CIA Dalang Pembunuhan Wanita Simpanan John F. Kennedy, Mary Pinchot Meyer..


Oleh: takusahrisau

Kematian Mary Pinchot Meyer iaitu wanita simpanan Presiden John F. Kennedy(JFK) beberapa bulan setelah kematian JFK pada tahun 1964 dikaitkan dengan perlibatan serius CIA. Kajian dan analisis ini dapat dilihat dalam buku terbaru hasil garapan Peter Janney, Mary’s Mosaic: The CIA Conspiracy to Murder John F. Kennedy, Mary Pinchot Meyer, and Their Vision of World Peace.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI) 

Teori terbaru ini cuba untuk merungkai kematian misteri Mary Pinchot Meyer pada 12 Oktober 1964. Beliau ditemui meninggal dunia di kawasan kejiranan Georgetown, Washington D.C dengan dua kesan luka besar di belakang kepada dan dada.

 

Saksi utama

Saksi utama kejadian tersebut adalah seorang mekanik yang dikenali Henry Wiggins. Beliau kebetulan sedang membaiki kereta di kawasan berhampiran mendengar suara seorang perempuan meminta tolong. Kemudian diikuti dengan dua das tembakan. Beliau mendapati seseorang  lelaki berkulit hitam, berjaket, berseluar gelap dan bertopi berada di sisi mayat Mary Pichot Meyer.

Suspek utama

Seorang individu berkulit hitam bernama Raymond Crump telah ditahan dan menjadi suspek utama kes pembunuhan tersebut. Semasa Crump ditahan, tiada senjata api ditemui dan Crump didapati tiada kaitan dengan senjata api yang digunakan untuk membunuh Mary Pinchot Meyer. Namun, beliau tetap ditahan dan dibicarakan. Walaubagaimanapun, Crump didapati tidak bersalah dan dibebaskan daripada sebarang dakwaan pada 29 Julai 1965 dan kes Mary Pinchot Meyer gagal diselesaikan sehingga ke hari ini.

CIA dalang utama – Peter Janney

Dalam tulisan Peter Janney, beliau dengan kritis mendakwa CIA adalah dalang di sebalik pembunuhan wanita tersebut. Beliau mengaitkan Mary Pinchot Meyer yang aktif sebagai aktivis Pacifism, iaitu aktivis anti-peperangan dan keganasan. Mary Pinchot Meyer dikatakan menjadi pengaruh utama dasar utama Kennedy yang terarah kepada pendamaian sepertimana yang pernah beliau lakukan semasa kemuncak Perang Dingin dan Krisis Nuklear Cuba.

Dasar luar Kennedy walaubagaimanapun tidak disenangi oleh CIA yang mahukan tindakan lebih keras terhadap Cuba yang terang-terangan cuba mengugat kestabilan serantau.

Diari

Diari Mary Pichot Meyer dikatakan menjadi buruan CIA dan FBI. Desas-desus mengaitkan ia dengan hubungan sulit Meyer-Kennedy. Satu episod menarik menyaksikan pertembungan Ben Bradlee dan ketua pegawai CIA, James Angleton di kediaman Meyer. Ben Bradlee ketika itu ingin mengambil diari Mary Pinchot Meyer selepas dihubungi oleh rakan rapat Meyer, James dan Anne Truit. Pasangan Truit ketika itu berada di Jepun.

James Angleton

Menurut Bradlee, James Angleton berada di dalam kediaman Meyer dalam keadaan pintu luar berkunci. Walaubagaimanapun, Bradlee berjaya memasukinya dan mendapati Angleton turut sama mencari diari Meyer. Angleton mendakwa beliau ingin mendapatkan diari tersebut selepas disuruh isterinya yang juga kawan rapat Meyer.

Diintip FBI

Mary Pinchot Meyer yang aktif sebagai dalam Pacifism telah lama dihidu oleh FBI. Perlibatan beliau dalam Parti Buruh Amerika(American Labor Party) membuatkan beliau sebagai individu yang perlu diperhatikan gerak-gerinya.

FBI ternyata lebih bimbang apabila mendapati Mary Pinchot Meyer mempunyai hubungan rapat dengan JFK. Pengaruh Meyer mungkin menjejaskan agenda utama Amerika Syarikat yang sedang berada di kemuncak Perang Dingin. FBI mensyaki Mary Pinchot Meyer adalah pengintip upahan Cuba atau Soviet Union.

Kennedy dan Mary Pinchot Meyer

Peter Janney

Peter Janney cuba merungkai kunci utama pembunuhan Mary Pinchot Meyer yang didalangi oleh CIA. Isu yang diutarakan beliau sudah cukup menceritakan bahawa CIA cuba menutup sebaik-baiknya kes ini daripada diketahui umum. Konspirasi pembunuhan Meyer mempunyai hubungan yang kuat dengan pembunuhan Kennedy di mana Meyer adalah wanita simpanan Kennedy. Buku Mary Mosaic:The CIA Conspiracy to Murder John F. Kennedy, Mary Pinchot Meyer, and Their Vision of World Peace adalah buku pertama karangan Peter Janney.

Peter Janney

Sumber: Klik SINI

 

 

 

______________________________

Segalanya lebih menarik di

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “CIA Dalang Pembunuhan Wanita Simpanan John F. Kennedy, Mary Pinchot Meyer..”

  1. ahlul bait insya'Allah says :

    CIA = SEA, EYE, A (PIRAMID) NOTE 1 DOLLAR US, MEREKA BEKERJA DI BAWAH ARAHAN DAJJAL.

Trackbacks / Pingbacks

  1. (Gambar) Masjid Unik di Abu Dhabi.. « Takusahrisau's Blog! - May 10, 2012

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: