Ustazah Pilihan..pilihan terbaikku..


Oleh: takusahrisau

 

Selepas program realiti Imam Muda menunjukkan kredibiliti tersendiri, kini satu lagi program realiti mula untuk bertapak. Rancangan ini dinamakan sebagai Ustazah Pilihan sebagai simbolik kepada pemilihan peserta-peserta yang terdiri daripada jantina wanita. Daripada kejauhan, rancangan yang ke udara setiap Khamis jam 9 malam ini dilihat bakal mencetuskan satu lagi dimensi baru dalam bidang penyiaran di Malaysia selepas program Imam Muda.

Sudah jenuh penonton di Malaysia menyaksikan rancangan bercorak hiburan semata-mata seperti Akademi Fantasia, Malaysia Idols, Audition, One In a Million, Mentor dan banyak lagi, kini selera penonton bagaikan 360 darjah berubah. Ibubapa menginginkan anak-anak terdidik dengan rancangan sebergini dan mungkin inilah faktor utama selera mereka kian berubah.

Tiada salahnya rancangan ini disaksikan oleh seisi keluarga kerana penulis jamin dengan pengacara dan penerbitnya yang mempunyai latar belakang yang baik, ia boleh mendidik anak-anak ke arah agama. Jika tidak dapat banyak pun, insyaAllah dalam kadar yang sedikit.

Tinggal la zaman AF, zaman One in a Million, kini dengan zaman serba mencabar, didiklah keluarga dengan ilmu agama yang kental. Usah dipersiakan satu-satunya anugerah Tuhan ini. Bersama-samalah kita bina keluarga dengan rancangan penuh ilmu ini. InsyaAllah.

 

Seramai 11 peserta berjaya melayakkan diri ke finalis setelah melepasi kelayakan yang telah disediakan. Berikut adalah senarai 11 peserta Ustazah Pilihan.

  • Nur Atieqah Mohd Zainudin (Atiqah) 20,
  • Nur Aqidah Mawardi (Aqidah) 21.
  • Nun Faizah Rohana Mustapha (Faizah) 21.
  • Siti Fatimah Mad Yatim (Fatimah) 21.
  • Masfira Hilman (Fira) 27.
  • Firuz Akhtar Mohamad Bohari (Firuz) 27.
  • Siti Nor Hafidza Razali (Fizah) 21.
  • Nurul Hidayah Kamarudin (Hidaya) 26.
  • Nina Syazmeen Mohd Din (Nina) 23.
  • Siti Fatimah Mohd Sharif (Siti) 26.
  • Maryanti Ramle (Yanti) 23.

Lihatlah wajah-wajah mereka, sangat suci. very-very innocent. Inilah ustazah pilihan anda!

Ustazah Pilihan mengetengahkan program pencarian pendakwah muda wanita berorientasikan program bercorak realiti.

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: