Pelakon dan bekas wartawan, Aimi Jarr meninggal dunia..


Oleh: takusahrisau

 

Pelakon dan bekas wartawan, Aimi Jarr meninggal dunia di kediamannya yang terletak di Taman Malawati akibat serangan jantung pada jam 8.05 pagi semalam.

Berita penuh dipetik daripada akhbar Harian Metro:

 

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran yang juga penulis skrip dan dan bekas wartawan hiburan, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar @ Abdul Majid Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, jam 8.05 pagi semalam akibat serangan jantung.

Allahyarham mula aktif dalam dunia seni terutama penulisan skrip sejak 1962 dan turut dilantik sebagai panel perunding skrip Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik pada Festival Film Malaysia ke-2. Anak bongsunya, Romy Jarr, 34, berkata kelmarin ayahnya mengadu mengalami masalah untuk membuang air, namun ketika itu keadaannya tidak membimbangkan. “Sebelum ini ayah menghidapi beberapa penyakit namun ia tidak serius. Ayah juga langsung tidak menunjukkan tanda sakit atau sebaliknya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Ketika ingin mengejutkannya pagi semalam saya dapati badannya sejuk dan mulut berbuih. Dia langsung tidak memberi maklum balas. “Kami memanggil doktor untuk membuat pemeriksaan dan doktor mengesahkan ayah meninggal dunia jam 8.05 pagi,” katanya.

Advertisements

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: