Archive | April 4, 2013

Sultan Mughal ke-4, Jahagir(1569-1627) Mengarahkan Pelukis Istana Melukiskan Saat Kematian Seorang Pemuda..

Oleh: takusahrisau

 

Jahagir(1569-1627) adalah sultan Dinasti Mughal di India yang ke-4. Beliau dikatakan gemar terhadap hasil seni dan kaji hayat. Jahagir dilahirkan dalam suasana kemewahan. Sebuah istana telah disediakan oleh bapanya, Akhbar ketika beliau masih lagi remaja.

150px-Racinet1878

Jahagir

Kehidupan yang serba mewah membawa kerosakan akhlak kepada sultan Mughal ini. Hampir seluruh hidupnya dikelilingi oleh arak, wanita dan candu. Ketiga-tiga perkara tersebut ternyata adalah dilarang dalam ajaran Islam.

Sebenarnya ia tidak asing kepada Jahagir. Bapanya, Akhbar juga adalah peminum arak. Adindanya, Murad meninggal dunia akibat terlampau mabuk arak. Bahkan, datuknya, Humayun turut menjadi seorang pemabuk. Nauzubillah.

Boleh dikatakan bahawa hampir setiap sultan Mughal mengalami kerosakan akhlak yang teruk kecuali Sultan Auragzeb.

Sebuah riwayat menyatakan, Jahagir tersangat gemar dengan bidang kaji hayat dan lukisan. Mungkin disebabkan hidupnya sering dilimpahkan dengan kemewahan dan segala hajatnya sering tertunai, Jahagir menitahkan supaya dilukiskan detik-detik kematian seorang pemuda yang bernama Inayat Khan.

Inayat Khan diriwayatkan sebagai pemuda yang kacak dan segak. Namun, arak dan dadah merosakkan kehidupannya. Di akhir hayatnya, beliau menjadi seorang yang hampir tidak waras dan sering mabuk-mabuk.

Ketika gambar ini dilukis, beliau sudah nazak. Sehari selepas gambar ini dilukis, Inayat Khan meninggal dunia. Besar kemungkinan beliau menghidap kanser limpa akibat pengambilan dadah dan arak yang berlebihan.

Lihat bagaimana keadaan Inayat Khan. Tubuhnya kurus melidi dan mata cengkung. Pada zaman moden, ia boleh dibandingkan sebagai kematian seorang penghidap AIDS.

death_of_inayat_khan1339399817848

Inayat Khan di akhir hayatnya.

Sumber rujukan:

[1]The Empire of the Great Mughals: History, Art, and Culture, Drug and Alcohol, m/s 195