Terbaru..Muammar Gadaffi ditahan oleh pejuang Anti-Gadaffi!


Oleh: takusahrisau

 

Tokoh kontroversi daripada Libya, Muammar Gaddafi,69 dilaporkan telah ditangkap di Sirte setelah bandar kelahirannya itu dikepung dalam satu operasi yang diketuai oleh pejuang-pejuang anti-Gadaffi. Menurut laporan daripada beberapa agensi berita antarabangsa, ketika ditahan, Gadaffi yang memakai seragam tentera berwarna khaki,berserban berserta sepucuk pistol emas dalam keadaan cedera parah di kedua-dua kaki. Kemungkinan besar, Muammar Gadaffi cedera parah kesan daripada operasi pengeboman oleh pihak penentangnya. 

Walaubagaimanapun, laporan ini bercanggah dengan laporan daripada agensi berita setempat yang mengatakan Muammar Gadaffi telah terbunuh akibat cedera parah di anggota bahagian kaki. Malah, agensi berita Reuters juga mengemaskini status twitter milik mereka dengan mengatakan Gadaffi telah terbunuh.

 

Dalam operasi yang sama, orang kanan Gadaffi, Abu Bakr Yonus Jbar telah terbunuh dalam usaha mempertahankan nyawa ketuanya. Berikutan penawanan bandar Sirte, pihak pejuang anti-Gadaffi telah menghampiri matlamat mereka untuk ‘membebaskan’ Libya daripada cengkaman pemimpin kuku besi Gadaffi. Namun, persoalannya, adakah Libya dengan pucuk pimpinan baru akan berjaya bangkit untuk lebih maju dan lantang bersuara menentang barat berbanding masa-masa yang lalu?

Hanya rakyat Libya yang akan menentukannya.

 

Sumber: Klik 1 , 2

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: