(Gambar) Pemain Bolasepak yang Dirakam Menghisap Rokok..


Oleh: takusahrisau

Merokok adalah sesuatu tabiat yang kurang sihat bagi seseorang individu terutamanya yang bergelar seorang atlit. Rutin harian mereka yang memerlukan tahap stamina paling maksimum membuatkan tabiat merokok adalah paling terlarang. Antara jurulatih bolasepak yang bertegas dengan tabiat merokok adalah jurulatih dan pengurus pasukan Arsenal, Arsene Wenger. Bukan itu sahaja, Wenger dikhabarkan melarang sebarang pemainnya memakan coklat dan sebarang bentuk minuman berkafein kerana ia terbukti menjejaskan stamina mereka.

Walaupun mengetahui tabiat merokok mungkin menjadi punca kejatuhan karier mereka, ramai di antara atlit bolasepak dirakam menghisap rokok.  Antaranya adalah:

Dimitar Berbatov

Penyerang antarabangsa Bulgaria dan kelab Fulham. Seorang yang tenang dan mempunyai pewatakan yang menarik namun rakaman beliau sedang menikmati kepulan asap rokok menimbulkan spekulasi bahawa Berbatov adalah perokok tegar. Namun, ia segara dinafikan oleh bekas penyerang Manchester United ini.

berba

Diego Armando Maradona

Bekas penyerang antarabangsa Argentina dan pemenang Piala Dunia 1986. Lagenda bolasepak ini dikhabarkan mula berjinak-jinak dengan rokok dan cerut apabila menamatkan karier bolasepaknya pada usia 30-an. Akibat tabiat merokok, Maradona mengalami pelbagai masalah komplikasi kesihatan.

DIEGO_MARADONA_12

Mesut Ozil

Penyerang antarabangsa Jerman dan kelab Real Madrid. Tidak diketahui bahawa Ozil adalah perokok tegar atau tidak. Namun gambar yang dirakam jelas menunjukkan Ozil adalah seorang perokok. Ozil adalah salah seorang pemain bolasepak beragama Islam yang paling terkenal. Kehidupan peribadi beliau sering diselongkar berbanding seorang lagi rakannya di kelab Real Madrid, Sami Khedira. Mesut Ozil kini dikhabarkan hangat bercinta dengan seorang model dan ratu cantik yang berasal daripada Venezuela, Aida Yespica.

mesut_ozil

Ronaldo

Bekas penyerang antarabangsa Brazil dan kelab Real Madrid. Penyerang terbanyak sepanjang zaman di Piala Dunia ini terkenal dengan tabiat yang buruk di luar padang. Beliau bukan sahaja merokok malah seorang kaki wanita serta peminum minuman alkohol yang tegar. Walaubagaimanapun, beliau dikatakan telah mulai mengurangkan tabiat buruknya kerana beberapa masalah kesihatan serta cita-citanya untuk menjadi ahli politik seperti lagenda bolasepak Brazil, Pele.

ronaldo

Slaven Bilic

Bekas pemain antarabangsa Crotia dan pengurus pasukan antarabangsa Crotia. Karisma beliau sebagai pengurus sukar untuk dinafikan namun tabiat beliau yang merokok menjejaskan sedikit sebanyak imej dan karisma beliau.

slaven+bilic,+smoking

Zinadine Zidane

Bekas pemain tengah kreatif Perancis dan kelab Real Madrid. Mungkin ramai yang tidak mempercayai bahawa Zidane adalah seorang perokok. Manakan tidak, pada tahun 2002, Zidane telah membintangi sebuah iklan anti-rokok. Gambar yang dirakam diambil pada tahun 2006 semasa kejohanan Piala Dunia 2006.

sport_sports_Zidane_wife_zinedine__zidane_smoking

Federico Macheda

Penyerang muda yang berasal daripada Itali. Beliau dirakam menghisap rokok di beberapa tempat dan dikatakan seorang perokok yang tegar.

images

Fabian Barthez

Bekas penjaga gawang Perancis dan pemenang Piala Dunia 1998. Barthez dikatakan seorang perokok yang tegar.

fab460

Beberapa nama besar lain turut dikhabarkan adalah perokok tegar seperti Johann Cruff(bekas penyerang antarabangsa Belanda era 70-an), Socrates(bekas kapten Brazil era 70-an), Gianluca Vialli(bekas pemain tengah Itali era 90-an) dan Osvaldo Ardilles(bekas pemain tengah Argetina era 60-an).

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: