(Gambar) Gadaffi dibunuh..al-fatihah


Oleh: takusahrisau

 

Libya telah ‘dimerdekakan’ sepenuhnya oleh tentera pemberontak dengan bantuan serangan udara NATO. Dengan terbunuhnya Gadaffi, kini rakyat Libya bakal mencorakkan gaya pemerintahan mereka sendiri. Kemungkinan besar ia bakal didokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat dan Israel yang sangat mengiurkan rezab minyak Libya.

 

Tangan-tangan ghaib

Pemberontakan rakyat Libya telah didokong sepenuhnya oleh tangan-tangan ghaib daripada Barat. Israel sendiri telah dikaitkan dengan pemberontakan di Libya dengan menggunakan agensi perisikan prolifiknya, Mossad bagi menghasut dan membuat kekacauan di bandar-bandar utama di Libya. M16 milik Britain juga bergiat cergas memberi kelengkapan ketenteraan kepada tentera pemberontak Libya.

Perginya Gadaffi di tangan rakyatnya sendiri dilihat bukan kejayaan rakyat sepenuhnya namun ia adalah kejayaan Barack Obama, David Cameron, Nicolas Sarkozy dan Benjamin Natanyahu. Watak utama inilah yang menyalurkan dana dan propaganda kepada dunia bahawa kononnya peperangan saudara di Libya adalah peperangan ‘suci’ untuk menumbangkan rejim zalim.

Ironinya, kuasa Barat yang menyokong dan bersetuju mengeluarkan dana bagi ‘kepentingan’ mereka, kini muncul pula ura-ura bahawa Libya bakal berhutang kepada kuasa Barat melebihi 1 bilion dolar. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku. Oleh sebab yang demikian, tampaklah bahawa bakal pemimpin Libya bakal dijadikan pemimpin boneka seperti mana yang berlaku di Afghanistan. Namun, berbeza dengan Afghanistan yang miskin hasil bumi, Libya adalah negara pengeluar minyak dan mempunyai rezab minyak setaraf dengan Iraq dan Iran semasa perang teluk tahun 1990-an.

Lihat keratan akhbar di bawah:

Sebuah lagi negara Islam bakal musnah.

 

 

Jangan tembak..jangan tembak

Tragedi Gadaffi dibunuh bermula apabila beliau diheret keluar daripada tempat persembunyiannya di Sirte. Dipercayai beliau bersembunyi di dalam pembentung dengan lengkap berpakaian tentera, berserban dan mempunyai pistol emas. Beliau yang cedera parah telah diheret dan dilayan bagi ‘seekor anjing’. Ramai tentera pemberontak mengelilinginya sehingga beliau sempat meraih simpati dengan menjerit ‘Apa yang telah aku buat pada kamu?’

Kemudian datang seorang mengacukan pistol. Gadaffi yang berlumuran darah menjerit, ‘Jangan tembak..jangan tembak’  namun rayuannya tidak dilayan. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 20 Oktober 2011.

Jauh di sudut hati, terbit rasa kasihan dan simpati kepada nasib kolonel Muammar Gadaffi yang berakhir nyawanya di tangan rakyatnya sendiri. Apakan tidak, pemimpin yang merampas kuasa daripada Raja Idris pada tahun 1969 sangat terkenal dengan sikap lantangnya terhadap kuasa Barat. Beliau tidak segan untuk mengkritik dan mengherdik Israel, Amerika Syarikat mahupun Britain di majlis persidangan besar seperti persidangan PBB. Malahan, beliau pernah dirakam melemparkan kata-kata sindiran kepada pemimpin Arab Saudi, King Abdullah yang disifatkan sebagai pro-Amerika dan Israel.  

Kini, pemimpin yang dilahirkan di Sirte telah pergi buat selama-lamanya setelah dibunuh oleh tentera pemberontak yang terdiri daripada rakyatnya sendiri. Tiada lagi pemimpin daripada negara Islam Sunnah yang lantang bersuara sepertimana Gadaffi terhadap kuasa kolonis dan kapitalis di dunia Barat. Semoga roh Allahyarham Muammar Gadaffi dicucuri rahmat dan ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.

 

Gambar yang dirakam beberapa detik sebelum Gadaffi ditembak

 

Di pembetung inilah Gadaffi bersembunyi.

 

Diseret dan dilayan seperti anjing. Beberapa detik sebelum dibunuh.

 

 

 

 

Gadaffi meraih simpati.

 

 

 

 

Kesan lubang peluru jelas kelihatan.

 

Mayatnya diangkut menggunakan ambulan

 

'Ghanimah' paling berharga..pistol bersadur emas milik Gadaffi.

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “(Gambar) Gadaffi dibunuh..al-fatihah”

  1. WABE BETUI says :

    PERGINYA SEORANG PEMIMPIN YANG LANTANG TERHADAP KUASA BESAR..
    SEMUANYA PADA AKU PROPAGANDA JAHAT AMERIKA, ISRAEL DAN SEANGKATANNYA YANG DITANAM KEPADA PENDUDUK LIBYA.
    AKU SETUJU, KEMENANGAN RAKYAT LIBYA PADA AKU SEBENARNYA KEMENANGAN AMERIKA DAN ANGKATANYA.

  2. sambal@hotmail.com says :

    Jika dilhat pada TV hari ini, penyumbang dana kpd rakyat palestin ialah Libya, Mesir, Yemen dan Syria. Sekarang ni tiada lagi dana dari negara-negara tersebut ke Palestin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: