(Video) Titah Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah..


Oleh: takusahrisau

 

Sejak beberapa hari ini, populariti sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mencanak naik di kalangan rakyat Malaysia. Segala-galanya bermula apabila sultan yang mempunyai kekayaan berbilion-bilion ringgit ini bertitah tentang hukum syariah yang menurut baginda ‘tak perlu tunggu lagi untuk melaksanakannya’.

Titah sultan Brunei ini kena pada masanya. Secara kebetulannya, negara jirannya iaitu tidak lain tidak bukan, Malaysia dilanda ‘demam hudud’. Sana-sini bercerita tentang hudud. Relevenkah Hudud. Hudud sesuaikah di Malaysia. Bagaimana dengan reaksi bukan Islam dengan Hudud. Pendek kata, Hudud dibicarakan di mana-mana sahaja.

 

Dua pihak bertelagah iaitu kerajaan dan pembangkang masing-masing menarik tali yang tidak mahu putus. Kerajaan melalui pemimpinnya seakan-akan menolak Hukum Hudud kerana disifatkan tidak releven. Manakala pembangkang dengan pendirian Hudud wajib dilaksanakan kerana Malaysia adalah negara Islam dan Islam adalah agama nombor satu di sini.

Jesteru itu, tersebarnya video rakaman titah mulia Sultan Hassanal Bolkiah sebagai pemimpin nombor satu di Brunei Darul Salam yang menyeru supaya undang-undang Syariah Islam dilaksanakan dengan kadar yang segera sedikit sebanyak menyedarkan ‘mana-mana pemimpin Malaysia yang terlena’.

Penulis di sini menegaskan bahawa penulisan ini tiada kena mengena dengan politik. Penulis sebagai orang Islam secara jelas dan terus-terang menyokong undang-undang Syariah dilaksanakan di Malaysia. Tiada kompromi. Sepertimana titah sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, ‘Siapa kita bila di hadapan Allah ingin berkata Tidak atau Tunggu dulu’. Wajib fikir-fikirkan lafaz berbentuk sindiran ini. Siapa makan cili dia akan terasa pedas.!

 

 

Ekstra

Apa yang penulis lihat, baginda bergitu berterus-terang dalam melafazkan setiap patah kata-katanya. Di bawah adalah tiga rakaman video yang disiarkan dalam warta berita daripada sebuah televisyen Brunei yang memuatkan beberapa kritikan kepada menteri-menterinya yang menyusahkan rakyat baginda. Tidak terkecuali yang terpalit daripada terkena tempias kritikan ini adalah pegawai-pegawai agama negara Brunei. Baginda dengan tegas menyalahkan pegawai agamanya tidak  melaksanakan tugas dengan baik apabila tidak mewajibkan Qunut Nazilah pada tiap-tiap solat fardhu bagi menolak bala(akibat wabak H1N1 yang melanda rantau Asia baru-baru ini). Namun, yang paling penulis ingat adalah sindiran baginda kepada pegawai kerajaannya yang disifatkan ‘berkerja macam robot’. Pembaca boleh lihat pada minit 6.33 dalam video rakaman part 2.

 

Bertuah rakyat Brunei..

 

 

 

 

 

 

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: