Apakah Yang Berlaku Jika Adolf Hitler dan Jerman Memenangi Perang Dunia Kedua?


Oleh: takusahrisau


Banyak yang ingin diperkatakan jika Hitler dan Jerman berjaya menumpaskan musuh-musuh mereka di Eropah. Namun, jika berdasarkan hasil analisis, Jerman mustahil berjaya menumpaskan musuh-musuhnya kerana ketidakseimbangan jumlah ketenteraan di mana berdasarkan nisbah, seorang tentera Jerman perlu menumpaskan hampir 30 orang tentera Amerika Syarikat dan sekutunya jika ingin memenangi Perang Dunia Kedua.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Namun, jangan hiraukan fakta, sekarang kita berimaginasi bagaimana keadaan dunia jika Hitler berjaya memenangi Perang Dunia Kedua.

  • Perkara pertama yang mungkin berlaku adalah negara Israel yang sekarang berada di Palestin mustahil akan wujud. Pemeteraian Balfour yang bertarikh 2 November 1917 antara Arthur James Balfour dengan pemimpin British-Yahudi, Baron Rothchild sudah diketahui sebagai asas kewujudan negara rasmi Israel di Palestin. Sekiranya Jerman memenangi Perang Dunia Kedua, maka negara Israel di Asia Tengah turut sama berkubur.

Surat Balfour kepada Baron Rothchild

  • Whiston Churchill, Joseph Stalin dan Franklin Delano Roosevelt akan meninggal dunia lebih awal daripada yang kita ketahui kini. Adalah menjadi tidak mustahil untuk kita melihat samaada Churchill, Stalin mahupun Rosselvelt meninggal dunia dengan meminum racun.
 
  • Pengeboman atom di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945 tidak akan berlaku sama sekali. Sebaliknya, kemungkinan bandar-bandar besar Pakatan Bersekutu seperti New York, London, Moscow mahupun Paris akan mengalami nasib seperti Hiroshima dan Nagasaki. Perlu diketahui bahawa Jerman turut sama sedang menghasilkan Bom Atom malahan lebih awal daripada penghasilan Bom Atom Amerika Syarikat(Manhattan Project dihasilkan pada 1942). Projek penghasilan Bom Atom dikenali sebagai Uranverein dikelola oleh saintis Jerman,Otto Hahn pada tahun 1939. Otto Hahn adalah individu pertama yang menjumpai keupayaan Uranium untuk menghasil bom berkuasa mega.

Otto Hahn adalah perintis penemuan reaksi luar biasa uranium.

  • Kecanggihan teknologi yang kita dapati kini adalah hebat namun jika Jerman berjaya memenangi Perang Dunia Kedua, kecanggihan teknologi tersebut kemungkinan besar akan lebih hebat. Sudah tentu kita mengenali pesawat perang Stealth Bomber, peluru berpandu dan roket lebih awal daripada apa yang kita dapati kini.

Pesawat Stealth Bomber milik Amerika Syarikat adalah pesawat yang dicipta berdasarkan pesawat prototaip Jerman era WW2 yang dikenali HO229.

  • Projek angkasa lepas kemungkinan besar bakal diterajui oleh Jerman dan bukannya Amerika Syarikat mahupun Russia. Perlu kita semua ketahui bahawa saintis-saintis yang terlibat dengan projek angkasa lepas AS dan Russia(ketika itu Soviet Union) adalah saintis dan pakar fizik yang terlibat dalam Projek Roket Balistik V2. Antaranya adalah Werner Von Braun yang berkhidmat dengan Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua tamat. Werner Von Braun diculik dan direkrut dalam satu operasi dikenali Operasi Paperclip. Russia pula menjalankan misinya menerusi Operasi Osoaviakhim pada 1946 dengan menculik saintis Jerman dan membawa keluar material dan blueprint Projek Roket Balistik V2.

Werner Von Braun berada di hadapan enjin Roket Saturn V ciptaannya.

  • Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Soviet Union yang berlanjut sehingga tumbangnya rejim Komunis pada tahun 1991 tidak mungkin akan berlaku malahan negara Amerika Syarikat dan Soviet Union tidak pasti akan wujud atau tidak selepas Perang Dunia Kedua tamat.
 
  • Selepas Perang Dunia Kedua, Jerman telah dipecahkan kepada dua blok, Jerman Timur dan Jerman Barat. Jerman Barat dikuasai oleh kuasa kapitalis manakala Jerman Timur dikuasai oleh kuasa komunis. Namun, jika Jerman memenangi Perang Dunia Kedua, pecahan blok komunis-kapitalis yang berlaku di Jerman pasti tidak akan kita dengar sehingga ke hari ini.

Berlin Wall memisahkan Jerman Timur dan Jerman Barat sebelum diruntuhkan pada 1990-an

  • Sekarang dunia dengan paksa rela melantik Amerika Syarikat sebagai Polis Dunia. Kononnya Amerika Syarikat adalah satu-satunya negara yang mampu menjaga keamanan dunia. Namun, jika Jerman memenangi Perang Dunia Kedua, tidak usah Amerika Syarikat menjadi Polis Dunia bahkan kemungkinan besar Amerika Syarikat menjadi jajahan takluk Jerman di benua Amerika Utara.
  • Jajahan takluk negara-negara Pakatan Berikat yang merata-rata di seluruh dunia akan dapat melepaskan diri lantas memerdekakan diri mereka jauh lebih awal daripada yang kita dapati kini. Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat, Britain, Russia dan Perancis mempunyai jajahan takluk yang sangat besar. Malaysia sendiri adalah jajahan takluk Britain. Namun, jika Jerman memenangi Perang Dunia Kedua dengan mengalahkan Britain dan rakan sekutunya, percayalah tarikh kemerdekaan Malaysia jauh lebih awal daripada 1957.
 
  • Umat Islam tidak akan dianaktirikan oleh dunia Barat. Sentimen Islamophobia di kalangan masyarakat Barat tidak mungkin akan berlaku. Ini berikutan hubungan baik Adolf Hitler dan pemimpin tertinggi Nazi dengan pemimpin utama Islam di dunia seperti mufti besar Palestin Muhammad Amin al-Husayni. Persepsi terhadap Islam samaada Adolf Hitler mahupun Heinrich Himmler dan Joseph Goebbels jauh lebih baik berbanding persepsi Winston Churchill, Joseph Stalin dan Franklin D. Roosevelt terhadap Islam.

__________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “Apakah Yang Berlaku Jika Adolf Hitler dan Jerman Memenangi Perang Dunia Kedua?”

  1. lonewolf conspiracy says :

    thnks penulis.. hitler juga tersenarai dlm list idola saya… sy ad bca tntng kmatian hitler.. ad yg ckp die mati minum racun bersma isteri nyew.. ad yg ckp ga di bunuh oleh tntera us.. ad gak yg ckp hitler dh lari dri jerman.. penulis ad cerita x pasal misteri kmatian hitler? terima kasih sekali lagi.. 🙂

  2. mohd fazli says :

    Terima kasih penulis, saya juga salah seorang peminat Hitler. dari seorang corier tentera hingga menjadi pemimpin agung jerman dan hampir menakluk eropah.hitler bukanlah seorang yang kejam tapi media barat yang dikuasai yahudi mengambarkan beliau seorang yang kejam.saya harap penulis teruskan dengan hasil anda…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: