Malaysia akan dipromosi pada jersi Cardiff City musim 2011/2012..


Oleh: takusahrisau

 

Jenama Malaysia akan gah di persada dunia apabila ia akan dipamerkan pada jersi kelab Cardiff City bermula musim 2011/2012. Pemilik kelab yang berpengkalan di Cardiff ini, Datuk Chan Tien Ghee berkata bahawa ia adalah hasil idea asal daripada rakannya dan juga pemilik Berjaya Corp Bhd, Datuk Vincent Tan. Menurut Datuk Chan Tien Ghee lagi, tujuan utama promosi jenama Malaysia pada jersi kelab Cardiff City tersebut adalah untuk mempromosi Malaysia dan sebagai tanda sokongan daripada beliau sendiri.

 

Kelab yang memilik gelaran ‘Bluebird’ ini akan beraksi di Liga Championship iaitu liga kedua selepas Premier League di England. Pada musim lalu, kelab Cardiff City hanya berjaya menduduki tangga ke-4 dalam carta liga yang mana ia  memusnahkan sama sekali impian untuk beraksi di Liga Perdana Inggeris.

Kelab Cardiff City telah di beli pada Mei 2010 melalui konsortium milik Datuk Chan Tien Ghee dengan kadar pengkongsian sehingga 36.37% daripada keseluruhan. Ia bersamaan dengan 6 juta pound sterling(RM28.8 juta).

Berdasarkan kepada sejarah, ini adalah kali ketiga jenama daripada Malaysia berjaya dipromosi di liga berprestij di England. Sebelum ini, Norwich City telah mencatatkan sejarah apabila mempromosi jenama Proton di Liga Perdana Inggeris selepas Proton menjadi penaja utama kelab tersebut daripada musim 2003 sehingga berakhir pada musim 2006. Kali kedua adalah melalui Air Asia apabila jenama syarikat penerbangan tambang murah telah dipaparkan pada lengan kanan setiap pengadil perlawanan Liga Perdana Inggeris. Air Asia telah memetarai kontrak selama tiga tahun penajaan bermula tahun 2008.

Desas-desus terbaru berkisar tentang syarikat perjudian terkemuka daripada Malaysia, Genting melalui anak syarikatnya, Genting Casinos telah menaja kelab Aston Villa. Menurut sumber daripada beberapa laman sesawang termasuk laman sesawang rasmi Aston Villa, jenama Genting Casinos akan dipaparkan pada dada jersi Aston Villa bermula musim 2011/2012. Berapakah jumlah nilai kontrak antara Aston Villa dan Genting Casinos tidak pula dijelaskan.

 

p/s: Sedih tengok banyak syarikat mega-jutawan berlumba mencari tapak di luar sehingga lupa liga di Malaysia masih lagi di takuk lama. Lihatlah berapa banyak kelab dan negeri yang masih kesempitan sumber kewangan sehingga menjejaskan sumber pendapatan para pemain. Sedih-sedih!

::: Cafe Sukan(daripada Astro Arena 801) tolong bincangkan hal ini daripada hang duk bertekak benda yang sudah jadi bubur tu! 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: