Lukisan paling tua ditemui di Malaga, Sepanyol..berusia sekurang-kurangnya 42,000 tahun menurut saintis..


Oleh: takusahrisau

 

Saintis mempercayai bahawa hasil seni paling tua telah dijumpai di Gua Nerja di Costa del Sol, Malaga, Sepanyol. Enam lukisan telah dijumpai dipercayai hasil kerja ‘sepupu’ manusia yang telah pupus 30,000 tahun lampau, Neanderthal. Selepas pentarikhan karbon, lukisan tersebut dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 42,000 tahun.

Prof Jose Luis Sanchidrian daripada University of Cardoba menyifatkan penemuan ini adalah ‘letupan akademik’ disebabkan oleh penemuan-penemuan sebelum ini selalu dikaitkan dengan moyang manusia, Homo Sapien. Penemuan lukisan dan hasil seni paling tua sebelum ini dianggarkan berusia 32,000 tahun yang ditemui di Chauvet Cave di selatan Perancis.

 

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

2 responses to “Lukisan paling tua ditemui di Malaga, Sepanyol..berusia sekurang-kurangnya 42,000 tahun menurut saintis..”

  1. farahanani says :

    Neanderthel.. Homo Sapiens.. Teori Evolusi Darwin yang dangkal..

    Manusia mula dari Nabi Adam.. dan seterusnya…

    • takusahrisau says :

      Benar..penulis juga antara jutaan insan yang tidak menyokong teori dangkal Evolusi Darwin. Manusia bermula dengan Nabi Adam as sebagai bapa manusia. Namun, pembuktian bahawa adanya rangka berusia jutaan tahun mengaitkan adanya hidupan sebelum Adam as. Ini dapat bersandarkan dalil Surah al-Baqarah ayat 30 di mana malaikat cuba memberi bantahan terhadap penciptaan Adam yang disifatkan ‘bakal’ membuat kerosakan di muka bumi. Ingatlah bahawa tiada makhluk yang diberi kelebihan mengetahui masa hadapan kecuali Allah swt dan dengan izin Allah swt. Dengan itu, dialog Malaikat yang seakan-akan tahu bahawa bumi akan dirosakkan menimbulkan cetusan dalil bahawa terdapatnya makhluk ‘seakan-akan’ manusia sebelum Adam as.(Jin bagaimanapun diyakini sudahpun mendiami bumi sebelum Adam).-WaAllahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: