Cahaya Misteri muncul di Jakarta..


Oleh: takusahrisau

 

Kemunculan cahaya misteri di langit Jakarta, Indonesia pada hari Khamis, 14 Julai 2011 sekitar jam 5:22 petang(waktu tempatan) telah mengundang seribu satu tanda tanya kepada masyarakat setempat. Menurut saksi yang melihat sendiri cahaya seakan-akan meteor itu, mereka rata-rata memberitahu bahawa cahaya tersebut bergerak perlahan selama lima minit sebelum hilang secara tiba-tiba.

Kejadian yang hampir sama turut dapat dilihat di International Airport Soekarno-Hatta Cengkareng yang berada 45 km daripada Jakarta. Cahaya tersebut muncul pada waktu yang hampir sama dengan cahaya yang dilihat di Kota Jakarta iaitu sekitar jam 5.00 hingga 6.00 petang. Saksi yang melihatnya turut memaklumkan bahawa ia bergerak perlahan dan dapat dilihat selama dua hingga tiga minit. Kejadian yang sama turut dilihat di wilayah Bekasi dan Bali.

 

Dalam satu temuramah dengan profesor daripada Lembaga Penerbangan dan Antariksa Nasional(LAPAN), Prof. Thomas Djamaluddin, beliau menolak dakwaan orang ramai bahawa objek misteri bercahaya yang dilihat adalah komet atau meteor. Beliau kemudiannya mendakwa bahawa ia adalah hasil daripada jejak kondensasi yang datang dari jet pejuang tentera TNI yang mengeluarkan asap putih.

Prof. Thomas Djamaluddin turut mendakwa bahawa jet pejuang tidak dapat dilihat dengan mata kasar akibat pantulan daripada cahaya matahari yang membuatkan ia tenggelam di sebalik asap dan cahaya.

Dengan penuh fakta saintifik, beliau berkata bahawa jet tersebut terbang dengan ketinggian hampir mencecah 10 hingga 11 kilometer di atas udara sehingga mampu dilihat sejauh wilayah Bali dan Bekasi.

Beliau menjawab teka-teki cahaya misteri tersebut dalam sebuah wawancara yang diusahakan oleh sebuah portal berita terkenal di Indonesia, VIVAnews.com.

 

Berikut adalah video yang sempat dirakam di Kota Jakarta:

 

 

 

 

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

One response to “Cahaya Misteri muncul di Jakarta..”

  1. eddy says :

    saya pun pernah mengelami peristiwa serupa macam ni..wallahualam x tau la nak tafsir apakah sebenar nya tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: