DUA peristiwa Korban-nabi Ismail atau nabi Ishak?


oleh: takusahrisau

Sebelum merungkai peristiwa yang besar maknanya pada umat ISLAM ini,penulis ingin menceritakan sedikit peristiwa yang sama aturannya dengan peristiwa korban Nabi Ismail as. Peristiwa yang penulis ingin rungkaikan adalah peristiwa korban Ishak as(Isaac) yang juga anak kepada Nabi Ibrahim as.

  

Nabi Ishak Dikorbankan?

Nabi Ishak atau Isaac adalah watak penting dalam tiga agama samawi iaitu Islam,Kristian dan Yahudi. Ini kerana, Nabi Ishak as adalah ayah kepada Nabi Yaakob as, iaitu bapa kepada Bani Israel(Children of Israel). Banyak riwayat menyatakan Ishak as adalah adik tiri kepada Ismail as.

Lukisan ini dilukis oleh Carravagio menggambarkan Isaac ketika hendak disembelih oleh Abraham.

 

Peristiwa korban Nabi Ishak as diceritakan di dalam Genesis 22:1-24.  Dalam ayat 2 menyatakan:

And He said: ‘Take now thy son, thine only son, whom thou lovest, even Isaac, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt-offering upon one of the mountains which I will tell thee of.’

Dalam ayat ini menyatakan bahawa Ibrahim as(Abraham) membawa Ishak as (Isaac) ke Gunung Moriah untuk dikorbankan tanpa menyoal walau sedikit pun perintah Tuhan. Ia selari dengan peristiwa Korban Ismail as. Korban dalam istilah Hebrew disebut Olah. Gunung Moriah ini kemudiannya dipercayai oleh orang Yahudi tempat pembinaan Kuil Solomon(temple of Solomon),tempat di mana Masjidil Aqsa berada sekarang.

  

Umur Isaac?

Umur Isaac ketika peristiwa Olah tidak dinyatakan sepenuhnya dalam Kitab Hebrew Bible dalam Book of Genesis. Walaubagaimanapun, umur Isaac ada dinyatakan dalam Talmud.(Talmud adalah kitab Yahudi bertulisan Hebrew yang membincangkan mengenai persoalan rabbi-rabbi telah isu-isu sejarah bangsa mereka,hukum-hakam Yahudi,etika Yahudi,etika pemakaian Yahudi dan juga falsafah Yahudi). Dalam Talmud, rabbi bersependapat bahawa umur Isaac adalah 37 tahun. Bagaimanapun, menurut Bishop Ussher, umur Isaac adalah 20-an. Untuk pengetuan anda, dalam tradisi Yahudi, umur 13 tahun telah dikira dewasa!

 

Isaac Tidak Dikorbankan

Sepertimana peristiwa korban Ismail as, Nabi Ishak (Isaac) juga tidak dikorbankan.Diceritakan dalam Genesis 22: 11-13 ;

“11 And the angel of the LORD called unto him out of heaven, and said: ‘Abraham, Abraham.’ And he said: ‘Here am I.’12 And he said: ‘Lay not thy hand upon the lad, neither do thou any thing unto him; for now I know that thou art a God-fearing man, seeing thou hast not withheld thy son, thine only son, from Me.’ 13 And Abraham lifted up his eyes, and looked, and behold behind him a ram caught in the thicket by his horns. And Abraham went and took the ram, and offered him up for a burnt-offering in the stead of his son.”

Di saat Abraham mahu menghunus pisau di leher Isaac, malaikat datang kepada Abraham untuk menghentikan perbuatan itu atas perintah Tuhan. Dan juga sepertimana peristiwa Korban Ismail, kibas dari syurga digantikan dengan Isaac.

 

Korban Ismail dan Olah Isaac dan kejanggalan dalam peristiwa Olah Isaac

Pertama sekali, penulis ingin utarakan satu hadis sahih daripada Rasullulah saw.

Rasulullah SAW telah bersabda dalam sebuah hadits yang menceritakan tentang dirinya.

Aku adalah anak keturunan dua orang zabihain”

Zabihain ini bermaksud 2 orang yang hampir dengan kecelakaan. Dan keseluruhan sabda Rasulullah saw ini bermaksud Rasullulah saw ingin menyatakan bahawa baginda berasal daripada keturunan DUA orang yang hampir dengan kecelakaan. Kecelakaan pertama yang dimaksudkan adalah kecelakaan bilamana moyang Rasullulah saw, Nabi Ismail as diperintah disembelih oleh Allah swt sepertimana dinyatakan dalam Surah Al-Shaffat ayat 100-111.

Dan kecelakaan kedua bilamana ayahanda Rasullulah saw sendiri hampir disembelih. Kisah tentang ayah kandung Rasulullah saw ini yang juga terancam untuk disembelih adalah kisah yang terkenal dalam sirah Rasullulah saw iaitu kisah nazar datuk Rasullulah saw, Abdul Mutalib. Datuk kesayangan Rasullulah ini ketika menggali perigi zamzam pernah bernazar untuk menyembelih anak jika beliau berjaya menemui kembali telaga zamzam(telaga zam-zam pernah hilang untuk berada dekad akibat peristiwa banjir besar dan seterusnya ditimbuni pasir.Akan tetapi telaga zam-zam tidak pernah kering airnya).

Abdul Mutallib berjaya menemui telaga zam-zam, maka beliau wajib menunaikannya. Lalu diundilah dengan menggunakan anak panah, keluar nama Abdullah, anak bongsunya yang sangat dicintainya itu. Setelah beberapa kali, nama Abdullah tetap juga keluar, akhirnya ada orang yang menasihatinya untuk menggantinya dengan 100 ekor unta. Setelah Abdul Muttalib menyembelih 100 ekor unta, nama Abdullah tidak lagi keluar dari undian anak panah itu.

Di sini diketahui bahawa, daripada mulut Rasullulah saw bahawasanya Nabi Ismail as yang disembelih dan bukannya Nabi Ishak as.

Untuk lebih menyakinkan, penulis ingin merungkai lagi kejanggalan peristiwa Olah Isaac ini melalui kitab suci mereka sendiri. Melalui terjemahan King James Bible,Genesis 22:2

“And he said, Take now thy son, thine only son Isaac, whom thou lovest, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt offering upon one of the mountains which I will tell thee of.”

daripada terjemahan bahasa Inggeris normal:

Then God said, “Take your son, your only son, Isaac, whom you love, and go to the region of Moriah. Sacrifice him there as a burnt offering on one of the mountains I will tell you about.”

Dalam bahasa Melayu:

Kata Tuhan, “Pergilah ke tanah Man’a dengan Isaac, anakmu yang tunggal, yang sangat kau kasihi. Di situ di sebuah gunung yang akan kutunjukkan kepadamu. Persembahkanlah anakmu sebagai korban kepada-Ku.”

Apa yang janggal di sini adalah ayat “thine only son Isaac”; yang membawa maksud anak tunggal kepada Ibrahim as seterusnya sebagai anak sulung Ibrahim as!.

Padahal melalui 2 ayat dalam Bible iaitu daripada Genesis 16:16 dan Genesis 21:5, Nabi Ismail adalah anak sulung kepada Ibrahim.Bandingkan dua ayat ini:

Genesis 16:16 dalam terjemahan King James Bible:

” And Abram was fourscore and six years old, when Hagar bare Ishmael to Abram.”

Nota: Fourscore bermaksud 80tahun.dan ayat ni bermaksud umur Abram(Ibrahim) adalah 86 tahun.Abram atau Avram adalah nama lain bagi Abraham.

 

Genesis 21:5 dalam terjemahan King James Bible:

And Abraham was an hundred years old, when his son Isaac was born unto him

Jesteru, penulis ingin anda ketahui bahawa dalam kitab suci mereka sendiri menyatakan Ismail as adalah anak sulung kepada Ibrahim as dengan perbezaan umur dengan Ishak adalah sebanyak 14 tahun!. Bagaimana boleh tersilap dengan menyatakan ayat berbunyi “thine only son Isaac”? Ayat ini seperti menyatakan Isaac adalah anak sulung kepada Ibrahim.

Ayat ini tidak boleh diterima sama sekali sebagai hujahan mereka kerana dalam kitab mereka pun telah menyatakan sebaliknya jauh sekali untuk dibanding dengan kitab suci Al-Quran.

Di dalam Al-Quran, selepas peristiwa penyembelihan Nabi Ismail as ini, Nabi Ibrahim as disampaikan berita gembira yang mana baginda akan menimang seorang lagi cahaya mata daripada isterinya yang tua iaitu Sarah.Dipercayai, Sarah adalah wanita mandul.Dengan kekuasaan Allah dan keberkatan doa seorang Rasul, Sarah dapat melahirkan anak yang dikenali sebagai Ishak as. Peristiwa ini dirakamkan dalam surah Al-Shaffat ayat 112.

 

Kejanggalan tentang Tempat Penyembelihan

Dinyatakan dalam King James Bible,Genesis 22:2 (boleh juga rujuk di atas)

“And he said, Take now thy son, thine only son Isaac, whom thou lovest, and get thee into the land of Moriah; and offer him there for a burnt offering upon one of the mountains which I will tell thee of.”

Dalam ayat ini, tempat penyembelihan berlaku di Moriah. Orang Yahudi dan Kristian menuntut bahawa tempat di mana berlakunya peristiwa ini berlaku adalah di tempat di mana Masjidil Aqsa(kononnya tapak Tempel of Solomon) berada sekarang. Ironinya, nama tempat ini iaitu Temple of Mount atau Mount Moriah diberikan setelah Musa as diberikan kitab Taurat.

Peta di mana dikatakan Gunung Moriah sepertimana dakwaan Yahudi dan Kristian.

Menurut tradisi masyarakat Arab dan Islam, peristiwa korban Ismail sangat terkenal dan diceritakan sebagai mengenang peristiwa bersejarah ini, tanduk kibas digantung di atas Kaabah. Peristiwa berlakunya Korban Ismail ini dipercayai berlaku di Jabal Marwah.

Cuba anda semua perhatikan,Jabal Marwah mempunyai sebutan yang hampir sama dengan Mount Moriah.

M.a.r.w.a.h  =  M.o.r.i.a.h

Mekah adalah tempat sebenarnya berlakunya peristiwa Korban Ismail as.

 

Peristiwa yang besar impak

Peristiwa Korban ini sebenarnya telah diselewang sepenuhnya daripada Taurat dan Bible akibat daripada sifat mereka yang iri hati dengan kemuliaan yang diberikan kepada Ismail as. Mereka menganggap peristiwa yang membabitkan Ismail as tidak pernah berlaku. Disebabkan itu, kebanyakkan dalam Taurat dan Bible tidak banyak diceritakan mengenai kisah Ismail as.Bergitu teruknya perangai Yahudi laknatullah ini. Mereka menukarkan watak Ismail kepada Ishak(Ishak adala bapa kepada Yaakub yang mana bapa kepada Bani Israel) bagi menaikkan martabat mereka kerana mereka percaya daripada peristiwa ini ia memberi impak yang besar kepada bangsa mereka.

Dan benarlah firman Allah swt yang bermaksud: 

Sesungguhnya kami telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh”. (al-Maidah : 70)

 

-Artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya penulis. Jika ada pembaca mahu menyebar artikel ini dalam blog atau forum, penulis suka-cita membenarkannya kerana ia adalah salah satu cabang dakwah.Sebarang kekeliruan dalam artikel di atas boleh diutarakan melalui ruangan komen di bawah. Salam Ukhwah.

 

 

Advertisements

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

8 responses to “DUA peristiwa Korban-nabi Ismail atau nabi Ishak?”

  1. cik siska ^-^ says :

    salam,,sy nak ambil artikel ini untuk rujukan. Boleh terangkan dengan lebih lanjut apakah perbezaan kisah sembelihan ini dari sudut pandangan islam dan kristian?

  2. sibigoambaroba says :

    Kalau Baca Kiab Suci HARUS Cerdas.

    Yang di Kurbankan Abraham KENYATAANNYA adalah DOMBA Jantan, sepanjang apapun tulisan dan analisa orang pintar, semuanya salah. sekali lagi yang dikurbankan Abraham adalah DOMBA Jantan, Bukan Ismail atau Ishak, bukan Kambing bukan juga Sapi

    • takusahrisau says :

      dan anda juga perlu cerdas apabila membaca kitab suci anda itu. kitab anda mengandungi pelbagai kesalahan fakta dan paling jelas adalah kisah Korban Isaac. Dalam kitab Perjanjian Lama, Genesis 22:13

      Lalu Abraham menoleh dan melihat seekor domba jantan di belakangnya, yang tanduknya tersangkut dalam belukar. Abraham mengambil domba itu, lalu mengorbankannya sebagai korban bakaran pengganti anaknya.

      Kenyataan daripada Genesis bertepatan dengan apa yang disebut Nabi Muhammad saw bahawa penggantian Nabi Ismail as adalah kibas. Untuk pengetahuan anda, kibas dan domba adalah jenis haiwan yang sama.

      Peristiwa korban secara faktanya adalah bertepatan dengan kepercayaan kami sebagai umat Islam kecuali perihal Nabi Ishak yang dikorban bukannya Nabi Ismail. Jika diikutkan fakta dan bukti, maka yang sebetulnya adalah Nabi Ismail as bukannya Nabi Ishak as.

      • SIBIGO AMBAROBA says :

        percayailah kepada kitab suci mu demi keselamatanmu di akhirat, demikian juga aku mempercayai kitab suciku. karena disana Tuhanku sdh menjanjikan dengan Pasti tempat bagiku.

        Mari bekerja dan saling mengasihi tanpa milihat RAS untuk kebaikan dan kesukaan kita bersama.

  3. Kalamseribu says :

    Salam.. untuk jawapan masalah ini saudara boleh juga membaca blog di

    http://kalamseribu.blogspot.com/2012/01/siapa-anak-yang-dikorbankan-nabi.html

    Semoga pengetahuan dan keimanan kita lebih mantap..

    salam perjuangan…

  4. kangdim ceng ca'em dw says :

    terima kasih atas semua tulisan ini semoga dpt menjadi penambah tebal ke imanan kita kepada ALLAH Swt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: