Rowan ‘Mr. Bean’ Atkinson kemalangan dengan kelajuan 240mph!


Oleh: takusahrisau

 

Kemalangan kali ini adalah yang kedua melibatkan pelakon komedi popular, Rowan Atkinson, 56. Kemalangan pertama berlaku pada tahun 1999 melibatkan kereta mewahnya, Mclaren F1 di Lanchashire. Untuk insiden terbaru ini, Rowan Atkinson hampir maut selepas kereta yang sama terlibat kemalangan pada 1999 berpusing dan melanggar pokok di tepi jalan. Kemalangan yang berlaku pada 4 Ogos 2011 jam 7.30 petang di Cambridgeshire walaubagaimanapun tidak memberi sebarang kecederaan teruk buat pelakon Johnny English.

Kereta Mclaren F1 Rowan Atkinson yang terlibat kemalangan.

 

Atkinson dilaporkan keluar sendiri daripada kenderaannya dan kemudiannya dijumpai oleh penunggang motosikal yang kebetulan melalui jalan tersebut sebelum ambulan datang membawanya ke hospital.

Rowan Atkinson

 

Dengan bayaran lumayan untuk setiap lakonannya, Roman Atkinson dikatakan mampu bermewah dengan beberapa koleksi kenderaan berkuasa tingginya. Antaranya adalah Aston Martins, Rolls Royces, Lancias dan Mercedes. Ramai sahabat rapatnya  melaporkan bahawa pelakon popular siri Mr. Bean ini sangat meminati kenderaan berkuasa tinggi yang mana menjadi koleksi dirinya kini. Ia amat kontra dengan wataknya dalam Mr. Bean yang dilihat hanya memandu kereta jenis mini copper.

Antara koleksi komedi berkelas tinggi daripada Rowan Atkinson yang penulis minati: 

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: