Sedikit Fakta tentang Titanic..


Oleh: takusahrisau

Pembinaan
– Dibina pada 31 March 1909 di Belfast, Ireland oleh Syarikat Harland & Wolff.
– Pembinaan Titanic mengambil masa kira-kira 3 tahun dengan kos $ 7.5 juta.
– Kira-kira 3000 orang buruh diambil berkerja untuk menyiapkan Titanic.
– Tangki kedap air berjumlah 16 buah dengan dilengkapi pintu keluli yang direka khas untuk menutup dalam masa 25 saat jika berlaku sebarang kemungkinan kebocoran sehingga menyebabkan air memasuki kapal.
– Hampir 3 juta rivet digunakan dalam pembinaan Titanic.


Bot Penyelamat
– Titanic telah dibekalkan dengan bot penyelamat yang hanya cukup untuk menampung separuh daripada bilangan maksimum penumpangnya.

-Bot penyelamat disediakan berdasarkan berat tan kapal Titanic bukan berdasarkan jumlah penumpang Titanic. Prosedur ini berdasarkan peraturan yang digariskan oleh pihak berkuasa pada masa itu.
-Separuh bot penyelamat Titanic yang diturunkan tidak penuh dengan penumpang.

– Beberapa bot penyelamat Titanic hanyut ke laut sebelum mereka menggunakannya. Beberapa yang lain pula terbalik ke dalam air.

 

Penumpang

– Seramai 2227 orang penumpang berada di atas kapal Titanic namun hanya 705 orang sahaja yang terselamat.
– Banyak diari mangsa Titanic dijumpai. Kebanyakannya telah menggambarkan keadaan berputus asa dan pasrah kepada Tuhan.

– Kematian Kapten Edward Smith merupakan topik perbahasan paling hangat. Ramai ragu-ragu bahawa Kapten Smith telah menjadi punca kepada kemalangan aisberg memandangkan pengalamannya selama 26 tahun perlayaran di Lautan Atlantik.

-Kapten Edward Smith digelar ‘Kapten Jutawan’ kerana pendapatannya yang lumayan serta berkawan rapat dengan ramai hartawan dan billionair pada zaman itu.
– Molly Brown adalah salah satu individu yang paling terkenal di Titanic. Beliau  yang merupakan isteri kepada jutawan lombong perak daripada Colorado adalah satu-satunya wanita yang bertungkus-lumus mengemudi bot penyelamat semasa tragedi Titanic.
– Salah satu cerita yang paling terkenal adalah mengenai kesetiaan pasangan Straus, yang terkenal sebagai antara pasangan terkaya menjadi penumpang Titanic. Apabila mengetahui suaminya tidak boleh menaiki bot penyelamat, Mrs. Straus memilih untuk tinggal bersama suaminya. Kedua-dua pasangan Straus maut dalam tragedi Titanic.

Kemalangan
– Titanic melanggar aisberg di lautan Atlantis berhampiran Newfoundland sejurus sebelum tengah malam 14 April 1912. Ia tenggelam sepenuhnya pada jam 2.20 pagi iaitu dua jam selepas berlakunya kemalangan tersebut.
– Impak daripada kemalangan tersebut menyebabkan badan kapal Titanic dan tangki kedap udara mula dimasuki air.
– Carpathia mendapat isyarat SOS daripada Titanic sejurus kemalangan tersebut. Namun, mereka terlalu jauh untuk menyelamatkan sebahagian besar daripada mereka. Carpathia sampai ke kawasan kemalangan apabila menjelang waktu pagi 15 April 1912.
– Kapal-kapal berhampiran seperti Carpathia dan Californian telah dilaporkan tentang kehadiran aisberg, begitu juga dengan Titanic. Akan tetapi Titanic terus bergerak pada kelajuan tinggi.
– Sebuah kumpulan kugiran tetap bermain muzik sehingga kapal tersebut tenggelam pada 2.20 pagi. Kesemua ahli kugiran tersebut bersemadi di dalam kapal Titanic.


 

Filem


– Filem Titanic telah dicalonkan untuk 14 anugerah Oscar dan memenangi 11 daripadanya. Ia menjadikan ia filem pertama untuk memenangi lebih daripada 10 anugerah.
– Pada tahun 1997, ia menjadi filem kutipan tertinggi sepanjang zaman. Kini, filem Titanic berada di kedudukan ke-6 di Amerika Utara.
– Tiada individu yang mempunyai nama yang sama seperti Leonardo DiCaprio (Jack Dawson) dan Kate Winslett (Rose DeWitt Bukater) di atas kapal.
– Miskipun watak Jack dan Rose adalah rekaan pengarah James Cameron namun watak sampingan lain seperti wanita kaya, Molly Brown yang bertungkus-lumus menyelamatkan mangsa-mangsa, kapten Titanic, Kapten Edward Smith, penumpang kelas pertama Titanic, John Jacob Astor, dan ketua kugiran, Wallace Hartley adalah watak sebenar yang mewarnai filem Titanic.

Bot ini membawa Molly Brown. Gambar ini diambil oleh krew kapal Carpathia.

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: