(Video) Ulama Terkenal Mesir, Syeikh Mutawalli Sya’rawi Meramalkan Kejatuhan Presiden Husni Mubarak..


Oleh: takusahrisau

 

Syeikh Mutawalli Sya’rawi dilahirkan pada 15 April 1911 bersamaan 12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada baginda Rasulullah saw melalui cucunya baginda, Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua ibubapanya terkenal sebagai orang yang soleh dan warak.

Beliau wafat pada pagi Rabu 22 Safar tahun 1419H bersamaan 17 Jun 1998. Beliau disemadikan di tempat kelahirannya di Daqadus. Kewafatannya ditangisi termasuk paderi besar Kristian Koptik, Pope Shenouda III(meninggal dunia pada 17 March 2012). Dikhabarkan bahawa, lebih sejuta orang datang untuk memberikan penghormatan terakhir dan mengiringi jenazah beliau ke tanah perkuburan. al-Fatihah.

Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

sya'rawi1

Imam Syarawi terkenal dengan sifat zuhud dan tawaduknya.

 

Semasa hayatnya, beliau dikurnia oleh Allah swt beberapa kelebihan karamah. Bukti kurniaan Allah swt ini sempat dirakam dan boleh disaksikan oleh kita pada hari ini untuk dijadikan pedoman dan iktibar. Dalam satu rakaman video, Imam Syarawi memberi ucapan dan tazkirah kepada umum yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat termasuk para menteri dan paderi-paderi koptik Mesir.

Ucapan tersebut turut menyentuh isu politik Mesir yang mana beliau menasihatkan bahawa jangan meminta-minta untuk mendapat kuasa politik kerana Allah swt memberi kuasa kepada sesiapa sahaja yang mereka suka. Ulama yang dianggap ramai sebagai Mujadid tidak lupa menyebut hadis Rasulullah saw yang bermaksud,

Sesiapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka ia akan dibantu Allah. Dan kepada sesiapa yang meminta untuk sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya.

Sejurus selepas memetik hadis tersebut, beliau terus menfokuskan kepada Presiden Husni Mubarak yang turut berada disebelahnya. Kelihatan, Husni Mubarak sedikit gelisah kerana beliau sendiri mengetahui bahawa ulama besar ini tidak sesekali takut kepada ancaman kuasa politiknya. Imam Syarawi berkata-kata sambil menepuk bahu Husni Mubarak seakan-akan telah mengetahui nasib bekas presiden kuku besi tersebut 14 tahun akan datang.

Beliau berkata,’Mungkin ini adalah pertemuan terakhir antara aku dan engkau, Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga Allah swt memberi taufik. Jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga Allah swt menolong kamu menanggung beban(untuk menghadapi kami).

Kepada Husni Mubarak, beliau hanya tersenyum mendengar nasihat tersebut. Tidak diketahui samaada beliau faham atau tidak isi tersirat nasihat tersebut. Bagi penulis, Husni Mubarak ternyata menganggap nasihat tersebut bagai angin yang lalu. Tidak mengambil iktibar dan seterusnya memperbaiki diri.

Akibat daripada sikap mengabaikan nasihat seorang ulama, beliau kini meringkuk dalam penjara dan menanti masa untuk dihukum. Beliau yang berpuluh tahun memenjarakan ramai ulama dan ahli politik pembangkang, kini Husni Mubarak si kuku besi merasai bagaimana hidup seorang banduan. Kuasa Allah mengatasi segalanya. DIA yang memilih sesiapa yang dikehendaki dan menjatuhkan sesiapa yang dikehendaki. Sedangkan firaun berabad lamanya memerintah Mesir boleh hancur tamadun mereka, inikan kita yang tidak sampai satu abad. Allahuakbar..

 

 

 

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: