18 Mac 1314..Pembunuhan Grandmaster of Knight Templar, Jacques de Molay!


Oleh: takusahrisau

 

Pada 18 Mac 1314, seorang ketua atau Grandmaster kepada pertubuhan Knight Templar, Jacques de Molay telah dihukum bunuh secara kejam oleh raja Perancis, King Phillip IV(1268-1314). De Molay telah diikat pada tiang dan dibakar hidup-hidup di sebuah pulau terpencil di River Seine berdekatan dengan kota Paris. Hukuman kejam ini dikatakan berpunca daripada sikap King Phillip yang berhutang dengan de Molay dan Knight Templar bagi membiayai kempen ketenteraan dan gaya hidup mewah beliau. Selama berdekad lamanya, keluarga King Phillip menjadikan Knight Templar sebagai bank mereka.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

King Phillip telah bersepakat dengan Pope Clement V bagi memastikan Jacques de Molay dan Knight Templar dihapuskan di bumi Eropah. Untuk menarik sokongan rakyat, mereka menyabitkan de Molay dan Knight Templar dengan perbuatan sesat dan penyembahan syaitan. Hal ini telah menyebabkan seluruh ahli Knight Templar diburu. Pada hari Jumaat, 13 Oktober 1307, beratus-ratus ahli Knight Templar ditangkap dan diseksa. Mereka akhirnya dihukum dengan cara membakarnya di tiang-tiang. Lagenda Eropah yang mengaitkan hari ke-13 Jumaat(Friday the 13th) sebagai hari paling sial bersandarkan kepada peristiwa tragis ini.

Jacques de Molay

Lagenda

Kematian Jacques de Molay menjadi lagenda di Eropah. Terdapat peristiwa menarik melibatkan Jacques de Molay. De Molay telah diriwayatkan telah menyumpah dua individu yang banyak terlibat dalam pembunuhan beliau, King Phillip IV dan Pope Clement V. Sumpahan De Molay menjadi kenyataan apabila King Phillip IV meninggal dunia beberapa bulan kemudian pada usia 46 tahun. King Phillip IV meninggal dunia semasa sedang memburu.

Di tempat inilah, Jacques de Molay dan Geoffroi de Charney dihukum bunuh. Mengikut satu catatan, tempat ini dahulunya berlumpur tapi kini telah dipelihara cantik bagi menarik pelancong mengunjungi pulau kecil ini.

King Phillip IV kemudian diganti oleh anaknya yang masih muda, Louis X. Louis X kemudian meninggal dunia dalam usia muda tanpa meninggalkan walau seorang zuriat. Dinasti keluarga Phillip IV berakhir dan diganti dengan Dinasti Valois.

Pope Clement V menerima nasib yang lebih buruk. Pada April 1314, iaitu sebulan selepas pembunuhan de Molay, Pope Clement V menderita penyakit misteri dan tidak lama kemudian meninggal dunia. Menurut satu catatan, semasa jenazah Pope Clement V ditempat di sebuah altar gereja, secara tiba-tiba satu dentuman guruh dan diikuti petir telah menyambar gereja tersebut. Akibat daripada sambaran petir tersebut, jenazah Pope Clement V hangus dan rosak teruk. Ramai telah mengaitkannya dengan kezaliman dan kekejamannya terhadap ahli Knight Templar dan Jacques de Molay.

Tidak dapat dipastikan samada ia adalah benar ataupun hanya sebagai sensasi. Kematian Jacques de Molay telah menarik simpati banyak pihak terutama penyokong-penyokong beliau. Sejak pembunuhan de Molay, beberapa perkara dan peristiwa telah dicatatkan mempunyai kaitan dengan Jacques de Molay dan pertubuhan Knight Templar.

  • Pertubuhan Freemason yang dianggotai ramai Yahudi Eropah telah bertapak kukuh. Mereka menggunakan pengaruh lagenda Jacques de Molay untuk meraih sokongan rakyat Eropah khususnya penganut Kristian. Kemuncak kejayaan mereka adalah semasa Revolusi Perancis pada 1789.
  • Semasa kematian Lousi XVI semasa kemuncak Revolusi Perancis pada 1789, ahli Freemason Perancis telah lantang menjerit, “Jacques de Molay, thou art avenged!”(Jacques de Molay, engkau menuntut bela) sambil menggenggam kepala Louis XVI yang telah dipenggal.
  • Setelah Jacques de Molay dibakar dengan kejam, jasadnya tidak mampu diselamatkan kecuali tengkorak dan tulang peha beliau. Dikatakan bahawa tengkorak dan tulang peha de Molay menjadi asal usul simbol kepada bendera Jolly Roger, bendera kapal lanun. Para lanun yang awal adalah bekas ahli Knight Templar yang ingin menghapuskan kapal-kapal lanun Turki dan Barber.

Bendera Jolly Roger sinonim dengan lanun.

  • Pertubuhan Knight Templar dilarang dan ahli mereka diburu pada abad ke-14. Ahli-ahli mereka yang kebanyakan adalah pelayar yang bagus telah berlayar sehingga dikatakan menemui benua Amerika. Mereka menemuinya awal sebelum Christople Columbus. Semasa ekspedisi Columbus, ramai anak kapalnya adalah bekas ahli Knight Templar.
  • Ramai mengaitkan bendera Switzerland dipengaruhi oleh bendera Knight Templar. Bergitu juga dengan bendera England dan Persatuan Palang Merah.
  • Sebuah pertubuhan yang dikenali Sovereign Military Order of the Temple of Jeruselam telah ditubuhkan pada 1945. Ia dipengaruhi oleh matlamat asal Knight Templer dan Jacques de Molay yang mahu membina haikal Sulaiman. Pada 2001, pertubuhan tersebut diiktiraf oleh Kerajaan Amerika Syarikat sebagai badan bukan kerajaan(NGO).

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “18 Mac 1314..Pembunuhan Grandmaster of Knight Templar, Jacques de Molay!”

  1. adam says :

    pertubuhn syaitan ni pon amerika halalkan??iblis,syaitan bergabung..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: