Ulama Sejuta Umat Meninggal Dunia..al-fatihah


Oleh: takusahrisau 

 

Ulama yang memiliki gelaran ‘ulama sejuta umat’, Zainuddin MZ dilaporkan meninggal dunia pada awal pagi semalam(Selasa) di RS Pertamina akibat serangan jantung. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hjh. Kholilah dan empat orang anak iaitu Fikri Haikal, Lutfi, Kiki dan Zaki. Allahyarham dilahirkan di Jakarta pada 2 Mac 1951 di Jakarta, Indonesia.

 

Allahyarham yang memiliki nama sebenar, K.H Zainuddin Mohammad Zain pernah mendapat pendidikan di Malaysia apabila menyambung pelajaran untuk peringkat Phd di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ulama yang mempunyai ramai pengikut setia ini pernah menjebakkan diri dalam pentas politik apabila pernah dilantik menjadi Ketua Umum Parti Bintang Reformasi sebelum diganti oleh Bursah Zarnubi. Allahyarham juga pernah aktif bersama-sama penyanyi dangdut popular Indonesia, Rhoma Irama untuk memperjuangkan ideologi politik mereka ketika bersama-sama dalam Parti Persatuan Pembangunan.

Peningkatan populariti Allahyarham semasa hayatnya menyebabkan beliau tidak lekang daripada tuduhan berunsur fitnah dan provokasi seperti tuduhan terhadap beliau berhubung skandal dengan pelakon Aida Saskia. Kes Allahyarham dan Aida Saskia menyebabkan beberapa musuh politiknya bertepuk tangan ketika mana kredibilitinya sebagai ulama utama Indonesia rancak dipertikaikan oleh media massa dan media elektronik.

Apapun, dosa dan pahala bukan terletak di tangan manusia. Kes Allahyarham masih lagi belum mendapat kata putus daripada mahkamah. Masyarakat tidak layak untuk menilai sama ada Allahyarham Zainuddin MZ bersalah atau tidak. Jikapun Allahyarham bersalah, hukuman terletak di tangan Allah swt dan manusia tidak layak menghukum kesalahan Allahyarham dengan sewenang-wenangnya.

Al-fatihah kepada ulama sejuta umat, Zainuddin MZ.

 

 

 

 

 

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: