Sedikit Fakta tentang Filem..


Oleh: takusahrisau

Perfileman dan seni persembahan memiliki sejarah yang cukup panjang.  Seni persembahan dipercayai bermula di Yunani dan berada di puncak kegemilangan sekitar 550 sebelum masihi sehingga 220 sebelum masihi. Pada zaman tersebut, seni persembahan adalah salah satu acara dalam festival untuk menyambut dan memuja dewa Dionysus. Festival ini penuh dengan ritual keagamaan paganisme dikenali sebagai festival Dionysia. Pelakon paling lama direkodkan adalah Thespis yang hidup 500 sebelum masihi. Beliau cukup popular pada zaman tersebut sehingga digelar Father of Tragedy. Acara ini bukan sahaja mendapat sambutan di Yunani tetapi turut menular ke tanah jajahan mereka. Ia kemudian berkembang dengan pesat seiring berkembangnya teknologi dan teknikal perfileman pada abad ke-20. Antara negara yang paling hebat perkembangnya adalah Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Negara-negara ini merintis kepada seni persembahan yang dapat kita lihat hari ini. Oleh yang demikian, di bawah adalah beberapa fakta berkisar kepada perfileman. 

 

  • Filem paling awal dibikin dan masih lagi dijaga dengan baik oleh arkib adalah filem Roundhay Garden Scene. Filem yang berdurasi hanya 2.11 saat diterbitkan pada tahun 1888 dalam bentuk silent. Ia diarahkan oleh Loius Le Prince di United Kingdom.

 

  • Filem The Great Train Robbery yang diterbitkan pada 1903 adalah filem pertama yang lengkap dengan jalan cerita. Lebih menarik, filem ini mendapat sambutan yang cukup memuaskan. Durasi filem ini adalah 12 minit namun sudah cukup panjang pada era tersebut.

 

  • Thomas Alva Edison bukan sahaja seorang pencipta yang prolifik tetapi juga seorang pencinta seni. Beliau banyak bertanggungjawab kepada perkembangan teknologi dan teknikal filem di Amerika. Studio produksi pertama di Amerika dibina oleh Thomas Alva Edison yang dikenali Black Maria pada 1893. Ia ditempatkan di West Orange, New Jersey. Di studio ini menempatkan sejenis alat yang dikenali Kinetoscopeciptaan Edison dan pekerjanya, William Dickson.

    Studio Black Maria

 

  • Era kegemilangan filem senyap(silent era) berakhir pada tahun 1929. Sepanjang tempoh tersebut, sudah banyak filem berjaya dihasilkan dan tidak kurang daripadanya mengaut keuntungan berlipat-ganda. Filem The Birth of a Nation yang diterbitkan pada 1915 mengaut keuntungan sehingga $50,000,000 berbanding bajetnya yang hanya $110,000. Filem ini diiktiraf sebagai filem silent paling menguntungkan sepanjang zaman.

 

  • Selepas berakhirnya era filem senyap, filem suara atau lebih dikenali sebagai “talkie” mula mengambil alih. Filem talkie pertama adalah The Jazz Singer yang diterbitkan pada 1927. Miskipun ada beberapa filem lain diterbitkan dengan dialog bersuara, namun filem The Jazz Singer merupakan filem panjang pertama yang menggunakan dialog bersuara. Pelakon lagenda, Al Jolson(26 Mei 1886 – 23 Oktober 1950) memainkan peranan sebagai teraju utama sebagai penyanyi berkulit hitam dengan mengecat keseluruhan mukanya dengan cat hitam.(Al Jolson adalah lelaki berkulit putih)

 

  • Skor Filem adalah bunyi asli yang sentiasa mengiringi perjalanan sesuatu filem. Ia memainkan peranan besar kepada mood filem yang ditayangkan. Skor Filem pertama yang diketahui digunakan untuk filem adalah filem yang dihasilkan oleh adik-beradik Lumiere pada 1895. Walaubagaimanapun, skor filem untuk filem The Assassination of the Duke of Guiseyang diterbitkan pada 1908 adalah skor filem paling terkenal.

    Satu adegan dalam filem Assassination of the Duke of Guise

 

  • Filem berkonsepkan sains fiksyen pertama dihasilkan adalah filem A Trip to the Moonyang diterbitkan pada tahun 1902. Filem ini dihasilkan oleh George Melies dan dibantu oleh abangnya, Gaston. Ketika ditayangkan, filem ini cukup popular dan menjadi inspirasi kepada filem sains fiksyen kemudian harinya.

    Satu adegan dalam filem A Trip to the Moon

 

  • Filem pertama yang menggunakan teknologi komputer bagi menghasilkan kesan kepada visual adalah filem Andromeda Strain yang ditayangkan pada tahun 1971. Efek yang dihasilkan untuk filem tersebut cukup menggagumkan pada era tersebut. Kerja keras ini diterjemahkan oleh tiga individu iaitu Douglas Trumbull, James Shourt, dan Albert Whitlock.

 

  • Filem pendek, The Hunger adalah filem komputer animasi pertama yang dicalonkan untuk Academy Award dalam kategori Filem Pendek Terbaik. Filem yang berdurasi 11 minit ini dihasilkan oleh National Film Board of Canada dan pengarahnya adalah Peter Foldes. Filem ini diterbit pada tahun 1974.

 

  • Filem pertama yang menggunakan teknik CGI dalam pembikinan filem adalah filem Futureworld yang diterbitkan pada 1976. Kerja keras untuk filem ini telah menerima habuan setimpal apabila dianugerahkan Anugerah Akademi Saintifik dan Kejuruteraan pada tahun 1994.

 

  • Filem pertama yang menggunakan teknik animasi komputer 3D adalah filem Star Wars pada 1977. Teknik 3D yang dipaparkan dalam filem ini cukup ringkas tetapi memadai untuk berada setapak daripada filem-filem lain yang diterbit sezaman dengannya. Teknik 3D dipapar melalui visual simulasi ‘Death Star Trench’ bagi membantu juruterbang pihak pemberontak untuk menghadapi peperangan sebenar kelak.

 

  • Filem pertama yang menggunakan karektor CGI adalah filem Young Sherlock Holmes. Ia diterbitkan pada 1985. Jurutera komputer daripada Pixar bertanggungjawab menterjemahkan karektor ini di filem.
Advertisements

Tags: , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: