Foto terbaru haiwan raksasa lagenda, Nessie..


Oleh: takusahrisau

 

Haiwan raksasa lagenda, Loch Ness atau lebih dikenali dengan gelaran ‘manja’, Nessie telah dirakam fotonya baru-baru ini oleh penternak ikan, Jon Rowe. Joh Rowe yang berasal daripada Lewiston, Drumnadrochit telah merakam dua bonggol besar Nessie yang jelas timbul dipermukaan air sebelum ia hilang tanpa dikesan.

Rowe yakin bahawa haiwan yang dirakam olehnya itu adalah raksasa paling popular di dunia, Nessie.

‘”a adalah pagi yang cukup ganjil. Ia berkabus dengan sedikit hujan dan panas pada waktu yang sama.” 

Di sana terdapat pelangi jadi saya mendapatkan kamera untuk mengambil gambar dan menyedari terdapat satu lembaga besar yang gelap di tasik dengan dua bonjolan jelas dapat dilihat di permukaan air”

“Reaksi segera saya terus menyatakan ia adalah Nessie!”

Jon Rowe,31 menolak sebarang dakwaan bahawa ia bukan raksasa Nessie. Jon Rowe bersandarkan kepada aktiviti hariannya yang sentiasa berada di tempat itu dan tidak pernah menjumpai situasi sebergitu sebelum ini. Rowe juga menolak ia adalah burung kerana sememangnya tiada burung kelihatan berterbangan semasa peristiwa itu berlaku.

” Ia sedikit menyeramkan tetapi cukup mengujakan”. kata Jon Rowe.


 

Lagenda raksasa Loch Ness bermula pada tahun 1933 apabila George Spicer dan isterinya menyatakan mereka melihat haiwan ganjil melintasi jalan betul-betul di hadapan mereka. Bermula daripada detik itu, ia terus menarik minat ramai pengkaji namun sehingga kini masih belum terdapat pengesahan saintifik bahawa raksasa lagenda itu benar-benar wujud. Ramai mendakwa ia hanyalah mitos dan ramai yang lain pula menyatakan ia adalah berita palsu atau ‘hoax‘.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: