Umat Islam Di Malaysia Boleh Tentukan Arah Kiblat yang Tepat pada 28 Mei 2012 nanti..


Oleh: takusahrisau

Umat Islam di Malaysia boleh menentukan arah kiblat yang tepat pada 28 Mei 2012 jam 5.16 petang. Pada saat tersebut, posisi matahari akan berada tepat di atas Kaabah di Mekah. Fenomena ini hanya berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei 2012 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2012 jam 5.28 petang.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Umat Islam di Malaysia boleh menggunakan saat keemasan ini bagi menentukan kiblat yang tepat kerana banyak ibadah bersangkut-paut dengan arah kiblat dalam Islam. Sebagai seorang Islam, amat penting pemilihan kiblat yang tepat kerana perselisihan satu darjah daripada arah kiblat yang betul menyebabkan seseorang itu tersasar 125 kilometer daripada arah Kaabah.!

Kekeliruan Umat Islam

Umat Islam di Malaysia khususnya sering terkeliru dengan teori penentuan arah kiblat berdasarkan arah matahari terbenam. Teori tersebut tidak benar sama sekali kerana penentuan arah kiblat berdasarkan arah matahari terbenam hanya boleh dilakukan dua kali dalam setahun iaitu pada tarikh yang telah diberitahu di atas. Jesteru, pada tarikh selain daripada tarikh tersebut tidak boleh diguna-pakai bagi penentuan arah kiblat yang tepat. Miskipun demikian, umat Islam kini sudah boleh menguji arah kiblat dengan menggunakan kompas yang dicipta khas bagi penentuan arah kiblat.

Tips Penentuan Arah Kiblat

1. Pacakkan tiang atau kayu yang lurus di kawasan yang lapang.

2. Letakkan tali yang dihujungnya mempunyai pemberat bagi menentukan arah kiblat.

3. Semak jam dengan jam radio atau jam ASTRO kerana ia telah ditetapkan mengikut piawaian SIRIM.

4. Fenomena pada 28 Mei nanti akan berlaku pada waktu petang, dengan itu bayang matahari akan jatuh di sebelah Timur. Oleh yang demikian, arah kiblat yang tepat akan menghadap arah Barat.

Nota: Pengesahan lanjut mungkin akan dilakukan oleh Pihak JAKIM kelak.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “Umat Islam Di Malaysia Boleh Tentukan Arah Kiblat yang Tepat pada 28 Mei 2012 nanti..”

  1. pengerusi says :

    mabruk.. sy mbyukai blog ilmiah anda.ahsanta.JKJ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: