(BUKTI)Tamadun Purba memang Hebat!- Part 2


Oleh: takusahrisau

 

Seringkali penulis war-warkan mengenai tamadun purba yang hebat. Teknologi mereka melebihi jangkauan kita sebagai manusia moden. Malah, dek kerana setiap penemuan tersebut seringkali membuktikan tamadun-tamadun purba adalah hebat, saintis kerapkali menidakkan penemuan tersebut sehingga mengatakan penemuan tersebut adalah palsu dan sengaja diada-adakan. Adakah benar dakwaan saintis-saintis tersebut?

Penulis mengambil jalan selamat dalam hal ini. Penulis tidak mahu mengia atau menidakkan dakwaan tersebut. Sebagai Islam, penulis akan merujuk al-Quran sebagai kitab utama rujukan. Apa yang pasti, di dalam al-Quran, memang terdapat tamadun-tamadun purba yang sangat hebat seperti Tamadun Tsamud; yang hebat mengukir gunung, Tamadun Aad; yang mahir membina kota, Tamadun Mesir; yang terkenal bijak membina bangunan-bangunan serta berhala-berhala besar dan banyak lagi tamadun yang diceritakan di dalam al-Quran.

Untuk kali ini, penulis akan melampirkan beberapa penemuan yang bagi penulis amat mengagumkan.

 

1.         Sistem perpaipan di Baigong

Paip Baigong  adalah siri perpaipan yang terdapat di Baigong, China. Paip Baigong ditemui secara tidak sengaja oleh ahli arkeologi yang ingin mencari fosil-fosil Dinasour. Paip Baigong ini dikatakan mempunyai saluran yang sampai ke gunung Baigong yang jaraknya kira-kira 50 hingga 60 meter di atasnya. Dikatakan bahawa, terdapat piramid dibina di atas gunung tersebut dan di dalam piramid tersebut terdapat tiga buah gua. Namun, dua buah gua telah pun runtuh dan kini hanya tinggal sebuah gua yang mana ia dikatakan punca bagi setiap siri-siri paip Baigong.

Salah satu saluran paip Baigong

 

  Paip Baigong

  

  

  

 

 

2.        Antikytera Mechanism

Dipercayai bahawa ia adalah sistem kalkulator purba yang digunakan untuk mengukur pergerakan bintang dan planet. Dianggarkan ia berusia 80 tahun sebelum masihi. Pembinaan gajet purba ini sungguh sofitikated; gear 30 gigi dengan diameter 9 hingga 132mm, dan berkemampuan untuk melakukan kelajuan dalam pelbagai had.Penemuan Antikytera Mechanism sememangnya menakjubkan.!

Antikythera Mechanisme

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.        Waffle Rock

Terdapat dakwaan saintis bahawa ia adalah hasil alam semulajadi. Namun, ramai antara saintis menolaknya kerana mendakwa ia adalah teknologi zaman dahulu yang bergitu canggih. Kelihatan seperti keping-keping biskut, ia membangkitkan satu teori bahawa pada zaman purba, sudah wujud lantai berukir yang bergitu cantik. Misteri di sebalik Waffle Rock masih terus dikaji dan diselidik.

Buatan manusia atau hasil alam semulajadi?

 

 

4.        Iron Pillar of Delhi

Tiang besi yang dikenali Iron Pillar of Delhi ini dibina pada zaman Chandragupta Vikramaditya yang memerintah daripada tahun 375 sehingga 413. Terdapat juga dakwaan mengatakan bahawa tiang besi ini mula dibina sekitar tahun 912BC. Tiang besi yang mempunyai ketinggian 7 meter ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri-mampu menahan karat dan reput miskipun terdedah kepada udara luar selama lebih dari 1600 tahun. Tiang besi ini membingungkan ramai saintis kerana besi tahan karat tidak pernah dicipta pada abad ke-4 atau abad ke-5 masihi.! Seorang pengkaji, Erich Van Daniken pernah mendakwa bahawa Iron Pillar of Delhi berasal daripada alam makhluk asing.

Iron Pillar of Delhi

 

 

5.        Objek Berpilin bersaiz mikro

Pada tahun 1991, seorang pencari emas secara kebetulan telah menjumpai objek pelik yang berpilin di Narada,berdekatan dengan pergunungan Ural, Russia. Objek itu dijumpai dalam beberapa saiz daripada bersaiz mikro sehingga ke saiz 3 cm. Objek pelik tersebut mempunyai saiz yang paling kecil iaitu dengan saiz 0.03cm. Objek tersebut dalam jumlah yang beribu-ribu di beberapa tempat di Kozhim, Balbayu dan di sebuah alur kecil di Vtvsty dan Lapkhevozh. Kebanyakkannya dijumpai di dalam kedalaman daripada 3 hingga 12 meter. Objek tersebut diperbuat daripada tembaga, Molybdenum dan juga tungsten. Tungsten adalah bahan yang padu dengan titik lebur sehingga 3410 darjah. Bergitu juga Molybdenum yang mempunyai titik lebur sehingga 2650 darjah. Pada hari ini, bahan tersebut digunakan secara meluas di dalam alatan senjata tentera dan assesori kenderaan berperisai. Dalam satu kajian, objek-objek tersebut dipercayai berusia 20,000 tahun yang lampau.! Ia membingungkan ramai saintis dan ahli arkeologi kerana dipercayai bahawa pada masa tersebut, sememangnya tidak wujud langsung teknik pembuatan logam serta perleburan yang canggih.

 

Objek berpilin yang ditemui di Rusia.

 





 



Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: