(Gambar) Suasana Iraq satu masa dahulu..


Oleh: takusahrisau

 

Iraq pernah muncul satu ketika dahulu sebagai kota metropolitan yang pesat dengan cendikiawan-cendikiawan dalam pelbagai bidang. Kota ini panjang sejarahnya. Bermula dengan Tamadun Mesopotamia yang mempelopori penciptaan roda, penulisan dan juga undang-undang perlembagaan sehingga jatuhnya kota masyhur ini ke tangan kolonis British pada abad ke-19.

Sehingga ke hari ini, kota Iraq masih lagi menyimpan tinggalan sejarahnya miskipun banyak sudah yang lenyap dan hilang akibat perang yang silih berganti.

Untuk tatapan semua, di bawah adalah gambar yang sempat dirakam pada abad ke-20 di sekitar Iraq.

 

Malwiya Tower: Seorang lelaki berdiri di atas tapak arkeologi yang berlatar belakangkan sebuah bangunan berbentuk kon. Sebenarnya, bangunan berbentuk kon tersebut adalah menara Masjid Besar Samarra. Menara yang dikenali sebagai Malwiya Tower mempunyai keunikan yang tersendiri kerana dibina berbentuk spiral. Ia dibina pada tahun 848 masihi dan siap sepenuhnya pada 852 masihi. Pada 1 April 2005, puncak Malwiya Tower telah musnah dalam satu kejadian letupan. Ia berikutan serangan daripada pihak pejuang Iraq terhadap tentera penceroboh NATO yang menggunakan puncak menara tersebut sebagai menara pemerhati.

 

 

Masjid Al-Askari: Kelihatan Masjid Al-Askari daripada kejauhan. Kini segala-gala tinggal kenangan apabila pada 22 Februari 2006, satu kejadian letupan telah menyebabkan kemusnahan teruk pada kubah Masjid Al-Askari. Pada 13 Jun 2007, dua menara masjid ini turut sama musnah. Kini, masjid ini telah ditutup untuk kunjungan orang ramai.

 

Suq al-Masgoof: Suasana klasik di Suq al-Masgoof. Suq al-Masgoof adalah pasar yang terletak di bandar Samawah dekat utara Iraq. Ia adalah pasar yang penuh dengan sejarah kerana dibina sejak zaman pemerintahan Byzantine. Pasar ini dipercayai pernah dikunjungi oleh ramai ulama, para wali dan tokoh-tokoh Islam samaada atas tujuan berniaga mahupun untuk berjual-beli.

 

Sungai Furat dan Sungai Tigris: Suasana nelayan di sebuah sungai di Iraq. Iraq adalah sebuah negara yang berada di atas ‘ tapak’ tamadun Mesopotamia. Mesopotamia sendiri bermaksud ‘tamadun di antara dua sungai’. Dua sungai yang dimaksudkan adalah Sungai Furat dan Sungai Tigris. Atas dasar ini, sungai amat mempengaruhi sejarah tamadun lampau di Iraq.

 

 

 

 

 

Aiwan Kisra: Komplek Aiwan Kisra terletak di bandar purba Ctesiphon. Aiwan Kisra adalah komplek istana dinasti Sasanid yang dibina oleh Khousrau I pada 540 masihi. Kemashyurannya sebagai bangunan yang besar dan megah merebak ke seluruh tamadun sekitarnya. Ia pernah menjadi bangunan paling besar pada eranya. Kemashyurannya berada di puncak semasa zaman kenabian Rasulullah saw. Dipercayai singahsana diraja Dinasti Sasanid berada di bawah kubah melengkung seperti yang dapat dilihat pada gambar klasik di bawah.

 

 

Kirkuk Citadel/Kubu Kirkuk: Kirkuk Citadel adalah kubu purba yang dibina sekitar 884 sebelum masihi oleh King Ashurnasirpal II bagi melindungi kotanya daripada serangan musuh. Di sekitar Kirkuk Citadel terdapat beberapa tinggalan sejarah. Antaranya adalah kubur Nabi Daniel as. Selain daripada itu, terdapat juga kubur tiga orang alim yang bernama Hananiah, Mishael dan Azariah. Mereka sezaman dengan Nabi Daniel as. Kononnya, ketiga-tiga mereka pernah dibakar di dalam relau besar oleh raja Babylon yang zalim, namun dengan kuasa Allah swt, mereka terselamat tanpa sedikit pun kecederaan. Panglima Islam yang terkenal dengan kebengisannya, Timurlane dipercayai pernah menjejakkan kaki di sekitar kubu purba ini.

 

 

 

 

Kassite Ziggurat: Kassite Ziggurat dibina pada abad ke-14 sebelum masihi oleh raja dinasti Kassite, Karigalzu. Ziggurat yang terletak di Aqal Quf, Iraq ini adalah destinasi popular masyarakat setempat dan pelancong daripada luar negara. Ziggurat ini berdiri setinggi 170 kaki di dataran tandus menyebabkan ia mudah dilihat dan dikunjungi. Kini, Kassite Ziggurat telah direnovasi dan diperelokkan namun masih lagi terjamin nilai estatika sejarahnya.

 

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

4 responses to “(Gambar) Suasana Iraq satu masa dahulu..”

  1. ✿ Cik AN ✿ says :

    ✿ Suka info yang disiarkan lebih2 lagi berkaitan tempat2 bersejarah. ✿

    • Ismail Bin Abu Othman says :

      Baru2 ni saya ada melawat Ziggurat di Nasiriyah Iraq. Saya sekali tempat ini kurang di jaga. Untuk masuk ke kawasan Ziggurat ini kita perlu bayar USD20. Tiket utk masuk boleh didapati di Bandar Nasiriyah. Sekira nya kita datang terus….polis yang menjaga tempat tersebut tidak membenar kan kemasukan kita….memang benar kota ini dari jauh sudah nampak….sekian. Ismail Nasiriyah Iraq 19.05.2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: