(Video) Gerard Deulofeu, bintang masa depan Barcelona!


Oleh: takusahrisau

 

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Gerard Deulofeu. Gerard Deulofeu sebenarnya adalah pemain muda asuhan akademi Barcelona, La Masia. Akademi yang telah melahirkan pemain hebat seperti Lionel Messi, Pedro, Xavi Hernandez dan Iniesta ini telah menemui bakat hebat beliau seawal umur 9 tahun. Sejak daripada itu, beliau telah menetap di asrama La Masia yang berada berdekatan dengan Stadium Nou Camp sepertimana Xavi, Messi atau Bojan Krikic semasa kecil.

Akademi La Masia diperakui sebagai akademi bolasepak paling berprestij di dunia

 (Ingin sertai takusahrisau’s blog di Facebook?Klik SINI)

 

Gerard Deulofeu telah dilahirkan pada 13 Mac 1994 di desa Riudarenes, Girona, Catalonia. Sejak daripada kecil, beliau telah diberi peranan untuk bermain di posisi penyerang dan sayap kanan serta kiri. Kehebatan beliau telah menarik perhatian ramai pencari bakat, namun beliau lebih menyukai untuk berada di La Masia kerana faktor persekitaran dan kesesuaian cara beliau bermain bola sepak.

Gerard Deulofeu, bintang masa depan Barcelona.

 

Kini(tahun 2011), umur Deulofeu telah pun mencecah 17 tahun. Dengan ketinggian mencecah 179 cm, beliau telah pun berjaya berada di dalam skuad utama Barcelona semasa Barcelona kalah 2-1 terhadap Real Sociedad. Miskipun beliau hanya memanaskan bangku simpan, tetapi ia merupakan langkah pertama seorang bintang untuk mengegarkan dunia bola sepak satu ketika nanti.

Tags:

About takusahrisau

Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat penulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu.. Harapan penulis agar curahan ilmu penulis di sini akan mendapat manfaat untuk anda semua miskipun ia sekelumit sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: