(Gambar) Anjing yang setia..menemani kubur mendiang tuannya setiap hari..


Oleh: takusahrisau

Seekor anjing telah menyentuh setiap hati yang melihat gelagatnya yang enggan meninggalkan kubur mendiang tuannya yang meninggal dunia. Tuan kepada anjing tersebut, Loa Pan telah meninggal dunia pada usia 68 awal bulan ini(November 2011). Mendiang Loa Pan yang tinggal di pekan kecil Panjiatun hidup sebatang kara dan hanya bertemankan anjing berwarna kuning pudar beliau yang setia.

Seakan pernah bersumpah dengan tuannya untuk setia menemani sehingga ke liang lahad, anjing kecil ini enggan makan dan minum bahkan sanggup berhujan panas di sisi kubur mendiang tuannya.

Menurut seorang penduduk tempatan, anjing ini sudah seminggu tidak makan dan minum. Beliau dan beberapa yang lain membawa makanan dan air kerana kasihan melihat sifatnya yang setia. Mereka juga bercadang untuk membina kandang kecil bagi memudahkannya berteduh daripada hujan dan panas.

Seorang lagi penduduk tempatan menceritakan bagaimana beliau mengambilnya sebagai anjing angkat namun tidak beberapa lama kemudian anjing tersebut melarikan diri ke sisi kubur mendiang tuannya.

Episod kesetiaan anjing dan manusia benar-benar mengundang duka dan air mata kepada yang melihatnya. Sejarah merakamkan bagaimana seekor anjing yang diberi nama Greyfriars Bobby setia menemani kubur tuannya, John Gray selama 14 tahun. Anjing yang menjadi inspirasi kepada banyak penerbit drama dan filem ini meninggal dunia pada 14 Januari 1872.

Menyedari anjing tersebut sudah seminggu tidak menyentuh makanan, masyarakat setempat membawa makanan untuk anjing tersebut.

Menurut kajian, anjing mempunyai naluri ‘kemanusiaan’ cukup kuat terutama kepada mereka yang menyayanginya.

Sejak zaman berzaman, anjing adalah haiwan paling rapat dengan manusia.

 

 

Advertisements

Tags: , , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: