(Gambar) Foto Winston Churchill ketika kecil..


Oleh: takusahrisau

 

Foto-foto bekas perdana menteri Britain tahun 1940-an, Winston Churchill di bawah tidak pernah didedahkan sebelum ini. Foto ini memberi beberapa pernyataan yang menarik kerana sejarah kehidupan Churchill setakat ini masih menjadi sebahagian misteri yang tidak didedahkan.

Ketika berusia tujuh tahun

Churchill telah menunjukkan beliau mesra dan konfiden berhadapan dengan kamera. Ia tidak menghairankan kerana Churchill dilahirkan dalam keluarga yang agak berada yang mana bapanya adalah Lord Randolph Churchill, Chancellor of the Exchequer manakala ibunya adalah Jennie Jerome, wanita berada daripada Amerika Syarikat.

Ketika berusia tujuh tahun

 

Ketika berusia 18 tahun

Foto ini dirakam bersama-sama dengan adik kandungnya, John Strange Spencer-Churchill atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Jack’. Jack ketika itu berusia dalam lingkungan 12 tahun. Foto ini dirakam di rumah emak saudaranya, Aunt Cornelia di Canford Magna dekat Bournemouth. Yang menariknya berkenaan foto ini adalah tiga hari selepas ia dirakam, Winston Churchill telah koma selama tiga hari setelah jatuh daripada sebuah jambatan yang berketinggian 25 kaki. Winston dikhabarkan terjatuh akibat tergelincir semasa bermain bersama-sama adiknya, Jack dan seorang sepupu rapatnya. Winston hampir meninggal dunia disebabkan kecederaannya itu.

Winston dan Jack.

Jack dalam autobiografi Winston Churchill, My Early Life yang diterbitkan pada 1930 langsung tidak dinyatakan dengan tepat namanya. Namun ramai pakar sejarah dan saudara terdekat Churchill menyatakan pernyataan ‘the other boy’ merujuk kepada adiknya sendiri, Jack. Apakah niat Churchill sehingga tidak sanggup menyatakan dengan tepat nama adiknya, Jack?

Teori ini berkait rapat dengan status keluarga Winston Churchill yang kaya-raya tetapi kacau-bilau. Ramai pengkaji menyatakan ia berhubung dengan sifat cemburu yang bersemi daripada kecil sehingga membiak apabila dewasa kerana melihat adiknya, Jack cemerlang dalam bidang pelajaran dan apa sahaja yang diceburinya, kecuali politik. Ia berlaku sebaliknya kepada Winston kerana beliau dikenali sebagai seorang yang lemah dalam akademik sehingga memaksa bapanya menyuruhnya menyambung pelajaran di sekolah swasta.

Jack apabila mencecah dewasa menjadi seorang pegawai Bank dan meninggal dunia pada usia muda iaitu sekitar 33 tahun pada 1947. Dipercayai Jack meninggal dunia akibat jangkitan kuman Syphilis sepertimana yang terjadi kepada bapanya, Lord Randolph Churchill.

 

Kini giliran Winston(kanan) pula duduk manakala Jack(kiri) berdiri.

 

 

Ibu, Lady Randolph Churchill

Turut dirakam adalah ibu mereka, Lady Randolph Churchill atau Jeanne Jerome. Jeanne adalah wanita berada kelahiran Amerika Syarikat. Jeanne lahir pada 9 Januari 1854 dan meninggal dunia pada  9 Jun 1921. Kehidupan Jeanne diselubungi skandal dan kontroversi. Jeanne dikatakan mempunyai beberapa orang skandal sepanjang perkahwinannya dengan Lord Randolph Churchill, seperti Karl Kinsky, King Edward VII of the United Kingdom dan King Milan I of Serbia.

Jeanne juga dikatakan melahirkan Winston Churchill di luar pernikahan. Winston lahir selepas lapan bulan pernikahannya dengan Lord Randolph Churchill. Lebih teruk daripada itu, ramai mengatakan Winston bukanlah daripada benih Lord Randolph Churchill sendiri. Perkara ini juga terpalit kepada adiknya, Jack apabila ramai mendakwa ia adalah hasil benih ‘kekasih-kekasih gelap’  Jeanne.

Lady Randolph Churchill

 

Selepas kematian Lord Randolph Churchill pada tahun 1895 ketika berusia 45 tahun, Jeanne menikah sebanyak dua kali lagi iaitu dengan George Cornwallis-West pada tahun 1900 kemudian bercerai pada tahun 1914, kemudian dengan Montague Phippen Porch pada tahun 1918. Perkahwinan dengan Porch berakhir sehingga Jeanne menghembuskan nafas terakhir pada 9 Jun 1921 pada usia 65 tahun.

Menarik daripada kedua-dua perkahwinan Jeanne adalah kedua-dua lelaki itu adalah lelaki yang jauh lebih muda daripada Jeanne. George Cornwallis-West misalnya, lahir pada 1877 iaitu sama tahun dengan anak lelakinya, Winston Churchill manakala Montague Phippen Porch muda tiga tahun daripada Winston Churchill.
 

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: