Kata-kata Terakhir mereka yang Terkenal..


Oleh: takusahrisau

 

Bagi orang Islam, tiada yang lebih baik daripada ucapan Innalilah wa Innalilahirajiun” yang membawa maksud “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Rasulullah saw bersabda, “bahawa sebaik-baik sikap pada waktu meninggal adalah ingat kepada Allah dengan mengucapkan lailaha ilallah.”

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda, “Sebaik-baik sikap pada waktu meninggal adalah ingat kepada allah dengan mengucapkan lailaha ilallah.

Salah seorang sahabat Rasulullah saw, iaitu Umar bin Khatab pernah berkata, “Ucapkanlah kepada mereka yang sedang dalam sakratulmaut itu lailaha illah. Mereka itu melihat apa-apa yang tidak terlihat olehmu”.

Oleh yang demikian, kita sebagai orang yang masih hidup apabila kita melihat orang yang sedang berjuang dalam sakratulmaut, maka bantulah mereka dengan membisikkan berulang-ulang kalimat lailaha ilallah sebagaimana petunjuk yang diberikan Rasulullah saw:

“Talkinkan olehmu orang yang sedang dalam sakratulmaut itu, dengan mengucapkan lailaha ilallah. Orang yang mengakhiri perkataannya itu dengan kalimat syahadah, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga”.

Walaubagaimanapun, ini adalah kalimah terakhir yang dilucapkan oleh orang mukmin yang beriman, jadi bagaimana pula kalimah-kalimah terakhir yang diucapkan oleh orang kafir yang tidak pernah mengenal Allah apabila berhadapan dengan sakaratulmaut?

Oleh yang demikian, kali ini penulis akan rangkumkan beberapa kata-kata terakhir selebriti terkenal bukan Islam semasa menghadapi malaikat maut. Moga-moga kita peroleh ikhtibar.

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

1.            Nostadamus

Seorang peramal terkenal daripada Perancis yang hidup pada abad ke-16. Ramalannya dikaitkan dengan kebangkitan Hitler semasa Perang Dunia Kedua, Runtuhnya WTC semasa kejadian 11 September dan Kebakaran besar di London pada 1666. Nostradamus meninggal dunia pada 2 Julai 1566. 

Kata-kata terakhir: “Esok, saya kemungkinan tidak lama di sini”

Nostradamus

 

2.            Voltaire

Seorang tokoh Kesedaran(Englightment) daripada Perancis pada abad ke-18. Beliau adalah tokoh terawal yang mengkritik gereja dan menganjurkan satu dasar yang dikenali hari ini sebagai dasar sekularisme. Voltaire meninggal dunia pada 30 Mei 1778 pada usia 83 tahun.

 Kata-kata terakhir: “Sekarang, sekarang, lelaki baikku, sekarang bukan waktu untuk membuat musuh”

(kata-kata Voltaire adalah tindakbalas spontannya terhadap paderi yang menyuruhnya membersihkan diri daripada syaitan. Dipercayai bahawa Voltaire adalah pengkritik paling tegar terhadap gereja dan seorang Freemason yang Deist*.)

Voltaire

 *Deist adalah kepercayaan bahawa dengan ilmu pengetahuan mereka boleh menyatakan kewujudan tuhan. Deist berbeza dengan Ateism yang langsung tidak mempercayai kewujudan walau dengan apa cara sekalipun. Deist menjadi anutan ramai pemikir-pemikir pada abad pertengahan.

 

3.            Aleister Crowley

Seorang tokoh ajaran sesat yang hidup pada abad ke-19. Crowley juga mengasaskan sebuah falsafah rohaniah yang dikenali Thelema. Beliau adalah tokoh ajaran sesat paling terkenal yang pernah dilahirkan di dunia. BBC pernah meletakkan beliau di tangga 73 sebagai lelaki Britain paling berpengaruh sepanjang zaman. Crowley meninggal dunia pada 1 Disember 1947.

Kata-kata terakhir: Aku bingung. Syaitan,Pergi..!

Alster Crowley

 Pembaca mungkin meminati Osama adalah agen CIA paling berjaya dalam sejarah CIA!

 

4.         Joan Crawford

Seorang aktres Hollywood yang aktif pada dekad 1920-an sehingga 1970-an. Pada satu ketika Crawford pernah memegang status aktres paling tinggi bayaran di Hollywood. Crawford meninggal dunia pada 10 Mei 1977.

Kata-kata terakhir: “Celaka..Jangan kamu berani minta Tuhan untuk menolongku!”

(Ia adalah kata-kata yang terbit daripada mulut Crawford apabila mendengar salah seorang pembantu rumahnya berdoa dengan kuat.)

Joan Crawford

 

5.         J. M. Barrie

Seorang penulis dan pelakon drama daripada Scotland. Barrie dikenali sebagai pencipta watak kartun popular, Peter Pan. Barrie meninggal dunia pada 19 Jun 1937 akibat penyakit radang paru-paru.

Kata-kata terakhir: “Saya tidak boleh tidur”

 

J. M. Barrie

 

Pembaca mungkin juga meminati Konspirasi HAARP untuk memusnahkan tamadun dunia? 

 

6.         Queen Marie Antoinette

Seorang permaisuri kepada King Louis XVI pada zaman Revolusi Perancis. Bersama-sama suaminya, mereka menjadi mangsa pemberontakan rakyat terhadap sistem monarki yang korupsi dan kuku besi. Antoinette mati di bawah pisau Gallotine 16 Oktober 1793

Kata-kata terakhir: “Maafkan aku, cik. Aku tidak boleh lakukan ini dengan kerelaan”

(Ia adalah kata-kata pujuk rayu Antoinette apabila sedang dibawa ke bawah pisau Gallotine).

 

Marie Antoinette

 

7.         William Wallace

Seorang tokoh dan pahlawan lagenda Scotland pada abad pertengahan. Wallace dikenang kerana keberaniannya bangkit menentang penjajahan Britain ke atas tanah airnya, England. Beliau meninggal dunia pada 23 Ogos 1305 di tali gantung selepas berjaya ditangkap oleh tentera England.

Kata-kata terakhir: “Merdeka!”

(Jerit William Wallace sebelum beliau diseksa, dikeluar isi perut, dikerat badannya dan digantung di hadapan orang ramai)

William Wallace

 

8.         Pablo Piccaso

Pelukis terkenal yang berasal daripada Sepanyol. Picasso dikenali sebagai pelukis yang memperkenalkan stroke kubik bersama-sama rakannya, Georges Braque. Picasso meninggal dunia pada 8 April 1973 pada usia 91 tahun.

Kata-kata terakhir: “Minumlah untuk aku, minum untuk kesihatan aku. Kamu tahu bahawa aku tidak boleh minum lagi”

(Picasso kemudian meninggal dunia setelah mengucapkan kata-kata di atas. Pada waktu ini Picasso sedang menghidangkan minuman kepada tetamunya)

Pablo Picasso

 

9.         Karl Marx

Tokoh falsafah dan pengasas kepada ideologi komunis dan Sosialis. Karl Marx adalah pengarang buku falsafah politik terkenal, Das Kapital. Karl Marx meninggal dunia pada 14 March 1883 di usia 64 tahun.

Kata-kata terakhir: “Datanglah,Pergilah. Kata-kata terakhir adalah untuk orang bodoh yang tidak boleh bercakap banyak”

Karl Marx

 

Pembaca mungkin meminati (Video) UFO muncul di Catalan, Sepanyol..

 

10.       George Washington

Seorang tokoh dan presiden pertama Amerika Syarikat. Beliau adalah watak utama yang menumpaskan penjajahan Britain ke atas tanah Amerika Syarikat dalam Perang Revolusi Amerika. George Washington meninggal dunia pada 14 Disember 1799.

Kata-kata terakhir: “Ia dalam keadaan baik,aku kesakitan tetapi aku tidak takut untuk pergi”

George Washington

 

11.       Franklin Delano Roosevelt

Presiden ke-32 Amerika Syarikat. Roosevelt adalah tokoh utama dalam pakatan Berikat di samping Stalin dan Churchill semasa Perang Dunia Kedua. Roosevelt meninggal dunia beberapa bulan sebelum Perang Dunia dimenangi oleh Pakatan Berikat secara rasmi. Roosevelt meninggal dunia pada 12 April 1945.

Kata-kata terakhir: “Aku mengalami sakit kepala yang teruk”

Franklin Delano Rossevelt

 

12.       George Best

Pemain bolasepak kelab Manchester United pada era 60 dan 70-an. Best juga mewakili negaranya, Ireland sebanyak 37 cap. Best meninggal dunia pada 25 November 2005 akibat jangkitan pada paru-paru dan pelbagai organ tidak berfungsi.

Kata-kata terakhir:Jangan mati sepertimana aku mati”

(George Best menasihati supaya jangan mengikuti jejaknya yang menjadi tahi judi dan arak akibat kelalaiannya semasa menjadi selebriti bolasepak)

George Best

 

13.       Pope John Paul II

Pemimpin Katholik yang memegang kerusi Pope daripada tahun 1978 sehingga 2005. Ia menjadikan beliau sebagai orang kedua paling lama memegang kerusi Pope selepas Pope Pius IX. Pope John Paul II meninggal dunia pada 2 April 2005.

Kata-kata terakhir: “Izinkan aku pergi ke rumah Father”

Pope John Paul II

 

14.       Lady Diana

Bekas isteri Putera Charles dan ibu kepada dua putera kacak, Prince William dan Prince Harry. Lady Diana dikenali sebagai individu yang amat prihatin terhadap nasib rakyat marhean. Lady Diana meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 apabila terlibat dalam kemalangan ngeri.

Kata-kata terakhir: “Ya Tuhan, apa yang terjadi!”

Puteri Diana

  

15.       Steve Jobs

Seorang saintis komputer yang bertanggungjawab mencipta gajet berteknologi tinggi seperti Ipad, Iphone dan banyak lagi. Pemilik syarikat Apple ini meninggal dunia pada 5 Oktober 2011 akibat barah pankreas.

Kata-kata terakhir: “Oh wow..oh wow..oh wow..”

Steve Jobs

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “Kata-kata Terakhir mereka yang Terkenal..”

  1. Jai says :

    Salam,sy slh sorg fan blog nie…n juz nak bantu tgktkn lg jumlah fan di FB Takusahrisau. Better klu sdare pki plugin Like Box –> http://developers.facebook.com/docs/reference/plugins/like-box/

    Badge FB yg pnulis pki kurang menyerlah utk trik phatian pbaca

    • takusahrisau says :

      penulis dah pakai benda alah ni dulu masa guna domain takusahrisau.com..tapi untuk di bawah hosting wordpress, plugin ini tidak boleh diguna-pakai..stuju dengan saudara jai, plugin ini mmg bermanfaat dan mudah plak pembaca nk like button.

      takpela..penulis guna stakat mana yang ada kat sini.

      igt nk juga tukar ke blogspot…tp payah nk import artikel daripada wordpress ke blogspot..kalu sapa2 ada idea dan knowledge berkenaan dengan import eksport ini, boleh ler membantu penulis yer..

  2. Andy says :

    Untuk orang muslim, apabila meninggal, kata terbaik yang diucapkan adalah “Innalilah wa Innalilahirajiun”, Tapi kenapa sewaktu Nabi Muhammad meninggal, tidak mengucapkan kata itu?

Leave a comment