Tag Archive | gambar perang dunia kedua

(Gambar) Drama semasa Perang Dunia Kedua!

Oleh: takusahrisau

 

Gambar dan keterangan di bawah dipetik daripada majalah LIFE terbitan 12 Mac 1945. Setiap gambar-gambar ini dirakam oleh wartawan medan perang, George Silk.

 

Tentera Infantri ke-6 Amerika Syarikat menerombos ke sempadan tentera Jerman dengan melintasi sebuah sungai Roer. Sebuah jambatan buatan sendiri telah dibina oleh sepasukan jurutera. Semasa melintasi sungai Roer pada waktu subuh itu, tentera Jerman telah menghujani peluru mortar dan mesingun. Suasana seperti ini cukup menakutkan kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam operasi ini.

 

 

Di sudut berlainan di atas jambatan, seorang tentera Amerika Syarikat daripada unit yang sama mengalami kecederaan teruk akibat terkena serpihan peluru mortar musuh. Beliau hanya 40 meter untuk ke seberang sungai Roer. Daripada sini, sebuah drama telah tercipta daripada beberapa keping-keping gambar.

 

Sekurang-kurang 6 orang tentera Amerika Syarikat telah maju terus ke tebing di sebelah timur untuk mencari penembak hendap yang dipercayai bersembunyi disebalik pokok-pokok. Kelihatan dua orang tentera(sebelah kanan) kelihatan cukup berhati-hati. Manakala empat yang lain(Lihat anak panah kuning) sudah bersiap sedia mengempur.

 

 

Akhirnya, penembak hendap tersebut berjaya ditangkap. Terdapat beberapa orang penembak hendap ditugaskan di tebing timur sungai Roer. Namun, hanya dua orang(Lihat anak panah merah) sahaja yang menyerah diri dengan mengangkat sapu tangan putih. Manakala yang lain telah ditembak mati oleh tentera Amerika Syarikat selepas adegan berbalas tembakan.

 

 

Gambar ini adalah gambar terakhir untuk keempat-empat individu yang sempat dirakam oleh George Silk. Ini adalah kerana, beberapa detik selepas Silk mengambil gambar mereka, tentera Jerman yang berada paling hadapan(Lihat anak panah merah) telah menarik picu grenad miliknya dan seterusnya mengegarkan kawasan di sungai Roer buat beberapa ketika.

 

Tentera Jerman yang bertanggungjawab menarik picu grenad  mati serta-merta di tempat kejadian. Manakala, tentera Amerika Syarikat yang berada di belakang mengalami kecederaan yang serius. Silk sendiri telah mengalami kecederaan di kaki(Tidak dirakam dalam gambar).

 

Seorang tentera Amerika Syarikat dan tentera Jerman yang berjaya ditangkapnya(Lihat anak panah merah) telah melalui jambatan yang dihujungnya terdampar mayat tentera Amerika Syarikat(Lihat anak panah kuning) yang telah dipaparkan pada permulaan tadi.

 

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Dua orang tentera Amerika Syarikat yang membawa rakannya yang cedera parah(Lihat anak panah kuning) semasa kejadian letupan grenad telah melintasi mayat rakan mereka yang terbunuh.

 

Tiba-tiba, jambatan tersebut telah terputus dua akibat serangan mortar daripada tentera musuh. Nyawa mereka sekarang berada di hujung tanduk.

 

Buih-buih yang terpercik(Lihat anak panah hijau) menunjukkan seorang tentera Amerika Syarikat telah membantu menyelamatkan tiga orang rakan beliau termasuk seorang yang cedera parah.

 

Kemudian, seorang lagi datang membantu. Bagaimanapun, jambatan pelampung buatan musnah selepas beliau bertindak memanjatnya. Kelihatan ramai yang melihat kejadian ini di seberang sungai Roer.(Lihat anak panah kuning)

 

Walaubagaimanapun, jambatan tersebut elok dengan sendirinya. Seorang tentera Amerika Syarikat menarik keluar rakannya yang cedera daripada tenggelam ke dalam sungai Roer. Mayat yang dipaparkan pada permulaan tadi masih lagi kelihatan. Kelihatan sebuah motorbot datang membantu.(Lihat anak panah kuning)

 

Sebuah motorbot datang untuk menyelamatkan mereka. Seorang tentera berusaha memanjat motorbot dalam keadaan basah kuyup.(Lihat anak panah kuning sebelah kanan)

 

 

Kesemuanya diselamatkan ke dalam motorbot kecuali seorang lelaki yang telah mati. Apakah nasib mayat yang terdampar di jambatan tersebut? Penulis tidak dapat memberi jawapannya.

Episod #3: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Oleh: takusahrisau

 

Kadang-kadang sekeping gambar menceritakan seribu kisah. Gambar-gambar nostalgia seperti gambar tinggalan Perang Dunia Kedua misalnya, memberi kesan mendalam dalam diri penulis. Perang bukanlah jalan pertama perlu ditempuhi jika tidak mampu mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara. Dengan kata lain, perang bukan jalan penyelesaian, tapi hanya salah satu jalan menuju kehancuran.!

Penulis  membuat kesimpulan bahawa perang tersebut hanya sebagai pentas pembunuhan besar-besaran kepada banyak nyawa  yang tidak bersalah. Lihatlah bagaimana askar-askar yang terbunuh di medan perang. Kepala berkecai, perut terburai,otak bersepai. Siapa yang mahu bertanggungjawab atas semua ini?

B-29 menjatuhkan bom ke sebuah bandar di Jerman.

Askar marin Amerika Syarikat berehat selepas penat berjuang.

Tapi lain pula untuk askar marin ini, mereka 'berehat' untuk selama-lamanya.

Pegawai tentera Finland memberi tabik hormat kepada askar-askar yang berjuang untuk negara mereka. Miskipun hanya lima jari diangkat ke kepala, penulis yakin askar-askar Finland ini pasti akan terasa dihargai.

Tentera Hungary memulakan misi dengan kereta kebal mini milik mereka.

Tentera Jerman pula mendaratkan bekalan amunisi dan artileri di Rusia.

Pesawat pengebom British tidak mampu menyelesaikan misi apabila ditembak jatuh oleh musuh mereka.

Tentera Jerman menaiki motorsikal untuk sampai ke sempadan Perancis.

Tentera British mendarat di Normandy semasa D-Day.

Tentera Amerika Syarikat ini adalah antara jutaan askar yang tidak bernasib baik.

Tentera Jepun yang malang ini maut di tepi kereta kebal Ha Go milik mereka.

Tentera Itali SS-Division bersiap-siaga untuk berperang. Lihat wajah mereka, masih muda belia.

Tentera Soviet berperang di dalam bandar bagi mempertahankan bandar tersebut daripada jatuh ke tangan Jerman.

Episod #3: Gambar-gambar Perang Dunia ke-2 yang tidak pernah tersiar di Akhbar dan Majalah!

Oleh: takusahrisau

 

Perang sememangnya berakhir dengan kematian dan kemusnahan. Antara perang yang paling memberi impak adalah Perang Dunia Kedua atau lebih dikenali World War II(WWII). Perang yang melibatkan Pakatan Berikat dan Pakatan Paksi ini telah berlangsung sekitar dekad 40-an dahulu. Ia tercetus daripada ketidakpuasan hati para pemimpin Jerman yang diterajui oleh Aldolf Hitler melibatkan penjanjian Varsailles yang disepakati oleh negara-negara yang memenangi Perang Dunia Pertama(WWI). Aldolf Hitler antara lainnya menyatakan bahawa penjanjian tersebut telah menganayai negara Jerman dan rakyatnya kerana telah merampas sebahagian besar wilayah-wilayah yang dahulunya adalah hak milik Jerman. Negara yang mendapat habuan tanah dan wilayah adalah jiran-jiran Jerman sendiri iaitu Belgium, Poland, Belanda dan Britain. Sebenarnya, bukan berkenaan wilayah sahaja yang menjadi punca tercetusnya kemarahan pemimpin Jerman dan Hitler, ia juga disebabkan oleh undang-undang yang digubal untuk mengehadkan populasi tentera dan peralatan perang Jerman. Hitler bergitu tidak bersetuju dengan undang-undang tersebut. Aldolf Hitler yang sangat memahami perihal ketenteraan telah merancang untuk menubuhkan sebuah angkatan tentera yang serba lengkap dan moden bagi mengimbangi kekuatan tentera Britain dan Amerika Syarikat. Dan Hitler telah berjaya- maka tercetuslah Perang Dunia Kedua secara rasminya selepas Hitler memalukan Poland pada tahun 1937.!

Askar Belanda ditemui mati semasa Battle of Netherlands. Dilihat senapang Lewis bersama-sama dengannya. Diambil pada Mei 1940.

Tentera Jerman dilihat bergambar dengan kereta kebal milik Red Army yang musnah di sebuah tempat di Rusia.

Tentera Jerman terkorban di sebuah parit buatan manusia. Di belakang merupakan tentera Rusia yang lengkap berpakaian musim sejuk.

Tentera Jerman terkorban(bawah), manakala seorang lagi kelihatan cedera parah(atas). Diambil pada Mac 1945.

Tentera Jepun sedang memenggal kepala seorang tentera China.

Bayi-bayi turut dibunuh oleh tentera-tentera Jepun dalam kejadian Nanking Massacre.

Wanita ini dirogol dan dibunuh oleh tentera Soviet,Red Army ketika kejatuhan Berlin pada 1945.

Tentera Jerman dibunuh dengan kejam oleh Red Army.

Dua orang tentera Jerman ini terkorban selepas ditangkap oleh tentera Red Army pada Julai 1941.

Tentera Jepun rentung terbakar di dalam bunkernya sendiri selepas gagal menyelamat diri.

Tentera China yang terkorban semasa perang Jepun-China disusun di pinggir sungai Yangtze.

Zoe Kosmodemyanskaya diseksa, dirogol dan digantung oleh tentera Jerman pada 1941.

Tentera Jepun menyeksa dan membunuh seorang rakyat China. Namun, beliau hanya menurut perintah.

Tentera marin Amerika Syarikat ini terkorban dengan tangannya masih mengenggam kemas pisau. Manakala dibelakangnya pula seorang tentera Jepun yang turut terkorban. Kemungkinan besar berlaku pertarungan sengit antara kedua-duanya sebelum kedua-duanya terbunuh. Untuk rekod, tentera marin tersebut terbunuh akibat peluru daripada sniper Jepun.

Para pemberontak di Greek digantung.

Tentera Soviet dan rakyatnya mengenalpasti mayat yang terkorban di Kerch, Crimea.