Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas, 25 Disember..


Oleh: takusahrisau

 

Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah oleh kira-kira 1.2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia. Tarikh 25 Disember merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Perkataan Krismas” berasal dari istilah Yunani iaitu Mass Kristus” yang membawa maksud Perayaan bagi al-Masih. Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud berabad-abad sebelum Isa dilahirkan tetapi tidak pernah didoktrin dalam agama Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa.

Di sinilah(satu sudut dalam Church of Nativity) dikatakan Nabi Isa dilahirkan.

 

Catholic Encyclopedia  Edisi 1911 menggambarkan bahawa perayaan Krismas tidak berasal daripada Palestin tetapi daripada Mesir. Dalam ekslopedia itu menyatakan perayaan Krismas dipengaruhi dengan ajaran paganisme daripada Mesir. Perayaan Pagan sekitar Januari hari pertama setiap tahun benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan sebagai perayaan Krismas.

Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga dan digelar ‘bapa pengkritik Bible’ pernah menulis,

Dalam Kitab Suci, tiada seorang pun yang direkodkan telah merayakan hari raya atau mengadakan jamuan yang besar pada hari lahirnya. Ia hanya orang-orang yang zalim dan toghut[seperti Firaun dan Herod] yang membuat hari berfoya-foya  yang gah pada hari mereka dilahirkan di dunia. (dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).

 

::::        Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan perayaan Krismas pada 25 Disember(Kalendar Gregory) saban tahun, terdapat penganut Kristian beraliran oriental seperti Armenian Apostolic Church dan beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau 7 Januari(Kalendar Gregory).

::::        Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat dengan perayaan penganut agama pagan dahulu kala. 25 Disember dikaitkan dengan Festival Yule iaitu sejenis festival keagamaan bagi kaum paganisme Jerman sebelum kedatangan Kristian. Festival ini dirayakan daripada pertengahan Disember sehingga awal Januari berdasarkan Gemanic Lunar Calendar.

::::        Jika Festival Yule dikaitkan dengan Krismas di barat, di timur, perayaan Krismas dikaitkan dengan Festival Dies Natalis Solis Invicti atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus.

::::        25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran Paganisme iaitu Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom sebagai dewa mereka. Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 masihi.

Ukiran dewa Mithra.

 

::::        Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan Krismas 25 Disember dijadikan cuti umum adalah Calender of Filocalus. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom beragama Kristian.

::::        Selain tarikh 25 Disember sebagai tanggal kelahiran Jesus Christ, tarikh-tarikh lain turut dikatakan mempunyai kaitan dengan kelahiran Jesus Christ. Setiap tarikh mempunyai kekuatan dan alasan yang tersendiri sepertimana tarikh 25 Disember yang menjadi tarikh umum kononnya Jesus Christ dilahirkan. Tarikh-tarikh tersebut adalah 5 Januari, 6 Januari, 25 Mac, 28 Mac, 19 April, 20 April, 20 Mei, 21 Ogos, 17 November  dan 19 November.

::::        Santa Claus adalah nama paling dominan apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan Belanda iaitu SinterKlaas. Santa Claus sebenarnya adalah nama gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi. Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini. Lazimnya, amalan pemberian hadiah dilakukan pada 6 Disember sempena hari perayaan(feast day) St. Nicholas of Myrra.

Lukisan dinding mengambar St. Nicholas of Myrra.

 

::::        Warna tradisional Hari Krismas adalah merah, putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.

::::        Pokok Krismas antara salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok Krismas diadaptasi amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.

Pokok Krismas

 

::::        Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.

Martin Luther

 

::::        Sepertimana Pokok Krismas yang menjadi elemen utama semasa perayaan Krismas, Orang Salji atau Snowman juga sering mewarnai kemeriahan perayaan Krismas. Asal-usul Orang Salji masih tidak dapat dipastikan namun ilustrasi Orang Salji dapat ditemui di dalam buku ‘Book of Hours’ yang bertarikh 1380 di The Hague. Kemungkinan besar, penggunaan Orang Salji digunakan lebih lama daripada tarikh tersebut.

::::        Orang Salji paling besar pernah dibina adalah Orang Salji yang dibina di 2008 di Bethel, Maine. Orang Salji tersebut berdiri setinggi 37.21 meter dan dinamakan Olympia sempena Senator Parti Republikan Amerika Syarikat, Olympia Snowe.

'Olympia'

 

::::        Sebagai tambahan, sebuah kawah Asteroid 4 Vesta membentuk seakan-akan Orang Salji. Ia dirakam pada oleh Prob angkasalepas tanpa pemandu, Dawn pada 6 Ogos 2011.

'Snowman Crater'

 

::::        Perkataan Krismas sering disingkat menjadi ‘Xmas’. Ia diambil daripada abjad Greek yang ke-22 iaitu ‘X’. Sebutan ‘X’ memberikan bunyi seperti ‘Christ’ dan lama-kelamaan menjadi singkatan kepada perkataan Krismas.

::::        Tarikh 25 Disember merupakan tarikh kelahiran bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah ahli fizik terkenal, Isaac Newton(1642-1727), pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah(1876-1948), pengasas Chevrolet Motor Car Company, Louis Chevrolet(1878-1941), bekas Presiden Mesir, Anwar Sadat(1918-1981), bekas pemain bola antarabangsa Brazil, Jairzinho(1944), Penyanyi kelahiran Britain, Dido(1971) dan ramai lagi.

Jairzinho

 

::::        Tarikh 25 Dismber juga merupakan tarikh kematian bagi beberapa tokoh ternama dunia. Antaranya adalah bekas maharaja Jepun, Emperor Taisho(1879-1926), Perdana Menteri kedua Turki, Ismet Inonu(1884-1973), pelawak terkenal, Charlie Chaplin(1889-1977), bekas Presiden Komunis Romania, Nicolae Ceauşescu(1918-1989), penyanyi genre Soul terkenal, James Brown(1933-2006) dan ramai lagi.

 

Ismet Inonu

 

 

::::        Pada tahun 2011, bangsa Yahudi seluruh dunia turut merayakan perayaan Hanukkah pada tarikh 25 Disember. Perayaan Hanukkah adalah perayaan 8 hari 8 malam dengan menyalakan lilin di sembilan tapak lilin Menorah. Perayaan ini jatuh pada 25 Kislev dan berakhir pada 2 atau 3 Tevet mengikut Kalendar Hebrew. Ia bersamaan dengan mana-mana hari pada akhir November dan akhir Disember mengikut kalendar Gregory.

Menorah

 

Tags: , , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

8 responses to “Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas, 25 Disember..”

  1. KAMI TAK BODOH says :

    Asal Usul Islam
    Untuk memperolehi
    pengertian yang sebenar
    tentang asal usul Islam, kita
    perlu mengetahui akan
    keadaan Arab sebelum
    adanya Islam, akan diri
    Muhamad, dan akan sejarah
    awal Islam. Walaupun
    arkeologi, Al Quran dan
    Hadith mengandungi catatan
    yang banyak tentang perkara
    ini, ramai orang mungkin
    tidak sedar tentangnya.
    MEKAH SEBELUM MUHAMAD
    Pernahkah anda bayangkan
    akan keadaan Mekah
    sebelum kelahiran Muhamad?
    Kota Mekah, pada ketika itu,
    sememangnya merupakan
    kota yang sangat menarik
    kerana kota itu merupakan
    pusat perdagangan dan juga
    tempat tumpuan pelbagai
    kaum dengan budaya yang
    berbeza. Para pedagang di
    sana juga menganuti pelbagai
    agama. Kaum Quraysh di
    sana memuja Hubal, Al-ilah,
    dan tiga anak perempuan Al-
    ilah. Sebuat batu hitam yang
    berasal dari surga sangat
    disanjungi dan ditempatkan di
    satu sudut dalam Kaabah.
    Kaabah ini merupakan pusat
    pemujaan 360 berhala
    (Bukhari jilid 3, buku 43, bab
    33, no. 658, hal.396 dan
    Bukhari jilid 5, buku 59, bab
    47, no. 583 ,hal. 406).
    Ensiklopedia Islam (edisi
    Eliade, hal. 303ff) ada
    mengatakan bahawa sebelum
    adanya Islam, orang sudah
    bersembahyang lima waktu
    sehari dengan menghadap ke
    Mekah dan berpuasa selama
    setengah hari bagi sebulan
    penuh. Kaum Quraysh pula
    berpuasa pada setiap 10
    Muharram. Muhamad pernah
    memerintahkan agar
    pengikut-pengikutnya
    mengamalkan amalan yang
    sama, namun kemudian
    amalan ini tidak diwajibkan
    (Bukhari jilid 5, buku 58, bab
    25, no. 172, hal.109 dan
    Bukhari jilid 6, buku 60, bab
    24, no. 31, hal. 25).
    Sebelum adanya Islam, orang
    Arab sudah menaikkan haji ke
    Mekah. Fiqh us-Sunnah jilid 5,
    hal.122 dan Bukhari jilid 2,
    buku 26, bab 33, no. 635, hal.
    371-372 ada mencatatkan
    bahawa, pada zaman itu,
    orang Arab yang tidak
    menaikkan haji dianggap
    telah melakukan dosa
    terbesar di dunia ini. Di
    Mekah, sebelum adanya
    Islam, mereka sudah
    menutupi Kaabah dengan
    kain (Fiqh jilid 5, hal. 131) dan
    mereka juga sudah
    mempunyai bulan suci yang
    tidak membenarkan
    peperangan dalam jangka
    masa itu (Bukhari jilid 2, buku
    23, bab 96, no. 482, hal. 273).
    ASAL USUL KATA “ALLAH”
    Umumnya, kata “Allah” ialah
    kata singkatan dalam bahasa
    Arab bagi kata Al-ilah, yang
    bererti “Tuhan”. Baik orang
    Kristian Arab ataupun
    penyembah berhala juga
    menggunakan kata Ilah untuk
    Tuhan. Al-Kitab bahasa Arab
    dan bahasa Indonesia masa
    kini juga menggunakan kata
    “Allah“ untuk Tuhan. Dahulu,
    kata dalam bahasa Timur
    Tengah yang agak serupa
    yakni kata el membawa erti
    “tuhan”, baik digunakan
    untuk Tuhan yang benar atau
    berhala, dalam bahasa
    Ugaritik, bahasa Kanaan dan
    bahasa Ibrani. Sebelum
    Muhamad, Kaabah yang
    menempatkan para 360
    berhala itu disebut Bait Allah
    atau “rumah Allah“. Ayah
    Muhamad yang meninggal
    sebelum Muhamad dilahirkan
    itu bernama “Abdullah” yang
    bererti hamba Allah.
    Tambahan juga, salah satu
    suku bangsa Yahudi digelar
    “Abdullah bin Salam” dalam
    Bukhari jilid 5, buku 59, bab
    13, no. 362, hal. 241.
    Khususnya, antara berhala
    yang dipuja di Mekah, salah
    satu berhala digelar “Allah”.
    Berhala ini ialah dewa bagi
    kaum Quraysh, dan dewa ini
    mempunyai tiga anak
    perempuan. Jika dibandingkan
    empat daripada lima rukun
    Islam, orang Mekah sebelum
    Muhamad juga berpuasa pada
    hari yang sama, memberi
    sedekah kepada kaum sendiri
    yang miskin papa, bersolat
    menghadap ke Mekah, dan
    menaikkan haji ke Mekah.
    Walaupun ada juga perbezaan
    yang banyak antara agama
    Islam dengan penyembahan
    berhala kaum Ouraysh, agak
    hairannya ialah adanya
    kesinambungan amalan-
    amalan Islam ini dengan
    kebiasaan penyembahan
    berhala kaum Quraish.
    Bahagian berikut akan
    menunjukkan bahawa , seperti
    dewa utama Yunani Zeus
    yang berasal daripada kata
    umum untuk Tuhan (theos),
    perkara yang sama juga
    terjadi dengan orang Arab
    sebelum adanya Islam.

    • salah tempat berceramah says :

      sekian..trima kasih…

    • Siti Zainabun Abdullah says :

      Bagus sekali sumber rujukan anda saudara/i….ttp hujah anda masih lemah krn kamu mcm tdk tahu bahawa di Mekah memang sdh ada ajaran atau agama langit yg mngajar manusia mmpercayai Allah yg satu (Ilah atau Al-ilah) iaitu yg dibawa oleh Nabi Ibrahim (Abraham, dalam ajaran Kristian) yg telah berhijrah ke kota Mekah dr Jerusalem….dulu Jerusalem dgn Al-Aqsa di sana adalah pusat/kiblat sembahyang umat Allah….Nabi Ibrahim brhijrah ke Mekah atas sbb dihalau atau trpaksa berhijrah (saya lupa sebabnya dgn pasti)….Nabi Ibrahim mngajak pngikut2nya berkiblatkn Kaabah di Mekah, kiblat baru setelah terpisah jauh dr Al-Aqsa….masa tu memang ada jg kaum2 asal di Mekah atau sama2 jg pendatang ke Mekah termasuk kaum Quraisy….setelah Nabi Ibrahim wafat dn nabi2 selepasnya termasuk anak2nya wafat jg….kaum2 lain yg tdk mmpercayai ajaran Nabi Ibrahim bangkit dgn kepercayaan pagan nenek moyang mrk dn mahu menghapuskan ajaran baignda yg bagi mrk byk mnyekat kebebasan jahiliah mrk….mrk jg mahu mnyesatkan pengikut2 Nabi Ibrahim dn keturunannya…perang jg selalu berlaku dgn kaum2 lain utk memusnahkan Kaabah. Kaum Quraisy ni adalah kaum yg mnyembah berhala dn sdg berkuasa di kota Mekah masa kelahiran, masa remaja dn awal dewasa Muhammad sebelum baginda diangkat mnjadi Nabi dn Rasul. Mereka ini tidak memusnahkan Kaabah tp diubah peranan sebagai tempat pnyembahan tuhan2 mrk dgn meletakkan berhala2 sbgi lambang tuhan2 mrk….bagi mrk selain Tuhan yg satu, byk lagi tuhan2 lain…sbb tu Kaabah di kelilingi berhala2 sbgi lambang kepercayaan mrk….umat Nabi Ibrahim yg mmpercayai Allah (Ilah @ Al-ilah) yg satu masa tu amat tertindas jg masa sehingga tdk boleh menentang dn terpaksa brdiam diri utk keselamatan diri mrk termasuk datuk kepada Nabi Muhammad, Abdul Mutalib….mrk jg mgkn trpaksa berpura2 jd kafir dn tdk berani mngisytiharkan diri mrk percaya pd Allah, Tuhan yg satu masa tu krn takut dn diugut.

      Berhala2 kebanyakkan menyerupai makhluk atau manusia….maka mnjadikan mrk pusat pnyembahan samalah maksudnya spt mnyembah mrk atau brtuhankan berhala2 ini….wlu pn tujuannya asalnya sebagai perantaraan tp lama kelamaan ada yg mnganggap mrk mnyerupai tuhan sbagaimana yg dilakukan oleh agama2 lain di dunia termasuk kebanyakan amalan pnganut agama Kristian skrg ni….apalagi dgn amalan2 lain yg bukan ajaran asal Nabi Isa spt yg diajar dlm Islam.

      Nabi Isa adalah nabi org Islam jg dn dlm senarai 25 nabi2dn rasul2 bermula dgn Nabi Adam, yg mnyeru dn mngajar manusia tentang Allah seperti yg diajar oleh Nabi Muhammad….kepercayaan kami Nabi Isa adalah penyambung ajaran yg mnyeru ummatnya kembali bertauhid (percaya) kpd Tuhan yg satu, bgtu jg dgn Nabi Ibrahim. Nabi Muhammad adalah Nabi terakhir dalam sejarah 25 nabi dn rasul yg mngajar manusia mnyembah dn mengtauhidkan Allah yg satu….Islam mngajar kami tentang Allah dn sifat2nya dalam ‘asmaul-husna’ trmasuk kepercayaan IA tidak diperanakkan, tiada isteri dn tiada anak….Nabi Muhammad jg mngajar kami utk mmpercayai Nabi Isa dgn ajaran asalnya tp bukan ajaran kebanyakan org Kristian dn ajaran yg berkaitan dgn Kristian skrg ni yg byk mahzab2nya.

      Byk lagi saya mahu jelaskan tp penerangan di atas harap dpt mmeleraikan kekeliruan saudari/i ‘Kami Tak Bodoh’!

      Akhir sekali, kami sbgi umat Islam masih lg trtunggu2 akan Imam Mahdi yg akan dtg ke dunia pd akhir zaman utk mnyambung @ mmperbetulkan semula kepercayaan ummat Islam yg telah mnyeleweng….sbb skrg ni ada sesama org Islam trutama yg brlainan mahzab spt di negara2 Arab dn timur tengah yg bertelingkah dn brbunuh krn prbezaan pndapat….tp tak tahu bila pula akhir zaman. Sementara org Kristian percaya bahawa Nabi Isa akan turun semula ke dunia utk mmbawa kembali ummatnya yg sdh menyeleweng jg.

      Nabi Muhammad adalah manusia paling pintar dn bijaksana tentang ketuhanan dn pembawa @ penyeru ajaran Allah yg paling agung dn merupakan Nabi akhir zaman….baginda telah diutuskan utk mmbawa manusia pd zamannya dn jg manusia akhir zaman spy tetap brpegang pd ajaran Allah, Tuhan Yang Satu dn Yang Maha Berkuasa, pencipta alam jagat dn makhluk2 di dalamnya. Dalam ajaran baginda trmaktub jg garis panduan spy umatnya tidak sesat dn mnyeleweng sampai bila2.

      Sekian. Terima kasih.

    • adam says :

      assalamualaikum?kami tak bodoh tu orang yg sesat lagi menyesatkan

  2. ank yg bru belajar says :

    Nabi musa berasal dri mna? Dia berbangsa pa?

  3. zeno siam says :

    keadaan ini sama apabila kaabah ialah pada dulunya ialah berhala dan sekarang kita sujud menyembah ke arah kaabah… mencari kelemahan orang lain dengan fakta yang tak disokong dengan baik boleh membawa perbalahan.

Trackbacks / Pingbacks

  1. Kehebatan Pedang Damsyik! « Takusahrisau's Blog! - March 16, 2012

Leave a comment