Tag Archive | Edward Leeskalnin makhluk asing

Misteri Lelaki bernama Edward Leedskalnin..

Oleh: takusahrisau

 

Kadangkala cinta itu boleh membuatkan manusia gila.Itulah ungkapan yang sesuai digambarkan bagi seorang insan bernama Edward Leedskalnin. Insan yang lahir di Riga,Latvia pada 10 Ogos 1887 hanya memiliki ketinggian 5 kaki dan berat tidak lebih 100 pound mampu membina monumen batuan yang purata setiap beratnya adalah 5 ton.!

Edward mendapat inspirasi membina monumen ini hanya disebabkan oleh seorang wanita, Agnes Scuffs yang telah memutus tali pertunangan sehari sebelum majlis pernikahan mereka. Usia beliau ketika itu ialah 26 tahun.

Insan misteri ini adalah Edward Leedskalnin

Dengan hati yang patah, beliau secara berseorangan menyusun monumen batuan tanpa menggunakan sebarang jentera berat. Monumen ini yang akhirnya menjadi terkenal dengan himpunan pelbagai batuan dan terdapat sesetengahnya mempunyai lebar sehingga 4000 kaki tebal.!

Papan tanda yang diukir di batuan

Monumen ajaib ciptaan manusia ajaib ini dikenali pada mulanya sebagai Rock Gate Park tetapi kemudian dikenali Coral Castle. Pada mulanya, monumen ini terletak di Bandar Florida pada pertengah 1920-an namun dipindahkan ke kawasan seluas 10 hektar di Homstead, Florida pada 1936. Monumen ini kekal di sini hingga ke hari ini.

Edward mempunyai asal-usul keluarga yang mahir dalam seni ukiran terutama dalam seni ukiran batuan. Ajaibnya insan bernama Edward ini kerana beliau mampu mengalihkan batuan-batuan berat hanya menggunakan perkakas asas sahaja.

Pandangan atas Coral Castle

Tiada saksi yang melihat beliau mengalihkan batuan dengan jentera pengangkut. Dipercayai, beliau hanya membuat kerja hanya pada waktu malam sahaja bertemankan tanglung. Beliau sering kali menggunakan papantanda ‘Lookout’ bagi memberi privasi kepada semasa berkerja pada waktu malam.

Pada 1951, papan tanda di Coral Castle bertulis ‘Going to Hospital’. Pelawat memahami bahawa Edward Leedskalnin sedang bertarung nyawa di hospital. Beliau disyahkan menghidapi kanser perut peringkat 3. Akhirnya, ajal menjemputnya pada hari ke-3 beliau di hospital. Beliau meninggal dunia pada umur 65 tahun dan membujang hingga ke penghujung hayatnya.

Beliau pernah berkata:

I have discovered the secrets of the pyramids, and have found out how the Egyptians and the ancient builders in Peru, Yucatan, and Asia, with only primitive tools, raised and set in place blocks of stone weighing many tons!

Edwarand berseorangan membuat kerja

 

Keajaiban Coral Castle dan Edward Leedskalnin

1.         Pintu masuk utama Coral Castle diperbuat daripada batuan yang seberat 18,000 Pound. Pintu ini tersangat seimbang dan walaupun kelihatan sangat berat, ia boleh dibuka hanya menggunakan satu tangan sahaja. Akan tetapi, pada 1986, pintu besar ini rosak dan terbalik. Sebanyak 6 orang pekerja dan 50 tan jentera diperlukan untuk memperbaiki dan mengalihkannya yang mana Edward Leedskalnin seorang sahaja membinanya dahulu.!

Pintu masuk utama yang hanya boleh ditolak satu jari untuk membukanya

2.         Masih berkenaan pintu tersebut, pintu besar ini berdiri teguh menggunakan lubang-lubang yang ditebuk dengan kemas dan teliti. Apa yang menarik, kejituan ukuran lubang-lubang ini perlu menggunakan laser yang canggih yang tiada pada masa Edward hidup. Edward hanya menggunakan perkakas kerja asas bagi menebuk dan memasang pintu besar tersebut. Sungguh menghairankan.!

Coral Castle ketika waktu malam

3.         Bermacam-macam telahan dibuat oleh orang ramai mengenai Coral Castle. Yang paling menarik adalah Edward Leedskalnin adalah makhluk asing!.

4.         Edward Leedskalnin antara dua orang selain daripada Nikola Tesla yang dipercayai oleh golongan Nuwubian sebagai makhluk yang datang dari Planet Venus untuk menyedarkan manusia mengenai kecanggihan sains dan teknologi makhluk asing.!

5.         Beliau antara manusia terkecil di dunia tetapi diikhtiraf sebagai manusia terkuat dan terpintar.

Ukiran ini dikenali sebagai 'tower'

6.         Struktur yang paling tinggi mengandungi 243 tan batuan dan purata berat setiap blok adalah 9 tan. Batuan paling berat adalah seberat 35 tan.

Pelbagai jenis ukiran terdapat di Coral Castle termasuk ukiran kerusi,planet Marikh dan bulan sabit.

7.         Edward sering ditanya tentang bagaimana beliau memindahkan struktur yang berat-berat kesemuanya, beliau lantas menjawab bahawa beliau telah menjumpai cara-cara orang Mesir purba membina piramid iaitu dengan menggunakan teknik pengampungan(levitation).!

8.         Walaupun tidak suka diganggu ketika menjalankan kerja, jangan disangka tiada siapa yang mengintip. Pernah berlaku seorang lelaki bertindak mengintip Edward membuat kerja. Lelaki itu terkejut apabila Edward hanya menyentuh batuan yang ingin dipindah sambil mulut terkumat-kamit sebelum batuan itu terapung mengikut arahan Edward. Anda percaya?terpulanglah.