Patung Pulau Easter yang Misteri..


Oleh: takusahrisau

 

Keberadaan ratusan patung monolitik yang terdapat di Easter Island menimbulkan banyak persoalan kepada ramai ahli arkeologi. Bagi masyarakat tempatan, mereka menggelarnya dengan panggilan Moai. Moai telah dipacak di sekitar Pulau Easter menghadap ke arah laut. Dengan menggunakan pentarikhan Karbon-14, masa paling tepat pembinaan Moai dianggarkan sekitar 1100 sehingga 1680 selepas masihi. Kira-kira 887 buah patung Moai diukir di sekitar pulau Easter dan patung paling besar adalah 82 tan dengan ketinggian 9.8 meter. Patung tersebut dikenali Paro.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

887 Moai telah dibina

Walaubagaimanapun, pembinaan patung tersebut membingungkan ramai saintis dan ahli arkeologi. Mereka masih tertanya-tanya bagaimana masyarakat di Pulau Easter mampu memgukir patung yang sebegini besar dan membawanya berpuluh kilometer daripada kuari tanpa peralatan moden. Lebih membingungkan tentang jumlah sebenar kakitangan yang bertanggungjawab mengukir 887 buah patung tersebut. Sehingga kini, mereka masih lagi belum menemui ‘rahsia kehebatan’ penduduk purba Pulau Easter.

Penemuan Moden pada 1722

Ketika pulau ini ditemui pada Hari Easter pada tahun 1722 oleh kelasi-kelasi kapal berbangsa Belanda, pulau ini hampir tidak didiami oleh manusia. Pulau ini begitu terpencil. Ia terletak di selatan Lautan Pasifik. Negara paling hampir dengan pulau ini adalah Chile yang terletak 2,300 batu dan Tahiti yang terletak 2,500 batu daripada pulau tersebut. Pulau yang terletak 1,400 batu daripadanya masih tidak berpenghuni.

Keberadaan patung-patung Moai di sekitar Pulau Easter sangat membingungkan memandangkan ketika pertama kali ditemui oleh manusia moden, ia hampir tidak berpenghuni. Jadi, siapakah yang bertanggungjawab membina patung-patung tersebut?

Penghuni asal

Saintis membuat hipotesis bahawa pulau tersebut telah dihuni oleh bangsa Polynesia yang dikenali sebagai bangsa yang sering berlayar ke lautan luas. Bangsa Polynesia dipercayai hadir ke pulau ini pada 400AD dan seterusnya membina penempatan awal. Ia diyakinkan selepas penemuan makam purba yang menempatkan rangka penduduk awal Pulau Easter. DNA telah diambil dan ia mirip DNA bangsa Polynesia berbanding bangsa-bangsa lain di dunia terutama bangsa Indian Amerika yang menetap di tanah besar.

Lenyap tanpa khabar

Walaubagaimanapun, sebelum tahun 1722, bangsa asal pulau tersebut lenyap tanpa khabar. Kepupusan masyarakat awal Pulau Easter mengundang perselisihan pendapat di kalangan pakar astropologi(kajian tentang asal-usul manusia), ahli arkeologi dan saintis. Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri, namun tiada satu pun mempunyai bukti yang konkrit. Sehingga ke hari ini, misteri kepupusan dan keberadaan patung Moai masih lagi menjadi persoalan. Sememangnya Pulau Easter adalah pulau paling misteri yang pernah wujud di dunia.

Lihatlah bagaimana hebatnya teknologi purba!

Dada patung Moai yang diukir dengan cermat

 

 

_____________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: