Pelakon siri TV Spartacus: Blood and Sand meninggal dunia..


Oleh: takusahrisau

 

Teraju utama siri TV hit, Spartacus: Blood and Sand, Andy Whitfield,39 meninggal dunia setelah 18 bulan berjuang melawan penyakit kanser. Kanser yang dihidapi pelakon yang dilahirkan di  Amlwch, Wales adalah non-Hodgkin lymphoma sepertimana yang diumumkan secara rasmi semalam(Ahad).

Mendiang dipercayai menghidap kanser tersebut pada Mac 2010 namun disahkan bebas kanser dua bulan kemudian setelah mendapat rawatan rapi di New Zealand. Walaubagaimanapun, ia kembali menghantuinya pada September 2010 dan selepas itu keadaan mendiang terus menerus merosot sehingga terpaksa melepaskan kontrak lumayan bagi membintangi sambungan siri TV Spartacus.

Sebelum mencebur diri dalam bidang lakonan, mendiang Andy Whitfield telah memulakan karier sebagai model dan jurutera bagi sebuah agensi perunding kejuruteraan. Minatnya sebagai model telah menyebabkan beliau merentasi Asia dan Eropah untuk memperagakan pakaian. Sekurang-kurangnya 40 kempen iklan telah dijayakan oleh mendiang.

Andy Whitfield meninggalkan seorang balu, Vashti yang setia disampingnya sepanjang 18 bulan beliau berusaha melawan penyakit kanser.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: