(Video) Ustaz Azmil Mustapha ceramah agama atau ceramah politik?tepuk dada tanya iman..


Oleh: takusahrisau

 

Pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha dilaporkan telah menyampaikan ceramah berunsurkan hasutan oleh sebuah akhbar popular di Malaysia. Benarkah ia berlaku sedemikian rupa? 

Penulis telah menemui satu rakaman video ceramah Azmil Mustapha di Youtube yang baru sahaja dimuat naik pada 15hb Ogos baru-baru ini. Ceramah itu dipercayai telah disampaikan oleh Azmil Mustapha di Masjid Al-I’tisam, TTDI Jaya sebelum berbuka puasa. Namun, tajuknya menunjukkan ia adalah takzirah Zohor. Walaubagaimanapun, penulis yakin ia adalah tazkirah sebelum berbuka puasa berdasarkan kandungan ceramah Ustaz Azmil.

Berkenaan dengan persoalan adakah Ustaz Azmil cuba memberi ceramah berunsur politik atau sebaliknya, ia bergantung kepada pembaca semua untuk menilainya. Masing-masing mungkin mempunyai pendapat tersendiri.

Bagi penulis, seseorang yang mengkritik secara terus terang patut dipuji bukannya dihambur dengan kata-kata kesat dan fitnah. Ustaz Azmil telah cuba menyedarkan kita bahawa sistem perundangan dan pendidikan kita telah dipengaruhi dengan unsur sekularisme yang bercorak kebaratan. Itu benar sama sekali.

Ustaz Azmil Mustapha

 

Perkara ini bukan sahaja ditentang dan dipersoal oleh Ustaz Azmil seorang sahaja. Beratus ustaz dan ustazah serta ulama di Malaysia turut mempersoalkan perkara ini di Malaysia. Malah, golongan terpelajar di universiti-universiti dalam dan luar negara turut sama mempersoalkannya, miskipun dalam diam. Lantaran itu, relevenkah Ustaz Azmil dikenakan tekanan undang-undang hanya kerana beliau bercakap sesuatu yang benar?

Adakah kerana kita ingin menjaga hati sesetengah pihak menyebabkan Ustaz Azmil terpaksa meringkuk dalam penjara?

Kepada pembaca semua, tepuk dada, tanya iman. Ada akal fikirlah, ada mata perhatikanlah, ada hati selamilah..Waallahualam.

 

Berikut adalah ceramah yang penulis maksudkan.

 

Di bawah adalah laporan yang dibuat oleh sebuah akhbar tabloid popular.

PETALING JAYA: Seorang bilal bersama beberapa jemaah Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, dekat sini, tampil membuat laporan polis berhubung ceramah berunsur politik dan menghasut yang disampaikan pelakon zaman 80-an yang popular melalui filem Ali Setan, Azmil Mustapha.

Laporan dibuat semalam, di Balai Polis Kampung Baru Subang, ekoran tindakan pelakon itu yang menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira 300 jemaah sebelum solat Tarawih.

Bilal 1 masjid berkenaan, Mohd Sani Nasib, berkata ceramah berunsur politik di dalam masjid tidak wajar kerana mengganggu amal ibadat orang lain.

Katanya, disebabkan ceramah itu, kira-kira 20 jemaah tidak sempat melakukan solat Tarawih dan pulang ke rumah ekoran tidak mahu dihasut.

“Dalam ceramahnya, dia menuduh kerajaan tidak mengamalkan ajaran Islam kerana sekolah mengikut acuan kafir dan tidak wujud sekolah Islam.

“Azmil turut mempertikaikan perlembagaan sekarang yang perlu ditukar kepada keluhuran al-Quran selain tidak perlu mengagungkan Sultan dan Yang Dipertuan Agong serta yang perlu diagungkan adalah Tuhan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan laporan polis, semalam. Menurutnya, pelakon itu berulang kali mengeluarkan perkataan Melayu bodoh. 

“Azmil turut mempertikai pertemuan antara Perdana Menteri dengan paderi Kristian dan menyatakan mempunyai niat tersembunyi di sebalik pertemuan itu. Selain itu, turut mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru dan perlu ditukar kepada Dasar Ekonomi Bodoh,” katanya.

Sementara itu, Azmil berkata, dia tidak berniat memberi ceramah politik kerana tidak pernah terbabit parti politik.

“Saya tidak pernah mendaftarkan diri sebagai pemilih dan hanya berniat untuk memberi ilmu agama,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

11 responses to “(Video) Ustaz Azmil Mustapha ceramah agama atau ceramah politik?tepuk dada tanya iman..”

  1. sy8 says :

    yang ko pkai laptop apple tu datng dari mane???dri raja arab????bodoh punye azmil!!!!!!!!!!

    • Takbir !! says :

      ko lagi satu BODOH! sy8..apa kena mengena plak dengan laptop apple tu BODOH!..ada kabo dalam Quran ke laptop hok org kafir buat x boleh pakai…BODOH!! la ko ni sy8…ko kena kabo PM yg bodoh!! kenapa dia guna hukum kafir dari hukum Quran…sy8 BODOOOOOH !!!!!

    • komander says :

      Apesal tetiba bodohkan org?

    • org_mlyu says :

      cetek pemikan saudara..

    • banglong says :

      kau suka dia jadi pelakon ker! atau kau iri hati dengan dia kini telah menjadi saorang yang warak kepada agama serta membuat dakwah islam tanpa membanga diri nya dulu sebagai pelakun terkenal!!!!

  2. jay says :

    PETALING JAYA: Seorang bilal bersama beberapa jemaah Masjid An-Nur Kampung Melayu Subang, dekat sini, tampil membuat laporan polis berhubung ceramah berunsur politik

    VIDEO NIE CERAMAH DARI MASJID LAIN…YG ISU CERAMAH TU DI MASJID LAIN..??? HALO..

  3. shah says :

    memang betulla.tapi janganlah hina bangsa sendiri dengan mengatakan melayu bodoh.Kita ni orang islam kenalah hati-hati mengeluarkan tutur kata supaya orang lain tak terasa.Tak kiralah siapapun ustaz ke orang biasa.Lebih-lebih lagi orang2 yang baru digelar ustaz2 ni.Nanti dikatakan lebih sudu dari kuah pulak.

  4. Nasron says :

    Relax2, sesuatu yg baik itu bagus diamalkan x kira dari mana asalnya asalkan bukan dihukum haram. Laptop apple digunakan baik, sekiranya penggunanya ke arah kebaikan. berkaitan ceramah yg + politik tu, itu peribadi masing2. Masalah Malaysia sekarang adalah kita lebih kepada Parti daripada Malaysia. Malaysia x ubah seperti Madinah dahulu yg di bawah Piagam Madinah di mana penduduknya berbilang kaum. Tiada masalah untuk amalkan hukum islam dgn keadilan kepada kesemua agama. Tapi di Malaysia, apabila ckp je hukum islam, orang lain ckp melayu babi la apa la. Bila cakap hukum sekular, orang melayu ckp cina babi la india keling la. Apa nak jadi.

  5. org_mlyu says :

    saya sebagai umat islam amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh ustaz azmil. mengenai perkataan MELAYU BODOH saya sebagai bangsa melayu tidak berasa tersinggung kerana saya telah melihat sendiri senario2 orang melayu dari pelbagai sudut.lihatlah sendiri dibandar2 besar,keadaan anak2 muda melayu..tiada beza dengan orang kafir,berapa ramai yang tak sembahyang, berapa ramai yang berzina,berapa ramai minum arak, berapa ramai yang fasik..doktor mahathir juga pernah mengatakan MELAYU MUDAH LUPA, orang cina pula mengatakan MELAYU PEMALAS. lihat lah sendiri di sekolah2 atau institusi2 pengajian tinggi, siapakah pelajar yang cemerlang dan siapa pelajar yang lemah? anda semua sudah tentu tahu jawapannya kan.. di sektor pekerjaan pula, siapa yang menjadi kuli kepada siapa? jadi bukankan orang melayu ini bodoh selagi mereka masih mengekalkan cara hidup yang sedemikian??? apa yang diperkatankan oleh ustaz azmil adalah perkara yang benar.. mengapa kita sibuk nak menjaga perasaan sesetengah individu sedangkan agama entah kemana2.. jikalau kita mempunyai ilmu agama yang tinggi, sudah tentu kita tidak akan menolak para ustaz dan ulama.Allah swt berikan akal..jadi gunakanlah pada pekara yang betul..

  6. norlilam says :

    hm..sebenarnya..rakyat malaysia mmg dah xboleh bersuara dan menegakkan apa2 kebenaran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: