Menorah(Simbol Yahudi) Gergasi Sudah Dibina di Manado, Indonesia..


Oleh: takusahrisau

Menorah gergasi yang dianggarkan berukuran 19 meter dibina di sebuah puncak dataran tinggi di pinggir kota Manado, Indonesia. Ia dianggap tugu Menorah tertinggi di dunia. Bahkan di Israel sekalipun tidak pernah dibina menorah sebesar yang dibina di Manado. Tugu Menorah ini dipercayai dibiayai oleh kerajaan setempat yang merestui ajaran Yahudi diamalkan di kawasan mereka. Rata-rata masyarakat setempat adalah penganut agama Kristian miskipun Indonesia mempunyai populasi penganut agama Islam terbesar di dunia.

Masyarakat berketurunan Yahudi di Manado dipercayai berasal daripada perkahwinan campur semasa penaklukan Belanda beratus tahun yang lampau. Miskipun mereka tidak mengamalkan ajaran tersebut secara formal namun akhir-akhir ini masyarakat Yahudi Manado mula merasai kepentingan pengamalan ajaran tradisi mereka.

Sebuah Sinogog atau tempat sembahyang masyarakat Yahudi turut dibina di kawasan berhampiran. Bendera Israel turut dikibarkan di Sinogog tersebut. Pendedahan ini cukup merisaukan masyarakat Islam di nusantara terutama masyarakat Islam di Indonesia. Umum mengetahui hubungan tegang antara Islam-Yahudi cukup menebal di kalangan umat Islam nusantara. Apa yang berlaku kepada masyarakat Palestin di timur tengah memungkinkan masyarakat Yahudi Indonesia bakal mengalami deskriminasi perkauman dan ketegangan antara agama.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

Dua orang warga Yahudi Indonesia sedang membelik kitab Taurat.

____________________________

Segalanya lebih menarik di

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: