Fitnah-Fitnah terhadap Islam dan Nabi Muhammad saw pada Abad Pertengahan..


Oleh: takusahrisau

 

Muhammad bin Abdullah adalah nama yang tidak asing lagi dalam sejarah dunia. Baginda lahir pada 12 Rabiul Awwal bersamaan 26 April 570M. Baginda adalah pengasas ajaran Islam dan kini mempunyai penganut melebihi suku penduduk dunia.

Bagi seluruh umat Islam, baginda adalah seorang Rasul yang diutus oleh Allah swt kepada seluruh umat manusia. Kepada baginda, telah diturunkan sebuah kitab yang dihimpun daripada wahyu-wahyu yang diterimanya daripada Allah swt melalui perantaraan malaikat Jibrail as.

 

Dilantik Allah swt menjadi Rasul

Muhammad bin Abdullah dilantik Allah swt sebagai Rasul apabila umurnya mencecah 40 tahun. Sejak daripada dilantik menjadi pesuruh Allah sehingga meninggal dunia pada usia 63 tahun, baginda telah berjaya mengubah penduduk di sekitar tanah Arab menjadi sebuah bangsa yang bersatu dan menyembah kepada Tuhan yang satu. Sedangkan sebelum ini, bangsa Arab adalah penyembah berhala paling tegar sehinggakan di sekitar Kaabah berdirinya lebih 300 berhala untuk disembah.

Adalah menjadi satu keajaiban memandangkan tempoh selama 23 tahun adalah teramat singkat bagi sesetengah individu untuk mengubah sebuah masyarakat yang kasar perwatakannya kepada sebuah masyarakat yang bertamadun dan membangun.

 

Didengki dan dicemburui

Namun, keunggulan dan kewibawaan yang dimiliki oleh junjungan besar kita ini dicemburu dan dimusuhi oleh banyak pihak terutama daripada kalangan puak fanatik Kristian dan Yahudi.

Telah diriwayatkan oleh Ibn Ishaq dan Ibn Kathir menceritakan bagaimana Rasulullah saw telah diracun oleh seorang wanita Yahudi selepas Perang Khaibar. Kejadian itu menyaksikan Jibrail datang memberi wahyu kepada Rasulullah saw supaya tidak memakan daging yang diracun tersebut. Walaubagaimanapun, Rasulullah saw diriwayatkan telah memakan sedikit makanan tersebut dan dipercayai mengakibatkan Rasulullah saw menderitainya sehingga menemui kekasihnya pada usia 63 tahun.

 

Kedengkian dan kecemburuan Kristian dan Yahudi berterusan

Zaman pertengahan dan beberapa abad sebelumnya adalah zaman bermulanya kepada penyebaran fitnah dan cerita-cerita bohong berkenaan kisah kehidupan Rasulullah saw. Ia berkemungkinan kerana desakan dan tekanan yang diterima oleh puak Kristian dan Yahudi memandangkan pada abad itu Islam telah pun berada di zaman keemasan dan kemuncak perabadan.

Sebaliknya, penganut Kristian dan Yahudi kebanyakkan berada di bawah Daulah Islamiyyah terutama kepada mereka yang menetap di wilayah Arab, Hijaz, Afrika Utara dan Semenanjung Ibiza(Sepanyol).

 

Kristian dan Yahudi berusaha menjatuhkan Islam

Tersebarnya fitnah ini menceritakan bagaimana mereka terdesak untuk mencemari peribadi mulia Rasulullah saw seterusnya merosakkan ajaran Islam. Walaubagaimana usaha mereka tidak pernah berjaya kerana ditangkis dan dibidas oleh ulama-ulama Islam pada awal zaman pertengahan.

Antara ulama-ulama yang berusaha menangkis dan membidas fitnah yang disebarkan oleh puak Yahudi dan Kristian adalah Abu Yazid al-Bustami(804-874), Imam Al-Ghazali(1058–1111) dan ramai lagi. Imam Al-Ghazali misalnya adalah tokoh perintis dalam penolakan kepada unsur-unsur falsafah Yunani daripada meracuni kesucian ajaran Islam. Penolakan ini adalah respon Imam Al-Ghazali selepas tersebarnya mazhab sesat seperti mazhab Muktazillah yang dianuti oleh ramai ahli falsafah dan saintis Islam pada zaman kemuncak perabadan Islam.

 

Dakwaan Karut pada awal Zaman Pertengahan

Jika sudah benci, mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi merealisasikan impian mereka. Seperti yang ditekan sebelum ini, kesucian Islam telah lama cuba dirosakkan. Jika Islam itu sendiri tidak mampu dihapuskan, musuh Islam mengharapkan kepercayaan umat Islam terhadap akidah Islam akan longgar dan rapuh. Musuh Islam cuba mencipta fitnah berkisarkan kisah kehidupan Rasulullah saw, para sahabat dan kaum keluarga baginda. Bahkan, asal usul ajaran Islam telah dikaitkan dengan paganisme Arab. Lontaran fitnah mereka bergitu hebat sehingga mampu mengganggu keimanan umat Islam pada zaman tersebut.

Di bawah adalah beberapa cerita, kisah dan penulisan yang berniat untuk merosakkan Islam dan keperibadian Rasulullah saw. Semoga Allah swt membalas dakwaan mereka dengan azab yang pedih.

 

:::: Dante Alighieri(1265-1321), laknatullahualahi menggambarkan bagaimana Nabi Muhammad saw dalam sajak masyhurnya, Divine Comedy terpotong dua badannya dan perutnya digantung. Nabi Muhammad saw digambarkan oleh Dante berada di neraka(Inferno) tingkat keenam bersama-sama dengan Saidina Ali bin Abi Talib, Maharaja Frederick II(1194-1250) dan Pope Anastasius II(496 – 498). Saidina Ali digambarkan oleh Dante sebagai seorang yang menangis di hadapan Nabi Muhammad saw. (Rujuk Inferno XXVIII, 31–3).

Dante Alighieri

 

 

::::  John of Damascus(645-749), laknatulllahualaihi mendakwa Nabi Muhammad saw adalah seorang ‘Nabi palsu’ sebagaimana seorang paderi Kristian pada abad ke-4, Arius yang pernah menolak ketuhanan Nabi Isa as(Jesus Christ).

John of Damascus pernah berkerja dengan kerajaan Islam Dinasti Uthmaniyyah bersama-sama bapanya, Sarjun bin Mansur sebagai setiausaha sebelum khalifah Al-Walid melakukan pengislamisasi dalam kerajaan Uthmaniyyah. John of Damascus yang juga dikenali Yuhanna al-Demsyeqi telah berkelana ke Palestin dan mendalami ilmu Kristian di samping ilmu Islam bagi menfitnah dan mencemari kesucian Islam.

Jasa John of Damascus dikenang apabila mazhab Katholik menganugerahkan beliau dengan gelaran Doctor of the Church. Dakwaan dan fitnah yang dilemparkan oleh John of Damascus telah digunakan oleh para orientalis pada abad ke-19 bagi mencapai impian mereka untuk memecah-belahkan umat Islam.

 

John of Damascus

 

::::        Peter the Venerable(1092-1156), laknatulllahualaihi mendakwa ajaran Islam dalam tulisannya Summa Totius Heresis Saracenorum(Ringkasan Seluruh Bida’ah Orang Arab) sebagai adunan daripada ajaran Kristian yang menyeleweng. Lebih menyakitkan hati apabila Peter the Venerable tanpa bukti yang benar-benar kukuh menyatakan ajaran Islam menghampiri ajaran paganisme orang-orang Arab.

Peter the Venerable adalah seorang paderi yang bertanggungjawab menyalin teks Arab termasuklah Al-Quran ke dalam bahasa Latin. Beliau sanggup merantau sejauh ke Andalusia(kini Sepanyol) daripada tanah airnya, Perancis pada 1142 bagi merealisasikan impian jahat beliau. Aktiviti penyalinan Al-Quran ke dalam bahasa Latin siap sepenuhnya pada 1143 dan menjadi detik pertama bagi orang bukan Islam untuk mendalami ajaran Islam samaada bagi tujuan mencemari ajaran Islam atau untuk memeluk ajaran suci ini.

 

::::        Bede(673-735), laknatullahualahi mendakwa bahawa Nabi Muhammad saw pernah diberitakan akan lahir di dalam kitab Bible. Menurut paderi yang berasal daripada England itu, ayat Bible adalah daripada ayat dalam Genesis 16:12 yang bermaksud,

“Dan beliau akan menjadi lelaki liar; tangannya akan menentang setiap orang, dan setiap orang akan menentangnya; dan dia akan kekal di dalam kehadiran semua saudara-saudaranya.”

Ayat di atas yang sebenarnya menceritakan perihal Nabi Ismail as yang kononnya akan menjadi liar selepas Nabi Ibrahim as meninggalkannya di padang pasir bersama-sama ibunya, Siti Hajar. Walaubagaimanapun, Bede menafsirkannya sebagai Nabi Muhammad saw. Intepretasi yang salah dan berniat mencemari peribadi Nabi Muhammad saw oleh Bede kemungkinan besar adalah disebabkan oleh kebimbangan beliau melihat kebangkitan Islam yang mula sampai ke Eropah, Afrika Utara dan Asia pada zaman itu.

 

Bede

 

::::        Ramai cendiakiawan Kristian abad pertengahan mendakwa Islam adalah ‘kerja’ Nabi Muhammad saw yang diinspirasikan oleh Iblis. Nabi Muhammad difitnah daripada segenap penjuru sehinggakan tarikh lahir Nabi Muhammad saw diubah kepada 666 masihi daripada 632 masihi bagi menonjolkan Nabi Muhammad saw adalah Dajjal atau anti-Christ. Menariknya, Nabi Muhammad saw tidak pernah memusuhi Nabi Isa as bahkan mencintai nabi yang dilahirkan tanpa bapa tersebut. Perihal Dajjal pula, junjungan besar kita kerap kali nyatakan dalam hadis dan sabdanya tentang bahaya dan fitnah Dajjal. Namun, cendiakiawan Kristian abad pertengahan tidak pernah pula menulis tentang perkara ini.

 

::::        Peter Pascual(mati 1229), laknatullahualahi telah menyiapkan biografi Nabi Muhammad saw sekitar abad ke-13. Namun, biografi tersebut benar-benar mengelirukan dan bertujuan untuk mencemari keperibadian mulia Nabi Muhammad saw. Dalam biografi tulisan Peter Pascual ini, Nabi Muhammad saw dikritik kerana gemar berkahwin. Perkahwinan baginda dengan Siti Khadijah Khuwailid juga dikritik kerana bersiat materialistik memandang Siti Khadijah Khuwailid adalah seorang janda kaya. Kematian Nabi Muhammad saw sebagaimana manusia biasa juga menimbulkan perdebatan dalam buku karangan paderi yang berasal daripada Valencia,Sepanyol ini. Peter Pascual menyifatkan sebagai nabi yang agung sepatutnya Nabi Muhammad ‘meninggal dunia’ sebagaimana meninggal dunia Nabi Isa as.

 

::::        Song of Roland adalah sajak yang dipercayai dikarang sekitar tahun 1140 sehingga 1115. Sajak ini dinobatkan sebagai sastera Perancis yang tertua yang masih tersimpan sehingga ke hari ini. Keseluruhan sajak ini menceritakan kepahlawanan perajurit-perajurit Kristian dalam peperangan dengan kerajaan Islam Andalusia. Beberapa baris sajak ini menceritakan bagaimana umat Islam dikatakan menyembah Mahom dan Mahumet sebagai tuhan. Mahom dan Mahumet adalah nama Nabi Muhammad saw yang telah ‘dilatinkan’. Lebih teruk apabila sajak ini turut menggambarkan umat Islam turut menyembah dewa Apollo dan Lucifer sebagai tuhan mereka. Sajak yang mengelirukan ini turut mefitnah umat Islam dengan mengatakan dewa Termagant sebagai ketua bagi segala dewa.

 

::::        Sa’d ibnu Mansur Al-Kammuna(mati 1284), laknatullahualahi , dalam bukunya, Examination of Three Faiths secara terbuka telah mencabar keaslian Islam di mana beliau memberi alasan bahawa ketidakserasian undang-undang syariah(hudud dan qisas) dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia melemahkan dakwaan Muhammad sebagai seorang insan kamil(manusia sempurna) sepertimana yang dicanangkan oleh ulama-ulama Islam sezaman dengannya.

Secara sinis, Al-Kammuna yang juga seorang Yahudi menyatakan bahawa ramai yang memeluk Islam adalah kerana ingin mengelakkan cukai yang tinggi, tekanan oleh kerajaan Islam, dan disebabkan oleh perkahwinan dengan wanita muslim. Tulisan dan kritikan pedas Al-Kammuna menyebabkan beliau diburu oleh umat Islam sehingga menyebabkan beliau terpaksa keluar daripada bandar Baghdad dan hidup merantau sehingga menemui ajalnya pada 1284.

 

::::        Ibnu Al-Rawandi(827-911), laknatullahualahi, dalam bukunya, Kitab al-Zumurrud mengkritik ibadah-ibadah utama yang disyariatkan oleh ajaran Islam seperti ibadah haji, melontar batu di Jamrah, sembahyang lima waktu. Ibnu Al-Rawandi adalah seorang Islam bermazhab Muktazillah namun murtad menjadi seorang Ateism dan free thinker. Beliau menggunakan ‘kefahaman’ Islamnya untuk mengkritik tanpa unsur periksa dan secara membabi buta. Ibnu Al-Rawandi mempunyai beberapa buku namun dipercayai telah dihapuskan oleh umat Islam sezaman dengannya yang sememangnya tidak senang dengan penulisannya.

Ibnu Al-Rawandi

 

 

Musuh Islam Abad ke-21

Sikap musuh Islam yang dengki dan sentiasa ingin melihat Islam hancur berterusan sehingga kini. Pada era kini, muncul beberapa musuh Islam yang mengukir namanya melalui karya dan novel yang menghina ajaran Rasulullah saw. Antaranya adalah Salman Rushdie yang menulis novel Satanic Verse. Novel kontroversi ini menceritakan bagaimana seorang individu bernama Mahound(Muhammad) menerima wahyu daripada Iblis yang disifatkan adalah wahyu daripada Tuhan. Segala plot dalam novel ini diinspirasikan daripada perjalanan hidup Nabi Muhammad saw.

Salman Rushdie

 

Tidak cukup dengan itu, umat Islam juga terhina dengan filem pendek yang dihasilkan oleh Geert Wilders yang diberi tajuk ‘Fitna’. Filem yang berdurasi 17 minit ini memetik beberapa surah dalam Al-Quran untuk mengkritik ajaran Islam yang disifatkan anti-wanita, anti-samitik, anti-homoseksual dan pro-teroris. Filem ini dipercayai mula tersebar di internet sekitar pertengahan tahun 1998.

Musuh-musuh Islam sentiasa mempunyai perancangan dan agenda baru untuk menghina ajaran Islam dan Rasulullah saw. Pada 30 September 2005, akhbar daripada Denmark, Jyllands-Posten telah menerbitkan 12 karikatur yang menggambarkan wajah Nabi Muhammad saw. Antara kartun paling menghina yang menggambarkan Rasulullah saw adalah kartun yang menggambarkan Rasulullah saw memakai serban bebentuk bom. Berikutan daripada penerbitan tersebut, seluruh umat Islam telah bangkit membantah dan melakukan rusuhan di depan kedutaan Denmark di negara masing-masing. Kedutaan Pakistan misalnya, telah pun dibom dan diletupkan. Begitu juga yang berlaku di kedutaan Denmark di Iran, Syria dan Lebanon.

 

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, apakah kamu memandang kami salah, hanya lantaran kami beriman kepada Allah, kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan sebelumnya, sedang kebanyakan di antara kamu benar-benar orang-orang yang fasik ?

Surah al-Maidah ayat 59

Advertisements

Tags: , , , , , , , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: