(Video) Seorang pemuda ditembak mati oleh Ranjer Pakistan!


Oleh: takusahrisau

 

Bagai hukum rimba, itulah saja perkataan yang terpancul selepas melihat rakaman yang tersebar luas di internet kini.

Seorang pemuda Pakistan, Sarfraz Shah, 18 telah ditembak mati tanpa belas kasihan oleh seorang ranjer Pakistan selepas dipercayai mencuri. Kejadian ini dipercayai berlaku pada 10 Jun 2011 lalu. Pada mulanya, Safraz Shah telah diheret oleh seorang lelaki sebelum dikerumum oleh empat lelaki lain yang juga rakan setugasnya. Dalam rakaman itu jelas menunjukkan tiga orang ranjer bersenjatakan senapang akan tetapi hanya seorang sahaja yang mengacu ke leher Sarfraz Shah.

Diselubungi ketakutan, Sarfraz Shah cuba meraih simpati namun ia langsung tidak diendahkan malah diherdik pula oleh lima ranjer tersebut. Tidak lama kemudian, seorang ranjer telah melepaskan dua tembakan, kedua-duanya mengenai peha dan tangan Sarfraz Shah. Akibat kesakitan, Sarfraz Shah terlantar kesakitan dengan darah daripada luka tembakan keluar tidak henti-henti.

Lebih memilukan, kelima-lima anggota keselamatan Pakistan langsung tidak mengendahkan kesakitan yang ditanggung oleh Sarfraz Shah. Mereka membiarkannya terbaring sebelum dipercayai koma.

Menurut beberapa sumber, mangsa kekejaman ranjer Pakistan ini kemudiannya dihantar ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia kerana mengalami kehilangan darah terlampau banyak.

Kini, sekurang-kurang dua orang ranjer telah disabitkan bersalah dengan insiden yang mencemar kredibiliti pihak keselamatan Pakistan. Dua ranjer tersebut adalah Shahid Zafar and Mohammed Afzal. Jika bersabit bersalah membunuh, kedua-dua ranjer tersebut akan berdepan hukuman mati.

Akan tetapi, Pakistan sering berdepan dengan ketidakadilan apabila banyak persalah yang terdiri daripada pihak berkaitan kerajaan akan terlepas daripada hukuman mati. Malahan, terdapat laporan menyatakan jurukamera yang bertanggungjawab mengambil rakaman ini menerima ugutan bunuh daripada ‘individu  yang tidak dikenali’. Rata-rata mempercayai ia adalah kerja ‘orang-orang kerajaan’.

Dengan indeks korupsi Pakistan berada dalam kedudukan antara paling teruk di dunia, apakah nasib Sarfraz Shah akan terbela? Adakah dua ranjer jahanam tersebut akan dihukum sepertimana yang termaktub dalam undang-undang?

Ikuti turutan gambar-gambar di bawah-

Pada mulanya, beliau ditangkap oleh orang awam sebelum dibawa kepada pihak keselamatan Pakistan.

 

Kemudian diherdik oleh seorang lelaki bersenjata.

 

Datang seorang lelaki mengacu terus muncung senapang ke leher Sarfraz Shah.

 

Beliau kemudian dikelilingi oleh lima ranjer.

 

Safraz tidak mampu menahan kesakitan kemudian berteriak kesakitan.

 

Inilah hukuman rimba, Sarfraz Shah yang kesakitan dibiarkan pengsan tanpa sebarang bantuan.

 

Beribu rakyat Pakistan menyembahyangkan jenazah allahyarham. Apakah nasibnya bakal terbela?

 

# Kini Pakistan berdepan dengan situasi serupa sepertimana yang berlaku di London Sabtu minggu lepas apabila pihak keselamatan London menembak mati seorang lelaki kulit hitam, Mark Duggan,29. Mark Dunggan dipercayai tidak bersalah telah ditembak mati sehingga mencetuskan rusuhan besar-besar di beberapa kota London sejak 30 tahun lalu. Namun, kejadian di Pakistan belum lagi mencetus rusuhan sepertimana yang berlaku di negara yang dianggap paling ‘stabil’ dan ‘berjiwa rakyat’ itu.

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: