(Gambar) Cendikiawan Islam, Ibnu Rushd dilukis pada Fresco di Vatican City pada 1511..


Oleh: takusahrisau

 

Salah satu fresco paling terkenal di Vatican dikenali sebagai fresco The School of Athens. Ia dihasilkan oleh artis zaman Renaissance yang terkenal iaitu Raphael daripada tahun 1510 sehingga 1511. Kecantikan lukisan serta kehalusan hasil kerja Raphael begitu menakjubkan sehingga ia dianggap sebagai salah satu warisan Renaissance yang paling bernilai di Itali khususnya di Vatican City.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Fresco School of Athens

Ibnu Rushd dalam Fresco Raphael

Keunikan lukisan The School of Athens bukan hanya terletak pada kehalusannya akan tetapi lukisan yang berada di dalam Apostolic Palace memaparkan keunikan yang jauh lebih daripada itu.

Tahukah pembaca bahawa Raphael telah melukis seorang cendikiawan Islam yang dikenali dengan nama Ibnu Rushd. Ciri utama adalah serban yang dipakainya. Serban adalah simbol pakaian orang Islam semasa abad pertengahan. Dan umum kebanyakan masyarakat Eropah mengetahui ciri ‘unik’ tersebut.

Bagi seorang tokoh perintis Renaissance seperti Raphael, ia tidak janggal kerana beberapa tokoh Renaissance yang lain sezaman dengan Raphael memuji malah ada yang memuja kehebatan idea dan falsafah yang telah dipelopori oleh Ibnu Rushd.

Ibnu Rushd. Di hadapan beliau adalah Phytagoras(menulis) dan Boethius.

Pemikir Islam pujaan Eropah

Di Eropah, Ibnu Rushd yang dilahirkan pada tahun 1126 di bumi Andalusia(sekarang Sepanyol) dikenali dengan gelaran Averroes. Ibnu Rushd sangat menghormati ilmu taakulan dan falsafah daripada Yunani khususnya falsafah Plato.

Ibnu Rushd telah menulis sebuah syarah atau komentari kitab yang dikarang oleh Plato iaitu Republic. Idea falsafah Plato dalam Republic telah diceduk dan disyarah kembali oleh Ibnu Rushd dalam konteks falsafah Islam. Sebanyak tiga bab yang dihasilkan iaitu jami’, talkhis dan tafsir.

Ibnu Rushd sendiri telah mengarang sebuah kitab falsafah yang terkenal iaitu Tahafut al-tahafut. Kitab tersebut mendapat perhatian umum sehinggakan pada abad pertengahan, masyarakat Eropah menjadikan kitab Ibnu Rushd tersebut sebagai salah satu buku rujukan terpenting.

Ibnu Rushd disanjung tinggi oleh masyarakat Eropah kerana ilmu-ilmu falsafah yang dihasilkan beliau menjadi salah satu sebab kebangkitan bangsa Eropah zaman pertengahan yang kemudian menjadi bangsa dominan dalam ilmu pengetahuan bagi abad-abad sesudah itu.

_________________________

Ibnu Rushd meninggal dunia pada tahun 1198 masihi di Maghribi semasa berada dalam buangan. Beliau boleh dianggap sebagai antara tokoh ilmuan kontroversi pada zamannya. Ibnu Rushd beberapa kali dibuang negeri kerana kitab-kitabnya yang terlampau cenderong kepada ilmu falsafah Yunani. Masyarakat Islam pada waktu itu mengganggap falsafah Yunani tidak selari dengan ajaran Islam yang mana falsafah Yunani terlampau mengfokuskan keutamaan dewa-dewa dalam tulisan mereka. Tokoh sufi dan falsafah Islam yang terkenal yang hidup beberapa tahun sebelum Ibnu Rushd iaitu Al-Ghazali(1058-1111) banyak menghentam falsafah Yunani sehingga terbit kitab karangannya Tahafut al-Filasifa. Walaubagaimanapun, Ibnu Rushd mengambil pendekatan membela falsafah Yunani dengan mengarang beberapa kitab. Ia mengundang kemarahan cendikiawan-cendikiawan Islam yang konservatif. Miskipun begitu, ramai bangsa Eropah berguru dengan kitab-kitab beliau sehingga munculnya zaman kecerahan ilmu pengetahuan di Eropah yang dikenali Zaman Renaissance.

_________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: