(Video) Enggan menyebut ‘Hidup Gadaffi’, pejuang anti-Gadaffi ditembak mati!


Oleh: takusahrisau

 

Konflik perang saudara di Libya mencetuskan kegelisahan di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Rata-rata umat Islam enggan menyokong mana-mana pihak bertelagah. 

Alasannya adalah pihak anti Gadaffi yang menentang rejim pemerintahan diktator Muammar Gadaffi didokong sepenuhnya oleh kuasa Barat seperti Britain, Perancis dan Amerika Syarikat. Ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan umat Islam yang sememangnya anti-Barat dan kapitalis.

Manakala, pihak Gadaffi pula dilihat kejam dan rakus. Mereka membunuh sewenang-wenangnya saudara seislam tanpa sedikit pun perasaan perikemanusiaan. Miskipun karisma Muammar Gadaffi sentiasa diingati kerana lantangnya beliau mengkritik dasar Amerika Syarikat dan Israel akan tetapi sikapnya yang kuku besi dengan penindasan berterusan terhadap musuh politik dalam negaranya menimbulkan rasa benci kepadanya.

Keadaan demikian menyebabkan ramai umat Islam mengambil jalan tengah tanpa memihak kepada mana-mana pihak bertelagah.

Kini, Muammar Gadaffi telah berjaya ditumbangkan hasil usaha pejuang anti-Gadaffi dan bantuan senjata oleh NATO, tetapi pemburuan terhadap bekas jeneral itu masih lagi diteruskan. Beliau dipercayai bersembunyi di Algeria setelah pencarian di kampung kelahirannya, Sirte menemui kegagalan. Konflik di Libya sehingga kini masih berterusan.

 

Video

Di bawah adalah video pembunuhan oleh seorang askar pro-Muammar Gadaffi terhadap seorang pejuang anti-Gadaffi. Namun, penulis musykil samaada mangsa adalah benar-benar seorang pejuang kerana pakaian mangsa seperti seorang awam Libya yang anti-Gadaffi. Lazimnya, pejuang Libya memakai seluar tentera yang ‘disumbang secara ikhlas’ oleh NATO.

 

Apapun, penulis tabik hormat kepada mangsa kerana di saat kematiannya beliau tidak tunduk kepada tekanan askar pro-Gadaffi yang memaksa beliau berkata ‘Hidup Gadaffi’ dan memilih untuk menyebut ‘Allah’ dan ‘Innalilah wa innailahirajiun’. Semoga Allah swt memasukkan beliau ke dalam orang beriman dan syahidun. Al-Fatihah.

 

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: