungkan ramai saintis dan ahli arkeologi kerana dipercayai bahawa pada masa tersebut, sememangnya tidak wujud langsung teknik pembuatan logam serta perleburan yang canggih.

 

Objek berpilin yang ditemui di Rusia.

 





 



Kontroversi Malaysia-Indonesia 1962-1966!

Oleh: takusahrisau

 

Banyak di antara kita masih belum mengetahui bahawa Malaysia pada tahun 1960-an hampir berperang dengan negara jiran kita, Indonesia. Malaysia yang ketika itu baru setahun jagung telah diasak oleh Indonesia dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Lama kelamaan ia bertukar menjadi semakin parah apabila Indonesia yang ketika itu diketuai oleh Presiden Sukarno mengistiyharkan slogan ‘Ganyang Malaysia’ yang kemudiannya memulakan api konfrantasi Malaysia–Indonesia daripada tahun 1962 sehingga 1966. Konfrantasi itu tidak ubah seperti Perang Dingin Amerika Syarikat-Soviet yang kebetulannya juga meletus pada saat itu.

 

Antara bukti bahawa konflik antara Malaysia-Indonesia semakin meruncing.

 

 

Api Kemarahan Sukarno

Semuanya bermula apabila Presiden Sukarno sangat  menginginkan sebuah wilayah yang besar yang mana ia merangkumi seluruh kepulauan Melayu untuk membentuk Indonesia Raya atau Great Indonesia. Namun, cita-cita presiden yang mesra digelar Bung Karno ini tidak mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Ia merencatkan niat Sukarno dan ia seterusnya membangkitkan api kemarahan beliau. Presiden yang terkenal dengan sifat agresif ini akur dengan keengganan Malaysia untuk bergabung dengan Indonesia apabila Malaysia diistiyharkan secara rasminya pada 16hb September 1963 selepas Sabah dan Sarawak bersetuju bergabung.

Sukarno sebenarnya tersinggung apabila Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan Malaysia sebelum hasil pungutan suara mengenai penubuhan Malaysia yang dilakukan oleh PBB dikeluarkan secara rasmi. Ini berlaku kerana Tunku tidak mahu menunggu lebih lama kerana ia bakal merencatkan niat Tunku untuk menubuhkan negara Malaysia yang berdaulat(tanpa perlu bergabung dengan Indonesia). Inilah antara jawapan kenapa Malaysia ditubuhkan tergesa-gesa pada 16hb September 1963 dan tidak pada 31hb Ogos 1963 atau 31hb Ogos 1964.

Dalam pembentukan Indonesia Raya, Sukarno memiliki pendirian yang tersendiri. Beliau menyatakan bahawa Malaysia adalah alat boneka British dan penjajah asing. Kekayaan Malaysia diragut oleh penjajah dan rakyatnya pula kebuluran. Oleh itu, Malaysia perlu di’bersihkan’ oleh British dengan satu cara iaitu bergabung dengan Indonesia.

 

Daripada Perang Mulut sehingga kepada Perang Bersenjata

Sukarno sudah tidak tahan dengan kerenah Malaysia pada ketika itu lebih pro-barat. Atas arahan Sukarno, mereka telah melancarkan perang gerila terhadap Malaysia. Terdapat beberapa lokasi pendaratan tentera Indonesia di Malaysia seperti:

1.         Pasukan payung terjun Indonesia telah mendarat di sebuah pantai di Johor pada 17hb Ogos 1964.

2.         Kemudian pada 2hb September 1964, pasukan payung terjun mereka mendarat di Labis, Johor.

3.         Pada 29hb Oktober 1964, pasukan payung terjun mereka mendarat pula di Pontian.

4.         Pada pertengah 1965, komando daripada TNI telah cuba menceroboh sempadan Malaysia melalui Tawau untuk mensabotaj Kem Rejimen Askar Melayu Diraja. Akan tetapi ia telah disedari oleh unit polis poranda dan kem tersebut terselamat daripada aktiviti sabotaj.

Pandangan dari udara selepas pertempuran askar Malaysia-Indonesia di Kalimantan.

 

Niat mereka untuk melakukan gerila tidak berjaya kerana Malaysia telah bersiap sedia dengan bantuan daripada skuad elit daripada British dan Australia. Malaysia juga melengkapi pertahanan negara dengan Askar Wataniah, Rajimen Askar Melayu Diraja, Ranjer Hutan, Polis Bantuan dan Pasukan Polis Marin. Pasukan payung terjun mereka berjaya ditahan dan ditangkap sebelum mereka dapat bergabung dengan agen-agen mereka di Malaysia untuk membentuk pasukan gerila ala komunis.

Sebenarnya dalam peristiwa pendaratan pasukan elit payung terjun Indonesia di lokasi-lokasi di Johor dan Sabah bukan sedikit nyawa yang terkorban. Berlaku pertumpahan darah daripada kedua-dua pihak termasuk askar bantuan daripada British dan Australia. Bunyi tembakan bertalu-talu di hutan di Johor dan Sabah membuatkan rakyat di kawasan sekitar ketakutan. Mereka hilang mata pencarian kerana perintah berkurung di kawasan tersebut.

Seorang askar Melayu mengangkat mayat askar TNI yang mati ditembak.

 

Unit risikan Malaysia

Malaysia telah menghantar unit risikan khas secara sulit ke Indonesia dan ke seluruh negara bagi menghalang tindak-tanduk Indonesia ke atas Malaysia. Unit risikan yang ditubuhkan lebih bertumpu kepada rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia. Kemuncak konfrantasi tersebut telah membuktikan lebih ratusan imigran daripada Indonesia ditangkap bagi sesi soal-siasat.

Bagi kerajaan Malaysia, mereka melihat Presiden Sukarno sebagai pro-komunis dan pro-Soviet. Tambahan pula, Indonesia merupakan pengkalan parti Komunis ketiga terbesar di dunia selepas USSR dan China. Ini membangkitkan perasaan gusar kepada Tunku dan pemimpin Malaysia pada ketika itu.

Parti Komunis tidak pernah diharamkan di Indonesia sepertimana di Malaysia sehingga Jeneral Suharto memegang jawatan Presiden Indonesia kemudian hari.

Sebenarnya, pengharaman Parti Komunis menyebabkan mereka bakal melanggar undang-undang NASAKOM(Nasional, Agama dan Komunisme) dan Sukarno tidak akan sesekali membenarkan ia berlaku.

 

Gagalnya misi Sukarno

Kegagalan Indonesia untuk memerangi Malaysia pada 1960-an telah menyebabkan wujud pelbagai kontroversi dan konspirasi. Sukarno ternyata tidak berpuas hati dengan Jeneral-jeneral Turus Angkatan Darat Indonesia semasa misi menceroboh sempadan Malaysia pada 1964. Sukarno menyifatkan pemimpin ketenteraan Indonesia tidak sepenuh jiwa berperang dan menyempurnakan misi yang diamanahkan Sukarno.

Panglima Angkatan Darat Letjen TNI, Ahmad Yani telah beberapa kali menyatakan bahawa beliau tidak sudi untuk berperang dengan Malaysia kerana Malaysia pada ketika itu dilengkapi dengan kekuatan-kekuatan daripada British dan askar-askar negara Komanwel. Ini menimbulkan suasana tegang antara beliau dan Sukarno. Ini turut berlaku kepada beberapa lagi jeneral-jeneral Indonesia seperti Mayjen TNI R. Suprapto, Mayjen TNI M.T. Haryono, Mayjen TNI Siswondo Parman, Brigjen TNI DI Panjaitan, Brigjen TNI Sutoyo Siswomiharjo dan Jeneral Besar TNI Abdul Haris Nasution serta bakal presiden Indonesia kedua, Jeneral Suharto.

Allahyarham Jeneral Abdul Haris Nasution

 

Peristiwa Pemberontakan 30 September

Susulan kegagalan misi ketenteraan Sukarno di Malaysia, Sukarno mengalih pandangannya kepada parti Komunis Indonesia yang sering didukungnya. Prinsip Sukarno yang ternyata berbeza dengan kebanyakkan pemimpin-pemimpin ketenteraan Indonesia menyebabkan kerusi politik beliau bergoyang menjelang tahun 1965.

Sukarno pada masa itu juga sudah hilang pengaruhnya di pentas politik antarabangsa selepas menarik diri daripada menganggotai PBB kerana tersinggung dengan penyertaan Malaysia sebagai badan bebas PBB.

Atas memegang prinsip politik yang agresif, Sukarno dikatakan menjadi tulang belakang kepada tindakan agresif PKI(Parti Komunis Indonesia) yang meragut nyawa enam Jeneral besar Indonesia pada 30 September 1965. Beberapa nyawa lain turut melayang termasuk anak perempuan Abdul Haris Nasution.

Walaubagaimanapun, Abdul Haris Nasution yang juga pengarang buku taktik ketenteraan terkenal Fundamental of Guerilla Warfare ini terselamat selepas berjaya meloloskan diri dengan terjun daripada trak yang sedang bergerak laju.

Nyawa enam Jeneral yang malang telah diseksa dengan cukup kejam dan terdapat sumber menyatakan kemaluan mereka turut dikasi dan mata pula dicungkil keluar. Mayat mereka kemudian dihumban ke dalam sumur kecil di sebuah desa yang dikenali Lubang Buaya.

 

Impak Kejadian 30 September 1965

Peristiwa ini merupakan detik penting dalam pengolakan politik Indonesia sehingga jatuhnya karier politik Sukarno. Politik Indonesia telah diselamatkan daripada terus menjadi hak milik Parti Komunis apabila Jeneral Suharto bangkit merampas kuasa pada 1965. Beliau sendiri pergi ke Lubang Buaya melihat jenazah rakan-rakan seperjuangannya di bawa keluar daripada sumur tersebut.

Peristiwa kekejaman di Lubang Buaya sangat bermakna buat rakyat Malaysia kerana ia merupakan detik awal kekenduran konfrantasi Malaysia-Indonesia susulan jatuhnya Sukarno dan bubarnya Parti Komunis Indonesia. Jeneral Suharto yang bangkit merampas kuasa telah memenjarakan Sukarno di rumahnya dan mula memulihkan hubungan Malaysia-Indonesia.

Sejak itu, konfrantasi Indonesia-Malaysia tidak lagi tercetus sehingga baru-baru ini selepas kombinasi beberapa kejadian yang membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia. Namun, ia tidak pernah seburuk kejadian yang berlaku semasa 1960-an dahulu.

 

Nota kaki: Peristiwa Lubang Buaya juga masih lagi diselubungi konspirasi kerana terdapat dakwaan menyatakan ia telah dilakukan oleh agen-agen CIA di Indonesia dan kemudian menuduh PKI melakukannya. Operasi ini sering dilakukan pada tahun 1960-an oleh CIA di negara-negara yang dipengaruhi ideologi Komunisme. Operasi ini dikenali false-flag operation.

 

Propaganda Barat terhadap Jerman yang KARUT!

Oleh: takusahrisau

 

Semasa kemelut Perang Dunia Kedua, Jerman sering dikaitkan dengan simbol ganas dan tidak berperikemanusiaan. Propaganda ini mudah tersebar di seluruh dunia kerana musuh-musuh Jerman adalah penjajah-penjajah yang mempunyai tanah jajahan di serata dunia. Musuh Jerman adalah tidak asing lagi iaitu Britain, Amerika Syarikat, Rusia dan Perancis. Mereka dengan mudah menyebarkan berita-berita tidak benar di negara jajahan mereka termasuk Malaysia(dulu dikenali Malaya) dan ia diterima bulat-bulat oleh rakyat tanpa unsur periksa. Sehingga kini, ia bagaikan sebati dengan jiwa masyarakat dunia bahawasanya Jerman adalah tentera jahat(evil soldier) dan pihak Berikat adalah tentera pembebas(liberator soldier). Semua ini adalah KARUT dan pembaca semua, tolong ubah persepsi anda mulai hari ini.!

 

Pengaruh Hollywood

Musuh-musuh Jerman bertambah kuat mempengaruhi masyarakat dunia apabila mereka mula mencengkam minda kita semua dengan filem-filem Hollywood yang memaparkan Jerman adalah jahat dan kejam. Antara filem-filem tersebut adalah Dirty by Dozen, The Great Escape, Saving Private Ryan, Sniedler’s List dan banyak lagi.

 

Tentera Jerman memberi perhormatan terakhir kepada tentera Britain. Inikah lagak tentera yang dimaksudkan sebagai kejam dan ganas?

 

 

Pengaruhi melalui dokomentari

Mereka juga secara tidak bertanggungjawab telah menerbitkan dokumentari yang langsung tidak benar faktanya seperti penerbitan dokumentari mengenai Hitler dan Holocaust. Contoh dokumentari yang penulis lihat sebagai pembohongan yang besar adalah dokumentari mengenai Aldolf Hitler yang digambarkan sebagai seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Dalam dokumenteri terbitan History Channel tersebut, mereka memaparkan Aldolf Hitler lebih menyayangi binatang berbanding nyawa manusia. Ini semua adalah tidak benar. Lazimnya, manusia yang menyayangi binatang adalah manusia yang amat-amat menyayangi manusia. Itu adalah lumrah kehidupan.

Inilah satu tugas penulis untuk cuba mengubah persepsi pembaca semua tentang fakta sebenar mengenai Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Seperti sebelum ini, penulis telah menulis mengenai Holocaust. Penulis juga pernah menulis mengenai Hitler. Dan pada kali ini, penulis akan memberi sedikit bukti mengenai Jerman daripada sudut yang berlainan pula iaitu sudut di mana pembaca tidak pernah bayangkan.

 

Propanganda Barat yang KARUT!

1.         Barat terutama Amerika Syarikat sering mengatakan NAZI dan Hitler bersifat perkauman dengan mengagungkan bangsa Aryan. Semua dakwaan Barat langsung tidak berasas kerana imej-imej yang bakal dipaparkan bakal mengubah persepsi salah kita pada hari ini.

Tentera sukarelawan Nazi Jerman warga Afrika.

Warga Korea

warga Bosnia

warga Chechen

Warga India

Warga Yahudi yang menjadi pengawal di kem tahanan. Wujud deskriminasi?

 

 

2.         Bergitu juga semasa Jerman menganjurkan sukan Olimpik musim panas pada tahun 1936. Media Amerika Syarikat dan Britain secara berterusan menfitnah Hitler dengan mengatakan Hitler cukup marah apabila pelumba pecut 100m Amerika Syarikat iaitu Jesse Owens telah mengalahkan kesemua jagoan daripada Jerman. Owens ternyata hebat di Berlin apabila memenangi acara 100m, 200m, lari berganti-ganti dan lompat jauh. Hitler dikatakan enggan berjabat tangan dengan Jesse Owens. Media Barat telah mereka cerita dengan mengatakan Hitler bergegas turun daripada podium dengan muka yang merah padam menahan malu apabila warga kulit hitam telah mengalahkan ‘super-raca’ Aryan di Berlin. Fakta ini adalah KARUT.!

Jesse Owens amat mengagumi Hitler dan propanganda beliau dideskriminasi di Berlin adalah fakta tidak benar.

 

Pada 2009, Siegfried Mischner,83 telah mendedahkan perkara sebenar kepada dunia dengan mendakwa Jesse Owens telah menunjukkan foto beliau berjabat tangan dengan Hitler semasa Olimpik Berlin 1936 pada tahun 1960-an. Peristiwa ini menurut Mischner yang diceritakan oleh Owens berlaku semasa berada di bawah pentas utama yang mana ia sukar dirakam oleh media-media. Owens juga menyatakan bahawa beliau kecewa dengan cara orang Amerika melayan Hitler yang diumpamakan sebagai penjahat dan binatang. Owens menurut Mischner berkata bahawa warga Jerman melayannya cukup bagus berbanding warga Amerika Syarikat melayannya. Warga Amerika Syarikat sangat bongkak dan bersifat perkauman terhadap kaum kulit hitam sepertinya dan ini tidak berlaku di Berlin.!(pembaca boleh membaca berita selanjutnya di www.dailymail.co.uk)

 

3.         Cerita penderitaan Yahudi di kem-kem tahanan di Jerman, Poland dan beberapa negara lain amat menyedihkan. Ada yang diseksa, hidup melarat, tidak cukup makan dan minum, tidak diberi ubat-ubatan dan menjadi buruh-buruh kasar. Ini semua TIDAK BENAR.! Pembaca boleh lihat gambar di bawah. Tepuk dada, tanya citarasa..

 

Di kem tahanan, warga Yahudi masih boleh berkahwin. Ini menolak dakwaan bahawa tahanan Yahudi dilayan dengan teruk di kem.

Malah upacara keagamaan pun boleh dilaksanakan di kem tahanan.

Orkestra boleh dimainkan di kem tahanan.

Tahanan mengadakan persembahan orkestra di Auschwitz, Poland.

Tahanan juga digalakkan bersukan seperti bermain bola sepak.

 

4.         Kita dihidangkan dengan fakta bahawa Hitler dan Jerman memulakan Perang Dunia Kedua selepas menyerang Poland. Ya, itu benar. Hitler memang menyerang Poland akan tetapi bukan menceroboh sepertimana yang didakwa oleh media-media Barat. Hitler dan angkatan tenteranya hanya mengambil kembali tanah air mereka yang dirampas oleh Poland semasa penjanjian Varsailles. Dalam penjanjian itu, tanah air Jerman telah berkurangan sebanyak 30 peratus akibat proses pembahagian tanah dan wilayah oleh negara-negara Britain, Amerika Syarikat, Perancis, Poland dan sekutu-sekutunya. Ini membangkitkan kemarahan rakyat Jerman dan sejak itulah Hitler berkobar-kobar ingin menguatkan tentera Jerman untuk menuntut kembali wilayah-wilayah mereka yang dirampas. Oleh itu, jika ada istilah ‘invasion’ dalam buku atau artikel yang melibatkan Jerman semasa Perang Dunia Kedua, ia adalah TIDAK BENAR.!

 

5.         Hitler juga digambarkan seorang atheis atau tidak percaya kepada tuhan dan agama. Sekali lagi, fakta ini adalah salah.! Hitler dan Jerman adalah penganut Kristian yang taat. Malah mereka lebih taat berbanding orang Britain dan Amerika Syarikat. Tambahan pula, nenek moyang mereka adalah penganut ajaran Arianisme yang bergitu taat. Mengikut sejarah, warga Germanic seperti Ostrogoth, Vasigoth, Alans, Burgandy dan sebagainya adalah penganut Arianisme yang sangat taat. Untuk pengetahuan anda, Arianisme adalah salah satu mazhab Kristian yang menyembah tuhan yang esa. Sehingga hari ini, ajaran Arianisme masih lagi dianuti di sebahagian wilayah di Jerman.

 

~ Jangan terima bulat-bulat fakta orang Barat!

(Bukti)Tentera Amerika Syarikat juga sekejam tentera Jepun!

Oleh: takusahrisau

 

Tentera Berikat yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Kanada dan negara-negara Komanwel yang lain sering digambarkan sebagai hero oleh media-media arus perdana. Manakala tentera Paksi terutamanya tentera Jerman, Itali dan Jepun pula sering digambarkan sebagai musuh yang tidak mempunyai sifat perikemanusiaan.

Apa yang sebenarnya berlaku semasa Perang Dunia Kedua adalah sebaliknya. Fakta sebenar tidak seperti yang digambarkan oleh media-media barat. Keseluruhan isi kandungan berita dan artikel yang bersumberkan daripada Barat lebih kepada misi propaganda mereka untuk memberi gambaran yang salah mengenai pihak tentera Pakatan Paksi.

Terdapat beberapa insiden yang membabitkan Pakatan Berikat yang membunuh tahanan perang yang kebanyakkannya melibatkan tentera-tentera Jerman. Kejadian tersebut tidak didedahkan secara meluas sepertimana kejadian pembunuhan melibatkan tentera Berikat oleh tentera pakatan Paksi.

Setiap pembunuhan tahanan perang adalah menyalahi kata sepakat di persidangan Geneva yang diadakan pada kali pertama di Geneva pada 1929. Menurut artikel 13 sehingga 16, tahanan wajib dilayani sebaik mungkin dan keperluan ubat-ubatan mesti disediakan.

 

1.         Pembunuhan Dachau

Kem tahanan Dachau telah diserbu oleh tentera Amerika Syarikat pada 29hb April 1945. Pembunuhan tersebut berlaku melibatkan seramai 560 orang tentera Jerman termasuk pengawal-pengawal kem tahanan dan tentera bantuan daripada 5th SS Panzer Viking Division yang mana telah dihantar untuk meningkatkan kekuatan kem tahanan tersebut bagi menggantikan tentera-tentera kem tahanan Dachau yang cedera dan meninggal dunia. 560 orang tentera Jerman tersebut telah dibariskan berhadapan dengan dinding kem tahanan dan ditembak oleh sedozen tentera Amerika Syarikat. Ada sumber menyatakan bahawa terdapat beberapa orang tentera Jerman yang mati ditembak dalam kejadian di Dachau kehilangan kaki atau tangan akibat ditembak bertalu-talu dengan menggunakan mesingan oleh tentera Amerika Syarikat.

Tentera Amerika Syarikat menembak mati 560 tentera Jerman di Dachau pada April 1945.

 

 

2.        Pembunuhan Biscari

Tentera US dari Batalion Infantri ke-45 telah membunuh seramai 75 tahanan perang yang kebanyakkannya terdiri daripada tentera Itali.

 

3.        Pembunuhan semasa Operasi Teardrop

Tentera Amerika Syarikat dengan rakusnya menyeksa dan seterusnya membunuh lapan orang krew kapal selam U-546 semasa operasi tersebut. Phillip K. Lundeberg, seorang ahli sejarah Perang Dunia Kedua berkata tentera Amerika Syarikat bertindak ganas sedemikian rupa adalah kerana mereka percaya krew-krew U-546 telah menembak dan memusnahkan banyak kapal-kapal selam dan kapal-kapal perang milik Amerika Syarikat.

 

4.        Pembunuhan Chenogne

Akibat kemarahan yang masih belum reda akibat pembunuhan tentera Amerika Syarikat oleh tentera Waffen SS(tentera Jerman) semasa Pembunuhan Malmedy, beberapa dozen tentera Waffen SS yang ditangkap sebagai tahanan perang telah dibunuh di sebuah desa di Belgium iaitu Chenogne. Pembunuhan itu berlaku pada 1hb Januari 1944.

Arahan pembunuhan tersebut telah dikeluarkan oleh 328th US Army Regiment pada 21hb Disember 1944 dengan mengeluarkan arahan seperti berikut. 

No SS troops or paratroopers will be taken prisoners but will be shot on sight.

Major-General Raymond Hufft yang mengarahkan pembunuhan tersebut mengaku bahawa sekiranya tentera Jerman menang ketika Perang Dunia Kedua, nama beliau pasti akan muncul di antara barisan pertama yang digantung semasa Nuremberg Trial.

Pembunuhan tahanan perang yang dilakukan oleh tentera Amerika Syarikat.

 

 

5.        Pembunuhan di Audouville-la-Hubert

Seramai 30 tentera Waffen SS telah ditembak dekat perkampungan Perancis, Audouville-la-Hubert. 30 orang tentera Jerman yang malang tersebut telah dibunuh dengan kejam oleh tentera Para(Paratrooper) Amerika Syarikat.

Sebenarnya, banyak lagi pembunuhan kejam yang dilakukan oleh tentera Berikat semasa kempen mereka semasa Perang Dunia Kedua. Tidak cukup dengan pembunuhan, berlaku juga kejadian rogol dan bunuh oleh tentera Berikat terutama melibatkan tentera Rusia dan Perancis di Jerman. Kejadian-kejadian tidak bermoral ini mengambarkan tahap keperimanusiaan sebenar tentera Amerika Syarikat dan pakatan Berikat semasa kempen Perang Dunia Kedua.

Pembunuhan di Dresden. Beratus ribu rakyat Jerman yang tidak bersalah meninggal dunia semasa kejadian ini.

 

 

Oleh sebab itu, jika terdapat kata-kata di akhbar dan majalah serta dokumentari daripada Barat menyatakan tentera Amerika Syarikat dan British adalah tentera yang berhemah dan berperikemanusian, ia semua adalah KARUT.!

 

 

Malaysia di tempat ke-56 dalam Index Persepsi Rasuah 2010!

Oleh: takusahrisau

 

Index Persepsi Rasuah 2010(2010 Corruption Perception Index) telah mengeluarkan maklumat 178 buah negara di seluruh dunia berdasarkan index daripada 0 hingga 10. Index paling sedikit menunjukkan tahap penularan rasuah yang paling tinggi manakala index paling besar menunjukkan tahap penularan rasuah yang paling sedikit. Kaji selidik ini melibatkan 13 pengkaji selidik bebas daripada seluruh dunia.

Mengikut index terbaru tersebut negara Somalia menunjukkan index rasuah paling sedikit iaitu dengan mencatatkan jumlah mata 1.1 diikuti dengan Myanmar 1.4 dan Afghanistan yang turut mencatatkan mata 1.4.

 

 

Manakala negara Denmark dan New Zealand mencatatkan tahap index rasuah yang paling banyak, masing-masing mencatatkan mata 9.3. Singapura menjadi negara Asia paling tinggi index rasuah iaitu dengan mata 9.3 melayakkan negara tersebut menduduki tangga ketiga.

 

Negara kita, Malaysia hanya mencatatkan kutipan mata 4.4 dan menduduki tangga ke-56 daripada 178 buah negara. Malaysia antara 70 peratus buah negara yang gagal mencatatkan mata lebih daripada 5.0.!

 

 

 

Sumber: http://www.transparency.org

(Gambar) Perang Iran-Iraq

Oleh: takusahrisau

 

Perang Iran-Iraq meletus apabila berlakunya ketegangan kedua-dua buah negara melibatkan pelbagai perkara termasuklah perkara-perkara yang melibatkan sempadan, minyak dan agama.

Api peperangan mula tercetus apabila Iraq yang diketuai Saddam Hussain telah menceroboh sempadan Iran melalui udara dan daratan menjelang 22hb September 1980. Ia meningkatkan kemarahan Iran yang ketika itu telah diperintah oleh Ruhullah Khomeini sejak revolusi Islam 1979.

Terdapat niat tersirat di dalam hati Saddam Hussain untuk menceroboh Iraq kerana mahu merancang menumbangkan Iran yang mula membangun sebagai republik Islam bagi menggantikan dengan pemerintah boneka Iraq.

Iraq dikatakan telah ditaja oleh CIA dan Amerika Syarikat kerana tindak-tanduk Iraq sangat sesuai sebagai rakan akrab Amerika Syarikat dan CIA. Manakala Iran pula dibayangi oleh Soviet Union. Peperangan antara Iran-Iran berlanjutan daripada tahun 1980 sehingga 1988. Ia adalah antara peperangan paling panjang dalam sejarah peperangan di dunia.