Syahidnya Rosli Dhobi pada 2 Mac 1950..


Oleh: takusahrisau

Tanggal 2 Mac 1950, seorang anak muda daripada Kampung Pulo, Sibu, Sarawak berusia 16 tahun telah maut di tali gantung kerana didapati bersalah membunuh seorang gabenor British yang bertugas di Sarawak, Sir Duncan Stewart. Nama pemuda ini harum namanya dan sebaris dengan pejuang-pejuang Melayu/Bumiputera Islam yang lain seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah dan Dol Said. Beliau adalah Allahyarham Rosli Dhobi.

Sir Duncan Stewart yang dibunuh oleh Rosli Dhobi adalah gabenor kedua British. Insiden tersebut berlaku pada 3 Disember 1949. Stewart telah ditikam menggunakan badik(sejenis senjata seperti pisau) yang telah dibubuh racun. Akibat tikaman beracun tersebut, Stewart terpaksa mendapat rawatan rapi ke Kuching dan kemudian ke Singapura. Stewart meninggal dunia seminggu selepas kejadian.

Sebenarnya, Rosli Dhobi bukan berseorangan menjalankan misi tersebut. Beliau yang menganggotai pakatan sulit yang dikenali Rukun 13 telah disertai oleh Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong.

Bersama-sama rakan seperjuangannya, Rosli Dhobi terpaksa meringkuk di penjara. Di sana, mereka diseksa oleh para tali barut British. Malahan terdapat sumber mengatakan, isteri Duncan Stewart yang berada di London membuat permintaan khas bagi membawa Rosli Dhobi hidup-hidup ke London bagi menjalani pembicaraan di sana. Walaubagaimanapun, terdapat halangan besar bagi merealisasikan hajat isteri Stewart kerana umur Rosli Dhobi belum pun mencecah 18 tahun. Adalah menjadi kesalahan dalam undang-undang British menghukum mati kepada pesalah bawah umur.

Biarpun begitu, pada 2 Mac 1950, Allahyarham Rosli Dhobi akhirnya dihukum gantung sampai mati. Ketika itu umur beliau belum pun mencecah 18 tahun. Antara sebab British ‘mempercepatkan’ proses hukuman ini adalah untuk menutup mulut serta menghapuskan saki baki pejuangan anti-British di Sarawak.

Jenazah Rosli Dhobi dan rakan-rakan disemadikan di pekarangan Penjara Kuching dengan tidak berbatu nisan. Namun, selepas merdeka, kerajaan Sarawak mengambil inisiatif membina batu nisan kepada pejuang-pejuang ini.

Pada tahun 1996, selepas beberapa desakan di kalangan saudara-mara Rosli Dhobi dan pejuang-pejuang yang lain, kubur mereka digali untuk pengebumian semula di kampung halaman masing-masing. Ia juga untuk memenuhi wasiat Rosli Dhobi yang ditulis kepada ibunya sehari sebelum dihukum gantung supaya jenazahnya dibalut dengan bendera Sarawak.

Miskipun Rosli Dhobi telah lama tiada, akan tetapi roh pejuangannya tetap abadi. Pejuangan Rosli Dhobi walaupun pada usia yang cukup mentah ternyata begitu mengagumkan. Al-fatihah kepada Allahyarham Rosli Dhobi. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan para Syuhada.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Syahidnya Rosli Dhobi pada 2 Mac 1950..”

  1. 0139221615 says :

    saya seorg guru sejarah..smgt patriotik sgt tggi..smgyt ini yg sy bw didlm klas spya plajar2 sy dpt mhayati erti sbenar pjuangan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: