Misteri di Sebalik Wajah Patung CPR(Resusci Anne)!


Oleh: takusahrisau

 

CPR adalah singkatan bagi Cardiopulmonary resuscitation. CPR adalah satu teknik atau prosedur bantuan pernafasan kepada mangsa lemas yang mempunyai masalah dengan sistem respirasi. Boleh dikatakan CPR adalah bantuan awal kepada mangsa lemas sebelum pihak bertauliah datang untuk memberi pertolongan. Sejak teknik ini dicipta bukan sedikit nyawa yang selamat. Kini, teknik CPR bukan hanya tertakluk untuk dipelajari oleh pelajar-pelajar dalam bidang perubatan sahaja tetapi WAJIB dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat.

Namun, tahukah pembaca bahawa patung yang dicipta buat pertama kalinya untuk tujuan teknik CPR adalah berasal daripada wajah sebenar seorang gadis Perancis yang lemas pada lewat 1880-an. Apa yang misteri mengenai gadis sunti ini adalah beliau tidak dikenalpasti identitinya sehingga ke hari ini.

 

L’Inconnue de la Seine

Sekitar tahun 1900, satu wajah telah menjadi popular kerana sentiasa menjadi pilihan sebagai salah satu hiasan dinding di rumah-rumah artis atau pelukis terkenal. Bagaikan trend pada masa itu, wajah tersebut telah memberi inspirasi kepada golongan ini untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Wajah ini sangat popular di kalangan ahli pertubuhan Bohemian Paris sehingga ia menjadi ‘trademark’ kepada golongan intektual ini.

Siapakah gadis ini?

 

Wajah tersebut dikenali sebagai L’Inconnue de la Seine. Dalam istilah sebenar ia membawa maksud Gadis Yang Tidak Dikenali daripada Seine. Menurut cakap-cakap orang, gadis ini adalah mangsa lemas yang tidak dikenalpasti identitinya. Mangsa ditemui meninggal dunia dan ditarik keluar daripada sungai Seine di Quai du Louvre, Perancis sekitar lewat 1880-an. Ketika ditemui, wajah dan badan mangsa tidak menunjukkan sebarang tanda pembunuhan atau bunuh diri. Ia menimbulkan persoalan yang bukan sedikit pada dekad tersebut. Lebih menarik, wajah mangsa menunjukkan wajah tersenyum yang jelas sehingga menimbulkan lebih daripada persoalan berbanding jawapan.!

 

Teori kedua

Satu teori lain menyatakan bahawa wajah gadis cantik ini diambil daripada seorang gadis Jerman yang berkerja di kedai plaster. Teori ini berlainan benar dengan teori yang pertama kerana ketika sesi penerapan plaster kepada wajah gadis tersebut, gadis tersebut dalam keadaan bernyawa malah sihat walafiat.

Islam Sebelum ISLAM: Nama Arius terkandung dalam Isi Kandungan Surat Rasulullah kepada Heraclius(SIRI 3)

Does God Exist?

Sumpahan terhadap filem Hollywood!

 

Ia disokong oleh mereka yang idealistik kerana berdasarkan kepada wajah gadis tersebut yang tersenyum manis, sangat pelik untuk seorang yang meninggal dunia dalam keadaan lemas boleh tersenyum semanis gadis ini. Jikapun ia benar-benar berlaku, ia adalah misteri paling besar yang tidak akan terbongkar sehingga bila-bila.

Ia disokong oleh ramai individu seperti A. Alvarez dalam bukunya, The Savage God, beliau menyatakan gadis tersebut mirip kepada gadis Jerman yang tipikal berbanding gadis Perancis. Keadaan wajah dan kemanisan senyuman gadis tersebut lazimnya hanya dimiliki oleh gadis Jerman sekitar tahun 1880-an.

(Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Sehingga ke hari ini, misteri yang menyelingkari siapakah pemilik sebenar wajah patung popular ini masih belum dikenalpasti. Apa yang pasti adalah, ia akan kekal menjadi misteri yang gagal dijelaskan secara saintifik sepertimana kes Jack the Ripper, D.B Cooper dan banyak lagi.

 

~ Patung CPR yang dikenali sebagai Resusci Anne telah dicipta oleh pembuat patung daripada Norway, Åsmund Laerdal, berdasarkan penyelidikan oleh Peter Safar dan James Elam. Ia diperkenalkan kepada umum pada 1960 dan tidak lama kemudian menjadi popular di sekolah, universiti dan kolej susulan kemasukan subjek berkaitan CPR tidak lama selepas itu.

Advertisements

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: