Karl-Heinz Rosch, Tentera Nazi Paling Disayangi Di Dunia..


Oleh: takusahrisau

 

Nazi atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya dianggap sebagai taboo kepada masyarakat di Eropah. Tiada yang baik perlu diperkatakan mengenai Nazi. Bahkan, masyarakat Jerman sendiri bimbang untuk menyanjungi perjuangan politik Nazi.

Namun ia tidak bagi masyarakat di sebuah perkampungan kecil di Belanda. Bertempat di Goirle, Noord-Brabant, Belanda, masyarakat di situ mengambil inisiatif untuk membina sebuah tugu kecil askar Wehrmacht(gelaran untuk tentera infantri Jerman). Tugu gangsa tersebut diukir oleh seorang pengukir tempatan, Riet van der Louw.

“We will not be honouring the Wehrmacht, but rather the humanity of a young German soldier,” ujar ketua tugu peringatan, Herman van Rouwendaal.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Karl-Heinz Rosch

Askar muda berjiwa mulia

Askar muda atau ‘young German soldier’ sepertimana yang diperkatakan oleh van Rouwendaal adalah Karl-Heinz Rosch. Tiga selepas menyambut hari lahirnya yang ke 18 pada 6 Oktober 1944, remaja ini telah memperlihatkan keberanian di mata masyarakat tempatan apabila telah menyelamatkan dua kanak-kanak daripada ancaman mesingan dan grenad tentera Berikat.

Kanak-kanak yang dikenali Jan Kilsdonk dan Toos Kilsdonk berjaya diselamatkan. Namun, malang bagi Rosch, beliau terbunuh selepas bom grenad jatuh betul-betul dihadapannya. Impak daripada letupan tersebut menyebabkan mayat Rosch terputus dan hancur berkecai.

Mengenang jasanya kepada masyarakat tempatan, tugu untuk mengenangkan keberanian Rosch yang sanggup mengadaikan nyawanya demi dua nyawa kanak-kanak telah didirikan pada 4 November 2008.

Biarpun terdapat segelintir yang masih tidak senang dengan pembinaan patung berkenaan, namun bagi masyarakat Goirle, mereka lebih mengenali siapakah yang patut diangkat sebagai wira.

Riet van der Louw membuka kain yang membungkus patung peringatan Karl-Heinz Rosch dengan dihadiri oleh kedua anak petani yang nyawanya diselamatkan oleh Rosch, Jan dan Toos Kilsdonk (kiri)

Info tentang Karl-Heinz Rosch

Tarikh Lahir: 3 Oktober 1926

Tempat Lahir: Meissen Saxony (Sachsen), Jerman

Tarikh Meninggal Dunia: 6 Oktober 1944

Tempat Meninggal Dunia: Goirle Noord-Brabant, Belanda

Gelaran: Hero With No Glory

Trivia: Pembinaan tugu Karl-Heinz Rosch adalah satu-satunya tugu yang memperingati keperwiraan tentera Nazi yang terdapat di dunia.

___________________________
Segalanya lebih menarik di 

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: