(Gambar) Lodge Freemason di Hollywood!


Oleh: takusahrisau

 

Terdapat sebuah lodge Freemason pada satu masa dahulu di Hollywood. Ia dikenali dengan Hollywood Masonic Temple. Namun, ia akhirnya dijual akibat beberapa masalah termasuk masalah kewangan dan pada hari ini ia dikenali dengan El Capitan Entertainment Centre.

Bangunan Freemason ini dibina pada 1921 hasil usaha ketua Freemason di Hollywood, Charles E. Toberman. Bangunan tiga tingkat ini telah menelan belanja sehingga $176,678, ditambah pula dengan hiasan perabot yang dihitung berjumlah $56,421 serta bayaran lot yang mencecah $36,295. Jika dinilai pada masa kini, kos tersebut boleh mencecah $20 juta.!

Miskipun kos tersebut kelihatan besar, tetapi ia tidak memberi langsung memberi masalah kepada pertubuhan tersebut. Ini adalah kerana, ahli-ahli Freemason adalah pelakon, produser, penerbit serta pengarah filem Hollywood itu sendiri.

Antara yang terkenal yang pernah menyertai pertubuhan rahsia ini adalah Oliver Hardy, Harold Lloyd, Douglas Fairbanks, W.C. Fields, Cecil B. DeMille, D.W. Griffith, John Wayne, Roy Rogers and Gene Autry.

 

Terowong rahsia

Terdapat sebuah terowong bawah tanah rahsia yang dibina di bawah bangunan ini sehingga ke Grauman’s Chinese Theatre menerusi Hollywood Boulevard. Ia diperakui sendiri oleh para pekerja Jimmy Kimmel Show yang pernah menggunakan bangunan ini untuk rakaman. Namun, terowong rahsia ini ditimbus bagi memberi laluan kepada pembangunan sistem penghubungan bawah tanah di Hollywood Boulevard.

 

Dijual

Menjelang 1970-an, ahli-ahli Freemason di sekitar Hollywood semakin berkurangan. Ia menyebabkan bangunan ini hilang pengaruhnya. Pada dekad itu, bangunan ini mula digunakan sebagai restoran di tingkat bawah. Menjelang 1982, pertubuhan Freemason sudah tidak menggunakan bangunan secara konsisten. Akhirnya, penyanyi Rosita LaBello membelinya dan menukarkan imej ‘rumah hantu’ ini kepada Hollywood Opera & Theater Company.

Walaubagaimanapun, LaBello hanya ‘berjaya’ menggunakan bangunan ini selama 5 tahun sahaja apabila apabila pada tahun 1987, bangunan ini diubah untuk menjadi Hollywood Live Entertainment Pavillion. Ia telah dibeli oleh hartawan terkenal, James Hoseyni. Hoseyni telah melabur sekitar $1.5juta untuk menukarkan imej bangunan ini kepada pusat hiburan kotemporari.

 

El Capitan Entertainment Centre

Pada 1998, syarikat Disney telah membeli bangunan ini dan menamakan bangunan ini dengan El Capitan Entertainment Centre. Walaubagaimanapun, identiti asal bangunan ini masih dikekalkan. Pada 2008, Jimmy Kimmel menggunakan salah satu studio di bangunan ini untuk rancangannya, Late Show Jimmy Kimmel yang ke udara menerusi saluran ABC.

Upacara pecah tanah

 

Bangunan lama Freemason terdapat di Highland Avenue di utara Hollywodd Boulevard.

 

Lodge Freemason di Hollywood Boulevard di Orchid Avenue.

 

Lodge Freemason. Jelas terpapar papan tanda pertubuhan tersebut.

 

Bangunan Mason pada 2008.

 

Disney Entertainment Center

Tags: ,

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: