Mogok Penyokong Terengganu..


Oleh: takusahrisau

 

Bermula dengan harga tiket dengan harga ‘nebeng’ oleh FAM yang dipercayai hasil ‘kerjasama’ Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu(PBSNT) dan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan(PBNS) sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan peminat bolasepak tanah air. Kini, situasi kelam kabut sekali lagi melanda sukan bolasepak apabila  ratusan penyokong tegar skuad Peteh berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Ahmad Said agar Presiden PBSNT, Datuk Che Mat Jusoh meletak jawatan.

Datuk Che Mat Jusoh

 

Ia berkaitan dengan ura-ura mengatakan Datuk Che Mat Jusoh merupakan punca kepada peletakan jawatan secara sukarela oleh jurulatih kesayangan skuad Peteh, Haji Irfan Bakti Abdul Salim. Datuk Che Mat Jusoh menjadi bahan kemarahan peminat bolasepak Terengganu kerana menggunakan kuasanya sebagai presiden untuk memecat dan membuang sesiapa yang tidak berkenan di matanya.

Buktinya cukup jelas apabila Presiden musuh tradisi Terengganu iaitu Kelantan, Tan Seri Annuar Musa dengan cukup ‘sempoi’ menulis kata-kata sindiran dalam akaun Facebook miliknya berkenaan konflik dalaman yang mula merebak dalam isi perut PBSNT. Antara kata-katanya yang boleh diagak sebagai membidas sikap Datuk Che Mat Jusoh:

Berita terbaru daripada Pantai Timur..akibat gangguan misteri bapa penyu  meninggalkan anak anak dan telor di pantai sementara mencari tapak lebih selesa di daratan. Bergitulah biasanya apabila pemegang pajakan kawasan peneluran penyu tidak menjaga bapa penyu dengan baik.

Sekali imbas pun dah dapat mengagak bahawa sindiran sememangnya dituju khas oleh TSAM kepada konflik yang melanda PBNST. Yela, takkan TSAM tiba-tiba keluarkan komentar pasai penyu sedangkan TSAM tidak pernah pula diketahui bela walau seekor pun penyu.

Sebenarnya, apa yang menambah keyakinan Die Hard Fan skuad Peteh adalah berkenaan komen janggal daripada bekas pengurus Terengganu sendiri, Haji Irfan Bakti Abdul Salim. Antara kata-katanya yang paling diingati adalah tentang gangguan motivasi yang melanda pemainnya beberapa hari sebelum perlawanan akhir berlangsung. Ramai mempercayai bahawa ia adalah pergaduhan Haji Irfan Bakti sendiri dengan Presiden kontroversi, Datuk Che Mat Jusoh.

Lihat pada minit 1.11

 

Bergitu kecewa rasanya apabila melihat jurulatih yang paling hebat pernah melatih skuad Terengganu tiba-tiba membuat keputusan meninggalkan kita. Irfan Bakti sebenarnya bergitu berjasa kepada Terengganu apabila beliau bijak menerapkan corak permainan yang laju dengan serangan yang pantas. Beliau juga tidak pernah memberi muka kepada setiap pemain-pemainnya. Tiada sikap pilih kasih dalam dirinya.

Kita boleh melihat sendiri bagaimana Ismail Faruqi yang sering menjadi kesebelasan utama selama ini terpaksa memanaskan bangku simpanan kerana dilihat tidak memberi tumpuan kepada permainannya. Bergitu juga Helmi Remeli apabila terpaksa membenarkan Maslizam merampas posisinya kerana kurang berkeyakinan dan mudah hilang tumpuan.

Kepada Irfan Bakti, Jasamu dikenang. Jika anda hebat, jujur dan komited, peminat dan penyokong sentiasa mendokongmu.

 

Foto-foto bantahan penyokong Penyu terhadap Datuk Che Mat Jusoh

Kepada Che Mat, kalau nak berpolitik sangat, pergi bertanding PRU13 nanti yer..

 

 

 

 

Lihatlah video ini:

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: