Shafiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal akan ke Liga Super Indonesia musim depan?


Oleh: takusahrisau

 

Bagai benar apa yang dikata, ia adalah perkhabaran terbaik untuk perkembangan bolasepak di Malaysia. Kapten sensasi skuad Harimau Malaya, Shafiq Rahim telah sah menyertai kelab Indonesia, Persija Jakarta pada musim hadapan. Selain daripada pakar sepakan percuma ini, Amirul Hadi Zainal yang juga rakan sekelab beliau turut berhijrah samada ke Indonesia dan Jepun.

Shafiq Rahim adalah aset yang berharga untuk Harimau Malaya.

 

Amirul Hadi dikatakan akan beraksi untuk kelab Persib Bandung pada musim hadapan. Kelab Persib Bandung sekarang sudah mempunyai tiga pemain import daripada Jepun, Brazil dan Cameroon. Sumber terbaru ini disahkan sendiri oleh wakil Persatuan Bolasepak Selangor(FAS).

Berita mengembirakan ini merupakan penanda aras kepada liga kita di mata masyarakat dunia. Miskipun sering dicanang sebagai liga yang kurang kompetitif dan bermain secara ‘walking pace’, namun dalam tidak sedar, telah lahir beberapa pemain daripada liga ini yang berbakat dan mampu menarik minat kelab daripada luar Malaysia.

Malaysia sebenarnya tidak pernah ketandusan pemain berbakat.

 

Kita patut berterima kasih kepada Safee Sali yang berani merintis jalan untuk berhijrah ke liga luar daripada Malaysia. Miskipun dibantah oleh pelbagai pihak berikutan niatnya untuk berhijrah, Safee tetap bertekad untuk mencuba nasib di Indonesia. Dengan kesungguhan dan sikap profesional beliau, Safee telah mampu mengeluarkan kelab diwakilinya, Pelita Jaya keluar daripada zon penyingkiran. Kini, ramai pemerhati daripada luar menjadikan Safee Sali sebagai penanda aras kepada pemain daripada Malaysia.

Penulis berharap, selepas ini lebih ramai pemain Harimau Malaya beraksi lebih baik terutama pemain-pemain posisi pertahanan Malaysia yang dilihat cukup rapuh dan kurang konsisten.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “Shafiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal akan ke Liga Super Indonesia musim depan?”

  1. Kedai Cenderahati says :

    safiq rahim dan kureng sikit sekarang ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: