Teori terbaru siapakah sebenarnya ‘Jack the Ripper’..


Oleh: takusahrisau

 

Misteri siapakah sebenarnya Jack the Ripper seringkali diperkatakan. Biarpun kisah pembunuhan yang dilakukan oleh Jack the Ripper telah pun memakan masa lebih 100 tahun, namun teka-teki siapakah sebenarnya pembunuh sebenar tetap menjadi perdebatan.

Terbaru, seorang pakar tulis tangan, Jose Luis Abad, 84 telah mendakwa individu yang digelar Jack the Ripper adalah seorang ketua polis London Metropolitan Police, Frederick Abberline. Ironinya, Frederick Abberline juga adalah ketua penyiasat kes Jack the Ripper sekitar tahun 1888.

 

Jose Luis Abad menyakini bahawa Frederick Abberline adalah Jack the Ripper yang mana telah membunuh lima pelacur di sekitar Whitechapel susulan penemuan tulisan tangan Frederick Abberline yang sangat menepati dengan tulisan tangan ‘Jack the Ripper’ dalam diarinya. Diari Jack the Ripper ditemui pada 1992 di Liverpool.

Frederick Abberline

 

 

Ketika mula ditemui pada 1992, tulisan tangan pada diari tersebut telah dikaitkan dengan seorang daripada puluhan suspek ‘Jack the Ripper’, James Maybrick. Ia selari dengan aktiviti dan gaya hidup yang diceritakan dalam diari tersebut dengan gaya hidup dan aktiviti seharian James Maybrick sebagai saudagar kain kapas daripada Liverpool.

Namun, kini, ia divariasikan dengan teori terbaru daripada Jose Luis Abad. Berkenaan diari tersebut, ramai pakar mendakwa bahawa diari tersebut palsu dan sengaja diadakan(hoax), tetapi Jose Luis Abad berpendirian sebaliknya. Malahan, Jose Luis Abad secara tegas mendakwa ia adalah tulisan tangan Frederick Abberline.

 ‘I have no doubt Abberline was the Ripper. Handwriting does not lie.’ Kata Jose Luis Abad dalam satu wawancara.

Jose Luis Abad telah menulis mengenai teorinya dengan lebih lanjut dalam novel terbarunya, Jack the Ripper: The Most Intelligent Murderer in History. Novel tersebut baru sahaja berada di pasaran minggu lepas.

Teori Jose Luis Abad yang boleh dikatakan terbaru ini tidak mengejutkan kerana sebelum ini, ada pakar mendakwa cucu Queen Victoria, Putera Albert Victor adalah Jack the Ripper.

Jack the Ripper telah membawa ketakutan di kalangan penduduk Whitechapel apabila tersebarnya pembunuhan kejam melibatkan lima pelacur. Bertambah menakutkan, dalam satu malam, Jack the Ripper telah membunuh dua orang pelacur iaitu Lizzy Stride dan Catherine Eddowes selang beberapa minit. Walaubagaimanapun, pembunuhan bersiri Jack the Ripper terhenti tiba-tiba pada 9 November 1888 dan misteri siapakah sebenarnya Jack the Ripper masih lagi menjadi tanda-tanya sehingga ke hari ini.

Berikut adalah mangsa-mangsa Jack the Ripper:

  • 31 Ogos, Mary Ann Nichols, 43
  • 8 September, Annie Chapman, 47
  • 30 September, Lizzy Stride, 44
  • 30 September, Catherine Eddowes, 46
  • 9 November, Mary Jane Kelly, 25

Antara suspek-suspek ‘Jack the Ripper’ yang popular:

  • Montague John Druitt,  seorang peguam. Beliau dikaitkan hanya kerana membunuh diri dengan melemaskan diri di Sungai Thames yang kebetulan bertepatan dengan tarikh pembunuhan terakhir ‘Jack the Ripper’.

Montague Druitt

  • Seweryn Kłosowski aka George Chapman. Beliau adalah pembunuh bersiri berbangsa Poland yang kemudian berhijrah ke kota London. Hanya dikaitkan apabila membunuh tiga isterinya dengan memaksa meminum racun. Ramai meragui tindakan Frederick Abberline yang menangkap Chapman dan mendakwa beliau adalah ‘Jack the Ripper’ kerana modus operandi Chapman sangat berbeza dengan modus operandi ‘Jack the Ripper’. Beliau digantung pada 1903.

George Chapman

  • Aaron Kosminski, Beliau disyaki sebagai ‘Jack the Ripper’ hanya kerana beliau adalah seorang Yahudi daripada Scotland. Ketikamana sentimen antisemitik bergitu menular waktu itu, tiada siapa yang berani mempertahankan Aaron Kosminski. Beliau meninggal dunia di Colney Hatch Lunatic Asylum-tempat di mana beliau ditahan dan ‘dipenjarakan’.
  • Dr Thomas Neill Cream, seorang doktor berbangsa Scotland yang bertanggungjawab membunuh empat pelacur di London dengan memaksa meminum racun. Beliau didakwa sebagai ‘Jack the Ripper’ namun ia ternyata agak tidak bertepatan kerana ketika aktiviti pembunuhan Jack the Ripper tengah berleluasa, Dr. Thomas Neill Cream masih berada di penjara. Beliau dihukum gantung sekitar tahun 1892.

Dr Thomas Neill Cream

  • Sir William Withey Gull, seorang ahli fizik diraja Britain. Beliau dikaitkan dengan pembunuhan misteri ‘Jack the Ripper’ menerusi teori yang dikemukan dalam novel, Jack the Ripper: The Final Solution. Beliau dikaitkan dengan bergitu rapat dengan pembunuh ‘Jack the Ripper’ kerana beliau adalah anggota pertubuhan Freemason yang didakwa mendalangi pembunuhan tersebut. Profesion beliau sebagai doktor juga didakwa menjadi faktor kemungkinan beliau adalah ‘Jack the Ripper’ kerana mayat-mayat pelacur yang dibunuh kesemuanya dibedah dengan agak ‘teliti’.

Sir William Withey Gull

 

 

Advertisements

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: