(Gambar) Aksi Jeneral AS semasa WW2, George S. Patton Membuang Air Kencing di Sungai Rhine..


Oleh: takusahrisau

 

 

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Gambar di atas adalah antara gambar Perang Dunia Kedua yang paling terkenal. Gambar ini menunjukkan seorang jeneral Amerika Syarikat, Jeneral George S. Patton sedang membuang air kencing di Sungai Rhine setelah berjaya membawa battalion kereta kebal di bawah pimpinannya menyeberangi sungai bersejarah tersebut. Operasi ini dikenali sebagai Operasi Plunder.

Satu petikan daripada Patton;

“I drove to the Rhine River and went across on the pontoon bridge. I stopped in the middle to take a piss and then picked up some dirt on the far side in emulation of William the Conqueror.” General George S. Patton, 22 March 1945.

George S. Patton yang terkenal dengan keceluparan itu telah mengarahkan jip tentera yang membawanya berhenti di tengah Sungai Rhine sewaktu melintas jambatan pontoon(jambatan sementara yang dibuat menggunakan perahu dan bot). Jeneral George S. Patton turun lantas membuang air kecil di tepi jambatan tersebut. Insiden menarik ini telah dirakam.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Patton adalah jauh lebih daripada itu. Jeneral S. Patton yang juga seorang pakar sejarah sangat mengetahui bahawa kali terakhir sesebuah unit tentera menyeberangi menggunakan bot di Sungai Rhine adalah ketika mana panglima terkenal daripada Perancis, Napoleon Bonaparte menceroboh sempadan Jerman ketika kempen penaklukannya pada abad ke-18. Ia adalah satu tempoh yang lama sebelum unit Batalion pimpinan Patton pula melakukannya.

Apa yang menarik semasa operasi ini dilakukan, desas-desus mengatakan Patton mempunyai misi peribadi semasa mengarahkan tentera-tenteranya memerangi Nazi di Sungai Rhine. Ini adalah kerana menantu Patton iaitu John K. Waters telah ditahan di kem banduan perang(POW), OFLAG XIII-B yang mana ia tidak jauh daripada sempadan Sungai Rhine.

J.K Waters

Dengan yang demikian, ia jelas menunjukkan Patton ‘melepaskan hajat’ di Sungai Rhine adalah kerana emosi dan semangat anti-Nazi yang sangat menebal.

Jeneral yang banyak berjasa kepada Amerika Syarikat ini meninggal dunia pada 21 Disember 1945 pada usia 60 tahun iaitu sembilan bulan selepas insiden gambarnya membuang air kecil di Sungai Rhine dirakam.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: