Kehebatan Pedang Damsyik!


Oleh: takusahrisau

Nama panglima Islam Salahuddin al-Ayyubi tidak perlu diterangkan lagi. Keampuhan strategi perang panglima yang digelar Saladdin oleh dunia barat ini sangat dikagumi oleh seluruh dunia termasuk daripada dunia Barat. Banyak sejarahwan daripada sebelah sana datang ke timur untuk mengkaji strategi dan kekuatan tentera Salahuddin daripada dahulu sehinggalah sekarang.

Sebenarnya kekuatan tentera Mamluk pimpinan Salahuddin tidak terletak kepada kepimpinan Salahuddin semata-mata, tetapi ia melibatkan ketinggian ilmu dan teknologi ketenteraan pada waktu itu yang mana jauh melebihi kekuatan teknologi kuasa Barat.

Antara sedemikian banyak teknologi ketenteraan yang dirintis oleh dunia Islam pada waktu itu, terdapat satu teknologi yang sehingga sekarang tidak dapat dirungkai dengan terperinci oleh saintis daripada Barat. Teknologi yang dimaksudkan penulis adalah teknologi pembuatan Pedang Damsyik.!

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Ketajaman Pedang Damysik

Ketajaman Pedang Damsyik tidak boleh disangkal lagi. Seorang sejarahwan pernah berkata, jika kain sutera jatuh ke mata Pedang Damsyik, maka akan terputus dualah kain tersebut dek kerana ketajaman pedang tersebut.

Ketajaman Pedang Damsyik ini sangat digeruni tentera-tentera salib pimpinan Richard the Lionheart. Mereka mengetahui ketajaman pedang tersebut yang mampu menembusi segala perisai dan baju zirah milik mereka. Bahkan, pedang ini juga berkemampuan mematahkan pedang panjang mereka dengan sekali hayunan. Ketajaman Pedang Damsyik merupakan salah satu sebab kemenangan besar Islam dalam siri-siri peperangan Salib pada abad pertengahan.

Dalam satu peristiwa, Salahuddin telah memenggal kepala Raynald de Chatillon akibat perbuatan kejinya yang membunuh ratusan orang Islam dan Yahudi yang tidak bersalah. Menurut riwayat, Salahuddin yang terkenal adilnya telah mencantas kepala Raynald de Chatillon dengan pedang miliknya yang diperbuat daripada Besi Damsyik itu ibarat memotong roti.

Pedang milik Salahuddin al-Ayubbi

Di sebalik ketajaman Pedang Damsyik

Di sebalik ketajaman Pedang Damsyik tersembunyi 1001 rahsia. Cara pembuatan Pedang Damsyik yang sebenar telah lupus ditelan zaman. Ramai mempercayai bahawa cara pembuatan lupus disebabkan sikap tukang besi yang enggan mewariskan cara pembuatannya kepada umum tetapi hanya kepada saudara terdekatnya sahaja.  Sebenarnya, tukang besi terpaksa mengambil pendekatan sedemikian rupa bagi menjaga ketulenan pembuatannya dan yang lebih penting memelihara teknologi uniknya daripada tersebar kepada pihak musuh terutama golongan Kristian di Eropah.

 Pembaca mungkin meminati Sedikit Fakta Tentang Hari Krismas, 25 Disember..

Serangan puak Mongol

Dikatakan bahawa cara pembuatan beransur-ansur lupus selepas serangan besar-besaran puak Mongol terhadap Dinasti Abbasiyyah di Baghdad pada 1258M. Selepas daripada detik itu, ia beransur-ansur hilang dan sehingga pada abad ke-18, ia terus lupus ditelan zaman.

Menurut sarjana terkenal Islam, Al-Qalqashandi, beliau menyatakan dalam bukunya, Subh al-A’sha (Fajar yang Buta) bahawa Damsyik merupakan pusat pembuatan besi dan peralatan perang yang termashyur terutama dalam pembuatan pedang Damsyik pada abad ke-12. Ketika itu Damsyik dibawah pengaruh Dinasti Ayubbiyah.

Seorang lagi sarjana Islam iaitu Ibnu Asakir dalam buku berjudul Al-tarikh Madinahtul Damsyik(Sejarah Kota Damsyik) turut sama menyatakan bahawa Damsyik merupakan kota pembuatan pedang yang tersohor di Timur Tengah.

Tidak sukar untuk mengenali Pedang Damsyik ini. Pedang Damsyik memiliki urat-urat besi(firind) yang cantik menghiasi muka luar pedang tersebut. Pedang ini mempunyai material besi keras dan sangat tajam. Dengan kecantikan material aslinya dan ditambah pula dengan keteguhan strukturnya, ia membuatkan sarjana daripada Barat pada abad pertengahan begitu terpesona dengan hasil teknologi umat Islam zaman tersebut yang mana jauh menjangkaui ilmu pengetahuan mereka.

alur-alur cantik menghiasi permukaan Pedang Damsyik

Pembaca mungkin meminati (Gambar) Ustaz Azhar Idrus ketika muda remaja..

Teknologi Islam Teknologi Terunggul

Teknologi Nanoteknologi baru sahaja diketahui iaitu sekitar abad ke-19. Pelopor Nanoteknologi adalah Richard Feynman yang telah memberi ceramah mengenai satu teknologi ‘baru’ yang bergitu maju kepada Persatuan Ahli Fizik Amerika pada 29 Disember 1959. Nanoteknologi adalah satu teknologi kejuruteraan yang menumpukan kepada teknologi yang lebih kecil iaitu dalam skala nano. Untuk pengetahuan anda 1 nanometer bersamaan dengan 1 x 10-9. Teknologi memungkinkan sesuatu yang mustahil menjadi realiti seperti kemungkinan material emas yang terkenal kukuh itu boleh mencair hanya dalam suhu bilik. Apabila ia berlaku, kemungkinan penggunaan emas akan meluas dan pelbagai..

Teknologi yang pada anggapan saintis barat sebagai teknologi yang baru ini sebenarnya telah lama dipelopori dan dirintis oleh ilmuan-ilmuan Islam pada abad pertengahan dahulu. Salah satunya adalah dengan pembuatan Pedang Damsyik.

 

Kajian Sarjana Barat

Kajian demi kajian telah dibuat oleh pakar-pakar daripada Barat. Baru-baru ini, pakar daripada Barat telah membuat penyelidikan bagi menentukan samaada betul atau tidak Pedang Damsyik adalah paling tajam di dunia.

Selepas menggunakan mikroskop elektron yang berteknologi tinggi, mereka terkejut kerana terdapat sejumlah kecil material-material seperti vanadium, chromium, manganese, cobalt, nikel, dan beberapa elemen yang jarang ditemui dan hanya terdapat di India dan Serindib,Sri Lanka.

Untuk pengetahuan anda, Pedang Damsyik diperbuat oleh besi yang diimport khas daripada India iaitu Besi Wottz (Wootz Steel). Sebelum penemuaan ini, Sarjana Barat hanya mempercayai Pedang Damsyik hanya diperbuat daripada Besi Wottz semata-mata. Selepas penemuan yang mengejutkan ini, mereka mula percaya bahawa ilmu teknologi Islam pada zaman pertengahan adalah bergitu maju dan diluar jangkaan.

Gaya Lengkuk ini merupakan 'trademark' kepada Pedang Damsyik milik tentera Mamluk.

Seterusnya, sarjana Barat turut menemui elemen Karbida Nanotiub(Carbide Nanotube) di dalam Pedang Damsyik semasa kajian di buat.  Karbida Nanotiub inilah yang menyebabkan pedang yang pernah digunakan oleh tentera Mamluk dan Abbasiyyah ini membentuk struktur yang kuat dan padu. Karbida Nanotiub juga menyebabkan terbentuknya alur-alur cantik di permukaan Pedang Damsyik.

Struktur Karbida Nanotiub di dalam Pedang Damsyik

Legasi Pedang Damsyik

Miskipun pembuatan Pedang Damsyik ini penuh dengan rahsia, tetapi itu tidak bermakna ia tidak tersebar. Mungkin benar jikalau ia tidak disebar sepenuhnya. Namun apabila ia diselidiki, ia amat menyerupai pembinaan Pedang Damsyik. Antaranya adalah:

Keris Nusantara

Pembuatan keris mirip pembuatan Pedang Damsyik terutama dalam pencampuran material-material lain untuk menambahkan kekuatan strukturnya. Jika dilihat alur-alur keris yang timbul di permukaan keris tersebut, ia amat menyerupai alur-alur yang terdapat pada Pedang Damsyik. Miskipun demikian, keris tidaklah sepertimana Pedang Damsyik kerana keris hanya pisau pendek yang sesuai untuk pertempuran jarak dekat.

Pedang Katana

Miskipun sejarahwan mengatakan Pedang Katana mula dicipta pada 700AD oleh seorang tukang besi bernama Amakuni namun pembuataannya tidak sehebat pembuatan pada abad ke-15 semasa Perang Onin sekitar tahun 1467-1477. Pedang Katana terkenal dengan ketajamannya sehingga boleh membelah tembikai dengan sekali cantas. Pembuatan Pedang Katana seakan-akan dengan pembuatan Pedang Damsyik di mana besi utama turut ditempa sebelum memasukkan elemen-elemen besi lain untuk menambahkan strukturnya. Sehingga kini, pembuatan Pedang Katana terus terpelihara.

Untuk menyiap sebilah Pedang Katana, ia mengambil masa selama 6 bulan

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: