(Gambar) Ernesto Che Guevara..


Oleh: takusahrisau

Siapa tidak kenal dengan Che Guevara atau nama penuhnya Ernesto Che Guevara. Beliau dilahirkan pada 14 Jun1928 di Argentina. Beliau datang daripada keluarga berada dan berpelajaran tinggi. Beliau memiliki IQ yang hebat. Ketika dewasa, beliau berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan berjaya menamatkannya. Dikenali juga sebagai El Che, beliau sangat meminati falsafah Komunis terutama aliran Marxist.

Sebagai seorang pelajar perubatan dan memandangkan beliau daripada keluarga berada, beliau kerap melawat ke negara-negara di Amerika Latin. Kesedaran tercetus apabila melihat kebanyakan negara di Amerika Selatan masih lagi dibelenggu kemiskinan miskipun kaya dengan hasil bumi. Keadaan ini menyebabkan beliau merasakan sistem kapitalis yang diamalkan di kebanyakan negara di Amerika Latin hanya untuk mengeksplotasi kekayaan hasil bumi mereka. Amerika Syarikat dianggap dalang kepada semua yang berlaku.

Ketika di Mexico City, beliau berkawan rapat dengan adik beradik Castro, Fidel dan Raul Castro. Ideologi dan perwatakan mereka sama menyebabkan ikatan mereka bertambah erat. Fidel dan Guevara memiliki usia hampir sebaya yang mana Fidel tua lebih dua tahun daripada Guevara.

Guevara telah bersama Fidel dan 82 orang lagi pengikut mereka melancarkan pemberontakan terhadap negara Cuba yang dipimpin oleh kerajaan boneka AS, Fulgencio Batista. Pemberontakan tersebut telah berjaya menumbangkan kerajaan tersebut dan diingati sebagai Pergerakan 26 Julai.

Kebijaksaan perancangan yang dilakukan oleh Fidel dan Che Guevara dikagumi. Hanya bersama 82 orang pemberontak, mereka berjaya melancarkan perang dan seterusnya menyakinkan individu lain yang anti-Batista. Perang tersebut digelar Gerila yang mana Che sendiri telah menulis manual dan buku berkenaan cara untuk merealisasikan Perang Gerila. Manual tersebut digunapakai oleh banyak pemberontak di seluruh dunia.

Perjuangan Guevera merentasi seluruh dunia. Beliau bagaikan duta kepada falsafah Komunis Cuba. Sikap beliau yang peramah dan merendah diri menyebabkan beliau mudah didekati oleh ramai ‘pemberontak’ anti-Kapitalis. Che pernah singgah di Gaza bagi memberi keyakinan kepada pejuang-pejuang Palestin menuntut hak mereka daripada Kapitalis Israel. Che juga pernah berada di Congo pada 1965 semasa perang Congo. Beliau menjadi guru kepada ‘pejuang-pejuang’ di sana.

Sekitar tahun 1967, Guevara telah ‘melawat’ kem-kem pejuang Bolivia. Di sana, beliau telah ditangkap dalam satu pertempuran sengit antaranya dan tentera Bolivia serta CIA. Beliau ditangkap hidup-hidup. Guevara telah ditembak sebagai enam das secara keseluruhan oleh seorang pegawai bernama Sarjan Teran. Enam das tersebut adalah lima di kaki, satu di bahu kanan dan tangan, satu di dada dan satu di leher. Tangan Guevara turut dicacatkan dan dipotong. Guevara diistiyharkan meninggal dunia pada 1.10 petang 9 Oktober 1967 pada usia 39.

Kematian Che Guevara telah membangkitkan kebencian seluruh dunia kepada sistem Kapitalis yang diketuai Amerika Syarikat. Che diingati seluruh dunia sebagai ikon kebangkitan golongan muda.

Ketika bayi.

Ketika bayi.

Che semasa berada di menara gading.

Che semasa berada di menara gading.

Che - Rare Photos (7)

Walaupun seorang doktor bertauliah, ia tidak menghalang beliau untuk berjuang menentang sistem kapitalis.

Walaupun seorang doktor bertauliah, ia tidak menghalang beliau untuk berjuang menentang sistem kapitalis.

Bersama Pengerusi Moa daripada China.

Bersama Pengerusi Moa daripada China.

Che - Rare Photos (8) Che - Rare Photos (10) Che - Rare Photos (11) Che - Rare Photos (13)

Gambar yang menjadi ikonik di seluruh dunia.

Gambar yang menjadi ikonik di seluruh dunia.

Che menghisap ceruk murah yang dikenali Cazadores.

Che menghisap ceruk murah yang dikenali Cazadores.

Di sebuah kampung.

Di sebuah kampung.

Che dan keluarga. Beliau datang daripada keluarga berada dan intelektual.

Che dan keluarga. Beliau datang daripada keluarga berada dan intelektual.

Che at Bare Body

Che dan keluarganya. Che paling kiri.

Che dan keluarganya. Che paling kiri.

Mendengar ucapan ketika di sebuah persidangan.

Mendengar ucapan ketika di sebuah persidangan.

El Che dan Fidel

El Che dan Fidel

Di Havana 1959 selepas pasukan pemberontak pimpinan beliau dan Castro berjaya menawan ibukota tersebut.

Di Havana 1959 selepas pasukan pemberontak pimpinan beliau dan Castro berjaya menawan ibukota tersebut.

Che Guevara dirakam Memakai jam rolex.

Che Guevara dirakam Memakai jam rolex.

Ketika berucap di sebuah perhimpunan

Ketika berucap di sebuah perhimpunan

Che Guevara - Rare Photos (9) Che Guevara - Rare Photos (14) Che Guevara - Rare Photos (15) Che Guevara - Rare Photos (16) DOCU_GRUPO FOTOGRAFÍA DEL "CHE" GUEVARA CRUZANDO EL RIO AMAZONAS

Ketika kecil

Ketika kecil

Di Las Villas pada November 1958.

Di Las Villas pada November 1958.

Che Ernesto Che Guevara - Rare Photos (1)

Ketika masih muda.

Ketika masih muda.

Ernesto Che Guevara - Rare Photos (4) Ernesto Che Guevara - Rare Photos (3)

Che Guevara sangat menggemari ceruk Cuba. Beliau berbangga dengan ceruk buatan Cuba itu.

Che Guevara sangat menggemari ceruk Cuba. Beliau berbangga dengan ceruk buatan Cuba itu.

Guevara dan Raul Castro. Raul Castro adalah adik lelaki kepada Fidel Castro.

Guevara dan Raul Castro. Raul Castro adalah adik lelaki kepada Fidel Castro.

Pengaruh Guevara digeruni oleh AS dan negara-negara Kapitalis yang lain.

Pengaruh Guevara digeruni oleh AS dan negara-negara Kapitalis yang lain.

Guevara juga sering disapa El Che

Guevara juga sering disapa El Che

Bersama pemimpin tertinggi Revolusi Cuba. Paling kiri adalah Fidel Castro.

Bersama pemimpin tertinggi Revolusi Cuba. Paling kiri adalah Fidel Castro.

Guevara terkenal sebagai seorang yang komited namun masih boleh berjenaka.

Guevara terkenal sebagai seorang yang komited namun masih boleh berjenaka.

Guevera dan Fidel Castro. Salahs satu foto pertama yang memaparkan mereka berdua.

Guevera dan Fidel Castro. Salahs satu foto pertama yang memaparkan mereka berdua.

Ernesto Che Guevara - Rare Photosyy

Berucap ketika Cuba Trade Union.

Berucap ketika Cuba Trade Union.

 

Ketika ditangkap.

Ketika ditangkap.

Che ditembak mati oleh CIA dan tentera Bolivia.

Che ditembak mati oleh CIA dan tentera Bolivia.

 

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: