Pemain muda berbakat beragama Islam..


Oleh: takusahrisau

 

Samir Nasri – lahir pada 26 Jun 1987(24 tahun)

Pemain kelab Arsenal ini adalah seorang beragama Islam melalui bapanya yang berketurunan Algeria. Bapa Samir Nasri, Hamid adalah seorang anak kepada warga Algeria yang berhijrah ke Marseille. Samir Nasri mempunyai ibu berketurunan Perancis iaitu Quassila. Melihat kepada hubungan Samir Nasri dengan pemain tenis Perancis, Tatiana Golovin serta institusi kekeluargaan beliau, ia menggambarkan Samir Nasri bukanlah seorang penganut agama Islam yang taat.

 

Adel Taarabt – lahir pada 24 Mei 1989(21 tahun)

Pemain antarabangsa Maghribi ini adalah kapten kelab Queens Park Rangers di bawah kendalian Neil Warnock bermula musim 2010/2011. Kombinasi skil dan disiplin yang hebat telah membuatkan Adel Taarabt sentiasa memberhaya di tengah padang. Hasilnya, Adel Taarabt telah membawa kelab Queens Park Rangers ke Liga Perdana buat pertama kali setelah 15 tahun di liga bawahan. Sebagai seorang Islam, beliau tidak pernah merokok dan jauh sekali menyentuh arak. Beliau sendiri berbangga dilahirkan seorang beragama Islam. Baginya Islam telah memberi kekuatan kepadanya untuk menjadi seorang yang berjaya dalam karier bolasepak.

 

Ibrahim Affelay – lahir pada 2 April 1986(25 tahun)

Ibrahim Afellay dianggap salah seorang pemain yang paling berbakat dalam sejarah bolasepak Belanda. Miskipun masih muda, permainannya ternyata sangat matang terutama ketika bersama PSV Eindhoven. Ia dibuktikan apabila mendapatkan penghargaan Eredivisie (Liga Belanda) sebagai pemain terbaik 2007/08. Kini, beliau beraksi dengan kelab gergasi Eropah, Barcelona.  Apa yang menarik tentang Ibrahim Afellay adalah beliau pernah terpilih sebagai “Moslim van het jaar” atau Muslim Tauladan di Belanda. Keluarga Ibrahim Afellay adalah keluarga yang mengamalkan ajaran Islam yang cukup taat.

 

 

 

Edin Dzeko lahir pada 17 Mac 1986(25 tahun)

Pemain antarabangsa Bosnia & Herzegovina dan kelab Manchester City ini adalah antara pemain muda paling berbakat pada masa kini. Beliau pernah melakar kecemerlangan apabila muncul penjaring terbanyak di Bundesliga(Liga Jerman) dengan 22 gol pada musim 2009/2010. Ketika itu Dzeko masih lagi mewakili kelab Wolfsburg. Beliau adalah seorang beragama Islam melalui ayah dan ibunya yang beragama Islam-Bosnia. Bapanya, Midhat dan ibunya Belma adalah seorang muslim yang taat.

 

 

Hatim Ben Arfa –lahir pada 7 Mac 1987(24 tahun)

Pemain antarabangsa Perancis dan kelab Newcaster United ini adalah salah seorang pemain muda paling berbakat pernah dilahirkan oleh Perancis. Beliau seangkatan dengan Samir Nasri dan Karem Banzema. Sepertimana Samir Nasri, Hatim Ben Arfa boleh dikatakan tidak mengamalkan ajaran Islam secara 100%. Ini adalah kerana Hatim Ben Arfa pernah mengaku beliau jarang bersolat dek kerana bebanan tugas sebagai pemain bolasepak.

 

 

Mesut Ozil -  lahir pada 15 Oktober 1988(22 tahun)

Pemain berbakat daripada Jerman ini adalah generasi daripada hasil perkahwinan campur antara Turki dan Jerman. Pemain yang mempunyai kekuatan rembatan kaki kiri ini mula menampakkan impak berkesan dalam permainannya apabila membantu jentera sayap Jerman menjadi cukup berbisa di Piala Dunia FIFA 2010 yang lalu. Ketika ini, beliau beraksi untuk kelab Real Madrid selepas dua tahun menabur bakti di Werder Bremen. Mesut Ozil adalah seorang beragama Islam. Ketika diwawancara oleh satu tabloid, Der Tagesspiegel, Ozil berkata beliau sering berdoa sebelum perlawanan untuk lebih fokus ketika perlawanan.

“Saya sering melakukannya(membaca doa) sebelum perlawanan, saya melakukannya dan rakan-rakan faham keadaan itu dan mereka tidak akan bercakap dengan saya ketika itu.”

 

 

 

Sami Khedira –lahir pada 4 April 1987(24 tahun)

Khedira dilahir dan dibesarkan di Stuttgart, Jerman. Bapa beliau berasal daripada Tunisia dan beragama Islam manakala ibunya adalah warga Jerman. Pada masa kini, beliau adalah anggota tetap skuad Jerman sejak persembahan cemerlangnya di temasya Piala Dunia FIFA 2010 yang lalu. Bersama-sama dengan Mesut Ozil, beliau beraksi untuk kelab Real Madrid. Sebagai seorang muslim, Sami Khedira dikatakan menjalani ibadah puasa ketika bulan Ramadan miskipun menjalani latihan yang ketat. Namun, sejauh mana beliau mengamalkan ajaran Islam yang lain tidak pula diketahui.

 

Islam Feruz  -

Baru sahaja menjangkau usia 15 tahun namun kelibatnya telah menarik perhatian banyak pemerhati bolasepak di United Kingdom khususnya di Scotland. Beliau berasal daripada Kismayo, Somalia namun berhijrah ke Glasgow, Scotland seawal usia 5 tahun. Pada usia 10 tahun, beliau telah berjaya menarik perhatian agen daripada Celtic dan diserap masuk ke skuad akademi kelab tersebut. Kini, beliau adalah anggota utama skuad Scotland U-17. Ura-ura mengatakan beliau akan menandatangani kontrak profesional pada tahun hadapan iaitu usianya mencukupi 16 tahun.

 

Blerim Dzemaili – 12 April 1986

Beliau adalah pemain antarabangsa Switzeland dan kelab yang berpengkalan di Naples, Napoli. Stail permainan Dzemaili bermain di bahagian tengah yang cukup kental bertahan dan berkebolehan melakukan serangan telah menyebabkan beliau dipilih menjadi kapten skuad Switzeland seawal umur 21 tahun. Beliau pernah cuba mengetuk pintu kelab Bolton Wanderes namun gagal selepas mengalami kecederaan teruk seterusnya menyebabkan beliau bertukar kelab beberapa kali sebelum ke Napoli. Dzemaili adalah seorang beragama Islam daripada keturunan keluarganya iaitu etnik Albania yang berasal daripada Totovo, Yugoslavia.

 

 

Miralem Sulejmani – lahir pada 5 Disember 1988(22 tahun)

Seorang lagi warga Yugoslavia beragama Islam yang dikatakan bakal memberi impak di Eropah. Beliau adalah penyerang kelab terkemuka Belanda, Ajax Armsterdam. Mutu dan kualiti Sulejmani dapat dilihat apabila Ajax sanggup membayar 16.25 juta euro untuk mendapat khidmatnya daripada kelab Heereveen. Ia telah memecahkan rekod sebelum ini selepas Ajax membayar kelab Heerenveen untuk mendapatkan khidmat Klaas-Jan Huntelaar pada 2005. Pada musim perpindahan musim panas 2011/2012, aksi Sulejmani telah berjaya menarik minat kelab Newcastle United bagi mengisi tempat Andy Carroll yang telah berpindah ke Liverpool. Miskipin Sulejmani adalah seorang muslim daripada warga Gorani, beliau tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Beliau memiliki tatu di tangan kanannya. Pencacahan tatu pada badan amat dilarang dalam Islam. Hukum pencacahan tatu adalah haram.

About these ads

Tags: , ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

3 responses to “Pemain muda berbakat beragama Islam..”

  1. arzlee says :

    Slm,

    Boleh nmasukkan info French Players yg Islam ni. Thanks!

    Zidane,Mohammed Diarra, Florent Malouda,Abou Diaby, Nicolas Anelka, Franck Ribéry, Hatem Ben Arfa, Éric Abidal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 848 other followers

%d bloggers like this: